EGO GENG 25!
Mereka
semua adalah insan hebat, jika dalam takrif UMNO, The Towering Malay. Apa
tidaknya kesemua mereka adalah mantan pegawai tinggi Kerajaan. Kesemua mereka mempunyai kedudukan dan telah
berjasa kepada negara sama ada secara langsung mahupun tidak.
Mengejutkan
adalah kerana baru-baru ini telah menghantar surat terbuka kepada rakyat
Malaysia dalam apa yang ditanggapi sebagai seruan kepada kesederhanaan.
Malah
mereka melabel diri mereka sebagai kumpulan warganegara yang prihatin,
terganggu dan amat kecewa dengan pertikaian berterusan mengenai pelaksaan
undang-undang Islam di negara ini selain mengganggap mereka sebagai ‘moderat
Muslim’.
Dalam
surat terbuka mereka kepada rakyat Malaysia, kumpulan turut menyuarakan
kebimbangan terhadap kebangkitan gerakan kanan yang menuduh pihak yang berani
bersuara sebagai anti Islam, anti institusi beraja dan anti Melayu kerana
tindakan mereka menyukarkan usaha penyelesaian konflik, selain membidas Akta
Hasutan digunakan.
Anehnya,
mereka enggan bertemu dengan pihak yang menjadi agensi Kerajaan yang berkaitan
dengan hal-ehwal orang Islam iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
apabila dipelawa secara hormat untuk mengadakan perbincangan.
Adakah
mereka beranggapan JAKIM belum begitu layak untuk duduk semeja dengan mereka
membincangkan apa yang dianggap mereka sebagai kecelaruan namun tidak bersedia
untuk berbincang dan merungkai permasalahannya.
Sebuah
kumpulan NGO yang dianggotai oleh 33 orang pemikir Islam yang terdiri daripada
ahli akademik dan pemimpin bukan Kerajaan menyatakan pendirian menolak
kenyataan yang dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan
pentadbiran Islam di Malaysia.
Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam kenyataan balas menolak
tanggapan dan pandangan 25 tokoh Melayu kerana tidak jelas dengan isu
sebenarnya yang mahu diketengahkan oleh kumpulan tersebut.
“Misalnya mereka
mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah
dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang
penting.
Perkara ini serius
kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat
perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan
undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,”
Apakah muslihat
Kumpulan 25 ini tidak mahu bertemu dengan JAKIM, kerana jawatan tinggi yang
pernah mereka sandang dahulu atau adakah mereka hanya mahu bertemu Perdana
Menteri untuk menyampaikan pandangan mereka.
Keberanian mereka
untuk mengeluarkan surat terbuka tetapi tidak cukup moderat untuk menangkis ego
bertemu dengan JAKIM, apabila diundang untuk berdialog.
Sepatutnya, kumpulan
seperti Tokoh 25 ini harus berani mengeluarkan pendapat, bertangggungjawab dan
berani juga untuk berdialog dan menyumbang buah fikiran demi memperbaiki apa
yang dianggap sebagai “pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan
dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.”
Bukankah sebagai
moderat, Islam juga menganjurkan musyawarah untuk merungkai permasalahan. Jika hal yang mudah ini tidak dapat didakap
oleh Tokoh 25 ini, maka amat malanglah bangsa Melayu mempunyai kumpulan
cendikiawan seperti mereka yang hanya berani menulis surat terbuka tetapi
enggan membincangkannya, dalam bahasa yang lebih kasar ‘baling batu sembunyi tangan’.
Selepas ini jangan
pula marah atau melenting jika timbul pula tanggapan bahawa kumpulan 25 ini
diperalatkan oleh golongan tertentu, kerana keengganan mereka membincangkan
pandangan dan pendirian mereka akan pula memberikan persepsi yang pelbagai dan
akhirnya mengundang fitnah.
Ulasan