KRISIS AIR SELANGOR: PROGRAM REALITI CIPTAAN SIAPA?


Hujungminggu yang lepas, seorang sahabat saya melontarkan satu pernyataan dalam lamansosial mukabukunya – “Kalau berpolitik (bersungguh-sungguh) bermakna ada untungsabutnya. Bukan kosong ...”.  Saya secaraspontan memberikan pendapat peribadi bahawa di Malaysia sepanjang yang sayaketahui hanya mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang benar-benarmempraktikan politik sungguh-sungguh, tidak silap kalau saya menggelarnya ‘true politician to the heart’.

Salahsatu ciri yang saya rasa perlu ada pada ahli politik ialah bersifat oportunis,ada juga yang mengatakan bahawa malapetaka pada seseorang adalah peluang ataukeuntungan kepada satu pihak yang lain. 

Akhir-akhirini kita dikejutkan pula kononnya Selangor akan mengalami krisis air malahwilayah berhampiran iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan mengalami nasibyang sama.  Rakyat Selangor sebenarnyatidak perlu melihat jauh bagi memahami krisis air di Selangor.  Cuaca panas tanpa hujan akhir-akhir ini jugamenyumbang kepada bekalan air yang berkurangan saban hari.  

Hariini, kami di kawasan sekitar Hulu Langat mula merasakan bahang ‘krisis’ airyang dialami oleh Selangor, sejak selepas subuh hingga saat ini entri inidimuatnaik, bekalan air masih belum pulih, namun apa yang memberangsangkanialah usaha pihak PUSPEL dan SYABAS menghantar lori tangki bagi memberikankhidmat air bergerak bagi menangani ‘krisis’ air ini.

Samaada ‘krisis’ ini  memang benar-benar wujudatau tidak bukanlah tugas kita untuk menilainya kerana adalah mustahil bagiorang awam seperti saya memantau 7 empangan air di Selangor.  Namun sebagai seorang rakyat tentulah merasagundah kerana tersepit di tengah-tengah kemelut ‘krisis’ air ini kerana memangada pihak-pihak yang sebenarnya benar-benar mahukan wujudnya krisis ini bagi memberigambaran dan imej kurang baik kepada pihak yang satu lagi.

Walauapapunalasan Kerajaan Pusat mengenai ‘krisis’ air ini tentulah sukar mempengaruhirakyat Selangor yang sebenarnya telah mendapat manfaat apabila KerajaanSelangor  sedia ada memberikan 20m paduair percuma kepada seluruh isi rumah di Selangor, sesuatu yang tidak pernahdijangkan dan dilakukan oleh Kerajaan BN yang telah memerintah selama setengahabad!  Walaupun nilainya kecil dalambelasan ringgit saban bulan, namun cubalah kita hitung jumlahnya bagi beberapatahun ini.  

Memangdiketahui ramai, isu air di Selangor malah di Kelantan juga dijadikan modalpolitik yang cukup ampuh bagi merendahkan kredibiliti Kerajaan Negeri sama adadi Selangor mahupun Kelantan.  Seseorangtidak perlu memahami aspek perundangan yang jelas apabila SYABAS mendedahkanbahawa keperluan terkini rakyat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur telahmeningkat kepada paras 4329 juta liter sehari sementara keupayaan kesemua pihakkonsesi rawatan air yang hanya mampu dibekalkan adalah pada paras yang rendahdaripada permintaan.

Bukankahtugas SYABAS sebagai pemegang konsesi memastikan bahawa mereka sentiasa mampu memenuhi bekalan  kepada orang awam seperti saya. 

Malah ketika melawat sebuah pusat pembayaranmilik SYABAS saya agak terkejut bahawa KPI bagi ‘non revenue water’ atau air tidak berfaedah adalah pada paras37%.  Sesuatu yang agak tinggi berbandingdi Pulau Pinang pada paras 18.8%. Singapura pada paras 5%. AnehnyaSYABAS juga telah memohon kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menyemak semulaKPI bagi non revenue water nyadaripada 32.31%  pada tahun 2011 kepada36.27%, sesuatu yang tidak masuk akal hatta kepada pelajar pengurusan, denganalasan pembekuan dalam perolehan perbelanjaan modalnya.

Seperti berpolitik juga, pihak yangberkepentingan bersungguh-sungguh mengaplikasikan aspek politiknya dalam semuakeadaan khususnya krisis air seperti yang berlaku sekarang ini. Malah di negaraseperti India, krisis dan ketakutan dicipta bagi memberikan gambaran burukkepada lawan politik. 

Adalah keterlaluanmengatakan bahawa BN memerlukan krisis air bagi memberikan lonjakan bergandabagi menawan semula Negeri Selangor pada Pilihanraya Umum yang akan datang.Jika itu adalah realitinya tentulah rakyat kecil seperti saya yang akan merasaakibatnya, seperti kata,  gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah!  Namun rakyat Selangor mungkin merupakan 'pelanduk' yang cerdik!
Share this article :
 

+ komen + 4 komen

Tanpa Nama
1 Ogos 2012 1:01 PG

rasa-rasanya macam tulah kot..

Tanpa Nama
1 Ogos 2012 8:19 PG

siapa agaknya penerbit rancangan realiti ini yea..

1 Ogos 2012 8:23 PG

ciptaan sapa lagi kalau bukan pembangkang kpd pemerintahan negeri selangor...

1 Ogos 2012 10:55 PTG

pelik sykt utiliti boleh buat keuntungan berlipat ganda. kayanya tan sri rozali sehingga koleksi keta beliau terpaksa d letakkan hingga luar kawasan rumah. d samping itu kontractor utama utk projek utama hanya d berikan kpd mereka yg ada hubungan dgn tan sri rozali.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger