Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

EGO GENG 25!

Mereka semua adalah insan hebat, jika dalam takrif UMNO, The Towering Malay .  Apa tidaknya kesemua mereka adalah mantan pegawai tinggi Kerajaan.  Kesemua mereka mempunyai kedudukan dan telah berjasa kepada negara sama ada secara langsung mahupun tidak. Mengejutkan adalah kerana baru-baru ini telah menghantar surat terbuka kepada rakyat Malaysia dalam apa yang ditanggapi sebagai seruan kepada kesederhanaan. Malah mereka melabel diri mereka sebagai kumpulan warganegara yang prihatin, terganggu dan amat kecewa dengan pertikaian berterusan mengenai pelaksaan undang-undang Islam di negara ini selain mengganggap mereka sebagai ‘moderat Muslim’. Dalam surat terbuka mereka kepada rakyat Malaysia, kumpulan turut menyuarakan kebimbangan terhadap kebangkitan gerakan kanan yang menuduh pihak yang berani bersuara sebagai anti Islam, anti institusi beraja dan anti Melayu kerana tindakan mereka menyukarkan usaha penyelesaian konflik, selain membidas Akta Hasutan digunakan.  Anehny

AKHIRNYA, HANG NADIM DALAM UMNO?

Tahniah kepada UMNO, akhirnya berjaya melahirkan seorang lagi “Hang Nadim” dalam kelompok mereka.  Bukan mudah untuk menongkah arus dan mengeluarkan pandangan apatah lagi yang berkaitan denga isu parti. Risiko dipecat, diminta memberi surat tunjuk sebab, kontrak dikaji semula, pembatalan segala macam keistimewaan yang dinikmati sekarang akan mudah membuatkan sesorang itu melupakan hasrat untuk bersuara. Namun demi sayangkan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu kita sebenarnya memerlukan lebih ramai Hang Nadim seperti yang ditunjukkan oleh Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Bermula dengan laporan polis yang mengaitkan 1MDB dan Perdana Menteri, selepas itu semalam beliau sekali lagi bersuara apabila menyatakan bahawa Presiden UMNO itu memilih ‘pemimpin tidur’ untuk mengetuai UMNO Pulau Pinang. Pulau Pinang tersungkur dan terlepas daripada gengaman Barisan Nasional dan Gerakan apabila dilanda tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada

BARU KAJIAN MENYELURUH!

Ramai antara kita khususnya yang terlibat dalam perniagaan apatah lagi melibatkan pembelian dari negara luar merasa bimbang dengan perkembangan nilai matawang negara pada masa ini. Matawang ringgit kini menyusut dan agak lemah berbanding matawang utama dunia seperti Amerika dan Singapura. Memanglah lumrah seperti yang diungkapkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) apabila menyatakan   "Turun naik dalam berniaga ini biasa, tidak ada suatu yang tetap dalam dunia ini, kadang-kadang kita untung kadang-kadang kita rugi sedikit. Kadang-kadang ringgit naik, kadang-kadang jatuh, ini perkara biasa ikut keadaan pasaran.” Malah menurut Menteri ini “kajian menyeluruh penyusutan ringgit sedang dijalankan”. Soal naik dan turun adalah lumrah berdasarkan pasaran dunia namun apa yang luar biasa adalah apabila sebuah kementerian sepenting MITI masih lagi ‘berkaji-kaji’ dan tidak mempunyai pelan tindakan bagi mengatasi kemelut yang melanda matawang negara. Sel