Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

TEATER ATAS POKOK: DARI LONTARAN IDEA KE CATATAN SEJARAH

Pertama kali saya mendengar Dinsman menyebut Teater Atas Pokok (TAP) ialah sewaktu kami membuat kunjung hormat kepada YB Amirudin Shari, exco yang bertanggungjawab terhadap seni dan budaya di negeri Selangor, pada Oktober 2014. Pada pertemuan singkat itu, beberapa idea dilontarkan untuk perbincangan.  Apabila Dinsman menyatakan dia ingin membuat satu pementasan di atas pokok, saya dan Rozan Azen (seorang AJK Paksi) hanya mampu tersenyum. Namun, idea tersebut mendapat reaksi positif Amirudin, yang malah mahu ia dilaksanakan pada tahun itu juga. Tetapi, karenah birokrasi mengapungkan idea tersebut hinggalah ke awal 2016. Walaupun dana yang disalurkan melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu tidak mencukupi seperti yang diperlukan, kami di Paksi menerimanya dengan penuh kesyukuran. Cabaran seterusnya adalah menetapkan tarikh pementasan, pemilihan pelakon, dan yang paling utama adalah pokok yang bakal menjadi pentas, apatah lagi kami semua telah ‘jatuh cinta’ dengan poko