Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

CENTRAL STATION

Imej
Ada sesuatu yang sering memisahkan saya daripada orang lain. Saya kurang berminat dengan hasil akhir atau keputusan, tetapi saya lebih tertarik mengenai proses mendapatkan hasil. Kepada saya proses seperti satu perjalanan yang cukup asyik dan mengujakan.Seperti menonton filem, saya sering terpanggil untuk menonton di dalam pelbagai keadaan acapkali menonton di pawagam. Sebut sahaja pawagam di sekitar Lembah Kelang yang sering menghuni dan melampiaskan keinginan naluri ingin tahu saya terhadap filem-filem tontonan saya. Pada minggu lepas, saya tidak menonton filem di pawagam tetapi di sebuah auditorium milik sebuah pusat komuniti. Walaupun hanya dengan empat penonton, saya merasa amat puas dengan filem yang ditayangkan.Central Station ialah sebuah filem Brazil terbitan pada tahun 1998 diarahkan oleh Walter Salles (Foreign Land, Dark Water). Central Station adalah perjalanan kemanusiaan watak-wataknya, Dora (Fernanda Montenegro) seorang pesara guru yang mengambil upah untuk menuli…

THREE STOOGES VERSI MALAYSIA …

Imej
Sewaktu zaman kanak-kanak malah ketika sekarang ini pun apabila telah menjadi bapa kepada lima orang anak berusia dari empat hingga enam belas tahun, saya masih meminati siri lawak The Three Stooges!Tidak sampai 48 jam isu skandal video seks yang digembar-gemburkan kononnya melibatkan seorang ahli politik pembangkang tercetus dengan pendedahan siapa sebenarnya Datuk T.Rupanya jika beginilah senario menurunkan seorang ahli politik tidak kiralah sama ada ahli politik Kerajaan mahupun pembangkang, ianya tidak mungkin berkesan kerana dianggap tidak beradab dan lari daripada etika kemanusiaan.Sayacuba merasionalkan tindakan The Three Stooges yang menggelarkan diri mereka sebagai Datuk T, namun gagal, sama seperti menonton aksi-aksi slapstick dalam siri The Three Stooges.Walaupun Datuk T menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi malah tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pendedahan mengenai video seks yang kononnya melibatkan seorang pemimpin politik pembang…

BESAR SANGAT KE DUNIA SASTERA KITA?

Imej
Gambar Hiasan: Sirap pokok enau, maaf saya bukan promosi sebarang syarikat ya! Sejak beberapa tahun saya mengenali seorang teman yang begitu terlibat di dalam dunia sayembara atas kapasiti beliau sebagai seorang petugas di sebuah kumpulan akhbar terbesar di negara ini, saya sentiasa terpanggil menyertai pelbagai acara yang dilangsung, bermula dari majlis pelancaran hinggalah ke majlis penyampaian hadiah yang turut dikoordinasi oleh beliau, malah jika ada kelapangan dan wang yang berlebih saya sempat juga menyertai bengkel-bengkel yang diadakan dalam siri jelajahnya, yang sebenarnya lebih berupa percambahan ilmu dan ‘networking’.Dua hari lepas, saya menghadiri majlis pelancaran kerjasama di antara sebuah universiti tersohor di selatan tanah air dan kumpulan akhbar di mana teman saya bertugas. Memang benar, telah pun masuk ke musim kedua kerjasama di antara Kumpulan Utusan dan UTM dalam penganjuran Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi melalui jalinan kerjasama pintar ini. Sayembara…

APABILA BENCANA MENJADI GURAUAN ...

Imej
Setiap hujung minggu, saya akan membeli lebih daripada satu akhbar, 2 berbahasa Inggeris dan 2 berbahasa Malaysia. Walaupun pada hari biasa saya hanya membeli 1 akhbar berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris. Pada setiap hujung minggu, menatap Berita Minggu, saya akan terus menyelak ke halaman dalaman membaca tulisan Mior Kamarul Shahid (Datuk), Pengarang Kumpulan BHSB. Tetapi hari ini, bacaan saya agak terganggu dengan kartun yang menghiasi halaman yang sama menggambarkan Ultraman (watak animasi Jepun) yang lari kerana dikejar tsunami. Kartun lukisan Zoy, menyebabkan saya menggeleng kepala dan berasa amat resah. Saya tidak mungkin menyalahkan Zoy, tetapi lebih menyalahkan editor yang bertanggungjawab, dalam konteks ini tentulah saya akan terus menyalahkan Datuk Mior Kamarul Shahid atas kesalahan anak buahnya.Ketika kita bersimpati dengan bencana yang menimpa negara matahari terbit itu, kartun sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar Berita Minggu hari ini adalah perkara terakhi…

AKHIRNYA MEREKA BERSUARA …

Kemelut novel Interlok yang kononnya didakwa menghina kaum India di negara ini ekoran frasa ‘paria’ yang dianggap menghina kaum tersebut. Pelbagai desakan oleh MIC mahupun NGO dan ditambah oleh demonstrasi oleh HINDRAF yang mahukan novel Interlok digugurkan daripada menjadi teks KOMSAS pelajar tingkatan lima di Zon 2 yang meliputi Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.Kerajaan pada Februari lalu menubuhkan Panel bebas untuk menentukan pindaan yang diperlukan bagi tujuan mengekalkan novel tersebut. Panel bebas ini telah pun selesai dengan tugas mereka setelah empat mesyuarat diadakan. Walaupun usia kemelut novel Interlok yang bermula pada 15 Disember yang lalu, hampir tiga bulan, tidak pernah kedengaran kenyataan mahupun pandangan rasmi oleh para Sasterawan Negara berhubung dengan pendirian mereka terhadap isu novel Interlok.Sasterawan Negara yang sehingga kini berjumlah sepuluh orang dengan enam daripadanya masih hidup, semalam empat daripada mereka menyatak…

HIDUP TANPA WANITA?

Imej
Maaflah, saya memang tidak mungkin boleh hidup selesa tanpa wanita di sisi saya. Seperti ada yang tidak kena, walaupun saya seorang yang ‘loner’ dan sering melakukan pelbagai aktiviti secara berseorangan tetapi tidak bermakna saya boleh hidup tanpa wanita di sisi saya.Saya boleh memandu hampir beberapa hari berseorangan, menaiki motosikal berseorangan dari selatan di Johor Baharu hingga ke utara di Jitra, Kedah. Tetapi untuk hidup tanpa wanita untuk jangkamasa yang lama, tidak mungkin dapat saya lakukan.Walaupun saya tidak punya ramai anak perempuan berbanding seorang abang saya yang dikurniakan tiga anak kesemuanya perempuan dan seorang sahabat saya yang mempunyai empat orang anak perempuan, saya masih bersyukur kerana masih mempunyai seorang anak perempuan. Banyak pepatah yang mengaitkan perihal menjaga anak perempuan, kononnya lebih mudah menjaga sekandang kerbau dari menjaga seorang anak perempuan, mana mungkin anak perempuan disamakan dengan sekandang kerbau. Atau mungkin jug…

INTERLOK, DI MANA SILAPNYA?

Imej
Novel Interlok buah tangan SN Datuk Abdullah Hussin yang menjadi buah mulut dan polemik nasional kini di tangan panel bebas yang dilantik oleh Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri.Selepas 3 pilihanraya kecil di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN Kerdau, nampaknya kemelut mengenai novel Interlok dan nasib novel ini masih belum diketahui.Panel bebas yang dianggotai oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku Pengerusi panel, juga dianggotai oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz; Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan; Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM),selain daripada Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Dr. NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G.Krishnabhawan dan penulis, Uthaya San…

CATATAN KECIL DARI MEMBAKUT …

Imej
Ketika Presiden PENA, Sdr. Saleeh Rahamad, memanjangkan jemputan untuk menyertai Hari Puisi Nasional 2011 yang bakal berlangsung di Sabah pada tahun ini saya kurang teruja, namun apabila dinyatakan bahawa ianya akan berlangsung di Membakut yang terletak lebih kurang dua jam perjalanan atau 90 kilometer dari Kota Kinabalu saya menjadi amat ghairah. Membakut antara dua DUN yang terletak dalam Parlimen 176 Kimanis selain Bongawan, merupakan sebuah pekan yang membangun.Ahli Dewan Undangan Negeri N24 Membakut ialah Datuk Haji Arifin Arif yang merupakan Ahli Lembaga DBP serta seorang penulis yang prolifik.Hari Puisi Nasional 2011 aktiviti GAPENA dianjurkan oleh Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).Hari Puisi Nasional 2011 ini adalah sempena sambutan 40 tahun GAPENA, diadakan dari 25 hingga 27 Februari yang lalu di Binsulok Resort Membakut dengan tema ‘Puisi Menjana Gagasan 1Malaysia’.Pelbagai acara disusun sejak dari majlis perasmian pada malam pertama yang tidak saya hadiri hingga ke akh…

NADUNISI NAAYGAL (MIDNIGHT DOGS)

Imej
Ketika industri filem kita (betul kah kita ada industri dengan hanya penonton kurang 1 juta!) dimomokkan dengan cerita-cerita hantu yang kononnya digemari oleh penonton, maka apabila ada filem yang lari daripada klise ini, sering mendapat perhatian saya.Lazimnya filem-filem dari India sama ada dari Bollywood yang mewakili filem-filem Hindi mahupun dari Kollywood yang mewakili filem-filem Tamil sering memaparkan adegan percintaan, nyanyian dan tarian yang mengasyikkan dengan sipelakonnya bertukar pakaian beberapa kali sepanjang menyanyikan lagu-lagu tadi. Jarang ada terdapat filem-filem dari India yang cuba lari dari kelaziman ini. Tetapi lain pula dengan filem yang baru saya tonton lewat minggu lepas.Filem Nadunisi Naaygal(Midnight Dogs) sebenarnya adalah sebuah filem Tamil yang lari dari kelaziman filem-filem Tamil sebelum ini. Tiada lagu, tiada adegan percintaan, tiada adegan nyanyian berguling-guling. Nadunisi Naaygaladalah sebuah filem psikologikal thriller yang mengangkat isu…