EGO GENG 25!


Mereka semua adalah insan hebat, jika dalam takrif UMNO, The Towering Malay.  Apa tidaknya kesemua mereka adalah mantan pegawai tinggi Kerajaan.  Kesemua mereka mempunyai kedudukan dan telah berjasa kepada negara sama ada secara langsung mahupun tidak.

Mengejutkan adalah kerana baru-baru ini telah menghantar surat terbuka kepada rakyat Malaysia dalam apa yang ditanggapi sebagai seruan kepada kesederhanaan.

Malah mereka melabel diri mereka sebagai kumpulan warganegara yang prihatin, terganggu dan amat kecewa dengan pertikaian berterusan mengenai pelaksaan undang-undang Islam di negara ini selain mengganggap mereka sebagai ‘moderat Muslim’.

Dalam surat terbuka mereka kepada rakyat Malaysia, kumpulan turut menyuarakan kebimbangan terhadap kebangkitan gerakan kanan yang menuduh pihak yang berani bersuara sebagai anti Islam, anti institusi beraja dan anti Melayu kerana tindakan mereka menyukarkan usaha penyelesaian konflik, selain membidas Akta Hasutan digunakan. 

Anehnya, mereka enggan bertemu dengan pihak yang menjadi agensi Kerajaan yang berkaitan dengan hal-ehwal orang Islam iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) apabila dipelawa secara hormat untuk mengadakan perbincangan.

Adakah mereka beranggapan JAKIM belum begitu layak untuk duduk semeja dengan mereka membincangkan apa yang dianggap mereka sebagai kecelaruan namun tidak bersedia untuk berbincang dan merungkai permasalahannya.

Sebuah kumpulan NGO yang dianggotai oleh 33 orang pemikir Islam yang terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin bukan Kerajaan menyatakan pendirian menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia. 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam kenyataan balas menolak tanggapan dan pandangan 25 tokoh Melayu kerana tidak jelas dengan isu sebenarnya yang mahu diketengahkan oleh kumpulan tersebut.

“Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.

Perkara ini serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,”

Apakah muslihat Kumpulan 25 ini tidak mahu bertemu dengan JAKIM, kerana jawatan tinggi yang pernah mereka sandang dahulu atau adakah mereka hanya mahu bertemu Perdana Menteri untuk menyampaikan pandangan mereka.

Keberanian mereka untuk mengeluarkan surat terbuka tetapi tidak cukup moderat untuk menangkis ego bertemu dengan JAKIM, apabila diundang untuk berdialog.

Sepatutnya, kumpulan seperti Tokoh 25 ini harus berani mengeluarkan pendapat, bertangggungjawab dan berani juga untuk berdialog dan menyumbang buah fikiran demi memperbaiki apa yang dianggap sebagai “pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.”

Bukankah sebagai moderat, Islam juga menganjurkan musyawarah untuk merungkai permasalahan.  Jika hal yang mudah ini tidak dapat didakap oleh Tokoh 25 ini, maka amat malanglah bangsa Melayu mempunyai kumpulan cendikiawan seperti mereka yang hanya berani menulis surat terbuka tetapi enggan membincangkannya, dalam bahasa  yang lebih kasar ‘baling batu sembunyi tangan’.


Selepas ini jangan pula marah atau melenting jika timbul pula tanggapan bahawa kumpulan 25 ini diperalatkan oleh golongan tertentu, kerana keengganan mereka membincangkan pandangan dan pendirian mereka akan pula memberikan persepsi yang pelbagai dan akhirnya mengundang fitnah.
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
22 Disember 2014 1:51 PTG

biasala otai masih brbisa dgn egonya..

23 Disember 2014 9:42 PG

ego tak bertempat...ego yg merendahkan maruah mereka sendiri..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger