Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

KRISIS AIR SELANGOR: PROGRAM REALITI CIPTAAN SIAPA?

Hujungminggu yang lepas, seorang sahabat saya melontarkan satu pernyataan dalam lamansosial mukabukunya – “Kalau berpolitik (bersungguh-sungguh) bermakna ada untungsabutnya. Bukan kosong ...”.  Saya secaraspontan memberikan pendapat peribadi bahawa di Malaysia sepanjang yang sayaketahui hanya mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang benar-benarmempraktikan politik sungguh-sungguh, tidak silap kalau saya menggelarnya ‘true politician to the heart’. Salahsatu ciri yang saya rasa perlu ada pada ahli politik ialah bersifat oportunis,ada juga yang mengatakan bahawa malapetaka pada seseorang adalah peluang ataukeuntungan kepada satu pihak yang lain.  Akhir-akhirini kita dikejutkan pula kononnya Selangor akan mengalami krisis air malahwilayah berhampiran iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan mengalami nasibyang sama.  Rakyat Selangor sebenarnyatidak perlu melihat jauh bagi memahami krisis air di Selangor.  Cuaca panas tanpa hujan akhir-akhir ini jugamenyumbang kepada bekalan air

MENYEMAK RAMADAN SELEPAS SEPULUH HARI & SEMANGAT HARI PAHLAWAN

Setelah sepuluh hari Ramadan berlalu, malam ini adalah malam kesebelas umat Islam di Malaysia mengerjakan solat sunat terawih.   Ramadan bagi umat Islam ialah tika mereka menambahkan ibadat seperti   solat sunat terawih, bersedekah, bertadarus dan pelbagai amalan yang bukan sahaja dilakukan ketika menjalani ibadah puasa malah pada masa-masa yang lain juga. Fasa pertama Ramadan Al-Mubarak telah berlalu, fasa pertama yang dijanjikan Allah SWT dengan kerahmatan.   Pada 10 hari pertama berpuasa di dalam bulan Ramadan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkan rahmat Allah SWT kepada manusia.   Pada sepuluh hari pertama juga akan banyak mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan yang kita lakukan sepanjang menjalani Ramadan. Ramadan juga tidak datang dengan kerahmatan bukan sahaja bagi mereka yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan juga, malah menjadi ruang kerahmatan bagi lebih ramai peniaga di Bazar Ramadan.   Bayangkan begitu ramai para peniaga bermusim ketika

KELUAR BN HADIAH RAMADAN?

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.  Manakala mengenai jawatan kabinetnya beliau meninggalkan untuk diputuskan oleh Perdana Menteri. Hari ini pula, Ahli Parlimen P170 Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti UPKO  dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.  Ironinya majlis pengumuman beliau dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Lajim Ukin sendiri yang kononnya masih menjadi ahli UMNO dan Timbalan Menteri! Pengumuman Datuk Seri Lajim Ukin adalah sehari selepas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee,  menggesa beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta merta jika benar beliau berhasrat mahu keluar daripada

PEDULI UNTUK ROHINGYA

Imej
Etnik Rohingya di Kuala Lumpur - Gambar ihsan: www. ibnuhasyim .com Gambar Ihsan: www. mole .my Beberapa tahun dahulu ketika mengikuti satu persidangan antarabangsa berkaitan dengan jenayah perang, saya berkenalan dengan seorang warga Rohingya yang kebetulan menjadi ketua warga Rohingya khususnya di Kuala Lumpur.   Bahasa Melayunya fasih, jauh lebih baik daripada kebanyakan warganegara kita sendiri, kadangkala memalukan sebahagian wakil rakyat dan Ahli Parlimen negara kita yang gagal berbahasa Melayu dengan baik. Selepas itu pada tahun lalu, ketika mengunjungi seorang kenalan saya di Pasar Borong Selayang, sekali lagi saya terserempak dengan kaum Rohingya dalam kelompok yang sangat ramai, malah mereka membentuk komuniti mereka sendiri, daripada pakaian dan makanan semuanya terdapat dalam persekitaran mereka.   Malah di pasar malam, juga kaum ini begitu gigih menjadi pedagang seperti menjual ikan dan barangan lain. Walaupun terdapat ramai warga Rohingya di negara

PLANTER'S TALE

Imej
Sejak dahulu kehidupan terpencil dan pedalaman memang mengujakan   saya, bayangkanlah ketika saya bersekolah menengah di Tingkatan Empat, antara rakan-rakan awal saya ialah sekumpulan pelajar berbangsa India yang tinggal di sebuah ladang kelapa sawit dengan nama penjajah.   Walaupun mereka tinggal di estet, namun pencapaian mereka amat membanggakan kerana kesemua mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun sebelumnya, malah mereka sebenarnya mereka melangkah ke Tingkatan Satu    tanpa perlu menghadiri kelas peralihan walaupun mereka belajar di sekolah tamil ini kerana pencapaian subjek Bahasa Melayu mereka amat baik. Malah seorang daripada teman saya merupakan juara main catur selama tiga tahun berturut di sekolah lamanya, sehinggakan   pada minggu pertama persekolahan saya telah menjadi semacam ‘bookie’ bagi mengatur perlawanan caturnya dengan teman-teman di kelas-kelas lain malah dengan pelajar tingakatan lima juga, ternyata teman

MERDEKA YANG SURAM!

Imej
Logo Hari Kemerdekaan ke-55 Seingat saya setiap kali sambutan Merdeka, saya melalui laman ini jarang gagal memperkatakan mengenai merdeka.  Sejak dimayakan pada April 2008, tulisan saya mengenai Merdeka pada tahun 2008 bertajuk   ‘Merdeka Malaysiaku’, entri saya mengenai sambutan Merdeka pada tahun 2009 bertajuk ‘Merdeka, TV Malaysia & London’ telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian dalam ruangan ‘Blog ke Blog’. Saya tidak menulis mengenai Merdeka pada tahun lepas, mungkin kerana sibuk atau merasakan tiada sebarang peristiwa istimewa yang mahu saya katakan mengenai sambutan Merdeka kali ke-54 itu. Pada tahun ini, saya menjadi sangat tidak menentu, bukan sahaja kerana sambutan Merdeka kali ke-55 yang agak hambar dalam ketidak tentuan politik negara tetapi yang lebih memeranjatkan ialah pemilihan tema ‘Janji Ditepati’ yang sebelum ini digunakan oleh gabungan Barisan Nasional dalam kempen politik mereka.  Apakah rasional pemilihan tema berbaur politik ini sebagai tema s

LYNAS, PENGERANG & BELAKANG RUMAH

Imej
Ketika isu Lynas masih lagi hangat dibahaskan berhubung tahap keselamatannya, kini timbul pula isu Projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.   Khabarnya projek mega ini bernilai enam puluh   billion ringgit dan mampu melonjak ekonomi Johor malah meletakkan Malaysia sebagai pusat dagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia. Lynas yang diketahui umum, masih menjadi persoalan berhubung tahap keselamatannnya.   Walaupun telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang yang   diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, bahawa projek Lynas dinyatakan selamat.   Walau bagaimanapun   keputusan ini mendapat bantahan pelbagai pihak khususnya badan-badan bukan kerajaan. Yang terkini ialah apabila pengurusan Lynas gagal mendapat injunksi bagi menghalang NGO Save Malaysia Stop Lynas daripada membuat kenyataan umum berhubung operasi Lynas.