Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

KISAH TEKSI!

Imej
DI tengah kemelut tentang sikap dan perangai setengah pemandu teksi, hari ini saya berkesempatan menggunakan perkhidmatan teksi di ibu kota. Cerita-cerita ngeri mengenai pemandu teksi samada yang tidak menggunakan meter, mengenakan bayaran luar biasa dan keengganan untuk mengambil penumpang adalah lumrah dewasa ini. Kisah pemandu teksi bernama Sham adalah cerita biasa dalam kelompok pemandu teksi khususnya di ibu kota, beliau memandu teksi secara sepenuh masa, dengan kenaikan harga minyak dan sewaan teksi saban hari, Sham mungkin Sdr. Sham dengan teksi sewaannya! mampu membawa pulang kurang daripada RM50.00 sehari, mujurlah isterinya berkerja! Keinginanannya hanya satu untuk memiliki permit teksi sendiri, mana mungkin kerana syarat dan peraturan LPKP yang begitu mencengkam, namun begitu dia akan terus berusaha untuk mendapatkan permit teksinya sendiri. Hari ini saya percaya ramai lagi pemandu teksi seperti Sham yang punya impian untuk memiliki permit teksi sendiri. Mungkin YB Mente

SEPI - MERUNGKAI CINTA MENGUNGKAP HARAPAN!

Imej
Mungkin kebetulan yang tidak disengajakan, saya terpanggil menonton filem terbaru Khabir Subash Bhatia - SEPI, sebab kedua pengarah filem SEPI dan PENSIL mempunyai nama SUBASH dalam diri mereka, dan tulisan roman judul filem SEPI dan PENSIL juga ditulis dalam lenggok yang sama..ahhh mungkin kebetulan sahaja. Apa yang menarik filem SEPI merangkai 3 kisah cinta dan sepi watak-wataknya, Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Euusof) dan Imaan (Baizura Kahar) Poster filem SEPI dan Amores Perros (Mexico) yang dikatakan mempunyai persamaan. Mengekalkan formula yang sama seperti filem Khabir 'CINTA' (adunan 5 kisah cinta dalam 1 filem!), SEPI mengungkap kekuatan visual dan kesan sinematik melalui fotografi dan emosi 'natural' pelakonnya. Lihat sahaja usaha Adam (Afdlin Shauki) mencuba menjadi 'chef' yang wibawa atau kesukaran Ilyana (Vanidah Imran) menjadi wanita yang majlis perkahwinannya dibatalkan. Nasha Aziz yang membawakan watak Suzie yang 'gila-gila'

HIMPUNAN 100 HARI PARA BLOGER

Imej
Perhimpunan 100 hari (selepas PRU 12), akan berlangsung pada 5 Julai 2008 selepas ditunda dari tarikh asal 28 Jun 2008. Maklumat lanjut berhubung perhimpunan ini ialah: Tarikh: 5 Julai 2008 (Sabtu) Masa: 8.00 malam Tempat: Rumah Blog, 66 Lorong Setiabistari 2, Damansara Height Bayaran: RM30.00 (Bloger) RM35.00 (bukan bloger) Mod Pembayaran: Akaun Maybank: 514011899314 (Yew Wei Keat) Maklumat: Yew Wei Keat - 012-2138257 E-mel: tonyyew@gmail.com Cabutan bertuah dan lelongan antaranya...Tapi jangan lupa bawa slip pembayaran/atau resit pindahan wang..Jumpa di sana..

WARKAH UNTUK PM

Imej
(Surat Terbuka Kepada YAB Perdana Menteri) Assalamualaikum YAB Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia, semoga dalam perlindungan dan limpahan rahmat-Nya. Ini bukanlah kali pertama saya menyampaikan permintaan dan harapan tentang soal mengembalikan kedaulatan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kepada YAB Pak Lah, baik dalam suatu pertemuan yang khas di Putra Jaya mahupun melalui dua e-mel kepada http://www.warkahuntukpm.com.my/ Walaupun saya mengenali Pak Lah, dan juga sebaliknya, tetapi surat ini disampaikan sebagai seorang penulis rakyat biasa yang setia kepada negara dan sangat prihatin terhadap Bahasa Melayu (BM) sebagai Bahasa Kebangsaan tanah air yang satu-satunya ini. Bekas Perdana Menteri, Mahathir Muhammad (sekarang Tun) telah memberhentikan BM sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains dalam sistem pendidikan kebangsaan pada 2003. Ini memberi akibat sangat buruk terhadap status dan fungsi BM sebagai bahasa ilmu dan juga jati diri negara. Bagi saya ini adalah satu dosa

MAKAN UNTUK HIDUP

Imej
Judul : MAKAN UNTUK HIDUP : Jaga Makan Sihat Badan Penulis : Ramli Mat Nor Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed Penerbit : Iman Muafakat Group Sdn Bhd ISBN : 978-983-43241-1-7 Harga : RM 19.90 Makan untuk Hidup : Jaga Makan Sihat Badan merupakan buku pertama yang ditulis oleh Ramli Mat Nor. Walaupun tidak memiliki kepakaran khusus dalam bidang pemakanan, namun tip dan panduan kesihatan yang diperturunkan malah praktikal untuk semua lapisan masyarakat. Mungkin kerana itu jugalah judul siri untuk dibuku ini berbunyi, Tip Sahabat untuk Sahabat. “Jaga makan sihat badan”, demikian kata Editor Perunding buku ini, saudara Mohamed Nasser Mohamed dari Semenyih yang telah berjaya berkolaborasi dengan penulis untuk merealisasikan tip ini ke dalam bentuk buku yang sempurna. Buku setebal 96 muka surat tersebut merupakan panduan umum dan ringkas tentang keperluan pemakanan dan aktiviti seharian yang perlu untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. Selain membincangkan perihal amalan pemakanan d

'KITAR SEMULA' DUNIA PENERBITAN YANG SIHAT

Imej
Buku yang dilancarkan oleh Tun Ahmad Sarji pada 3 Jun 2008 Majlis Pelancaran buku The Malays:Their Problems and Future (14 Jun 2008) Dewasa ini sejak sedekad yang lalu kita sering mendengar lagu-lagu lama diberi nafas baru, dinyanyikan semula oleh penyanyi baru. Lagu-lagu popular dirakam semula,di'kompilasi' dalam satu album dengan pelbagai tajuk kompilasi: Tangkap Lentuk, RockMania dsb. Dalam dunia penerbitan juga terdapat fenomena ini. Saya kira (pendapat peribadi) langkah merakam semula, memberi nafas baru, meng'kompilasi' lagu-lagu ini adalah baik kerana kita dapat mendedahkan lagu-lagu ini kepada generasi sekarang yang mungkin tidak berpeluang mendengarnya, menikmati dan menghayatinya. Dalam dunia penerbitan, penerbitan semula tajuk-tajuk atau buku-buku yang dianggap merentas zaman juga telah giat dilakukan, bertujuan memberi dimensi baru kepada buku-buku tersebut mengikut keadaan semasa. Pada bulan ini sahaja, saya telah berpeluang menghadiri dua majlis pelancar

SELAMAT HARI BAPA - NOSTALGIA 1

Imej
YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-Bapa Kemerdekaan Malaysia Allah SWT sentiasa menjadikan berpasangan dan begitu indah. Begitulah, jika Hari Ibu diraikan pada 11 Mei setiap tahun, Hari Bapa pula diraikan pada Ahad ketiga Bulan Jun di kebanyakan negara dunia. Hari Bapa diraikan pada 15 Jun, pada tahun ini. Cerita tentang ayah,abah, papa,atta,walid,bapak,bhawa,daddy,dad,pa,abuya,appa,ayahanda, atau apa sahaja gelaran kepada lelaki bergelar bapa sentiasa mengimbau nostalgia yang bukan sedikit. aku kembali memikirkan makna dari harapan bapa "selesai bersekolah nanti kembalilah kau ke kedai ini" ketika itu diri dikecil kehendak dia ayah yang tak pernah mengerti hasrat semarak si anak yang pagi petang dibuai impian siang malam dilambung angan-angan untuk menjadi lebih dari seorang pekedai.. (petikan sajak Sdr. Rahman Shaari, antara ingat dan lupa bait-baitnya!) Sajak itu amat menepati sifat dan sikap ayah saya. Walaupun saya tidak mengenali penulis sajak itu ketika saya menaip se

MERAUT KEMANUSIAAN DALAM 'PENSIL'

Imej
Hari ini, 12 Jun 2008, saya berkesempatan menonton filem 'Pensil'. Apa yang menarik minat saya ialah judulnya yang ringkas dan bersahaja. Seperti judulnya, filem ini bertolak dari kisah hidup yang ringkas dan boleh dilihat disekeliling kita. PENSIL ialah kisah kemasyarakatan yang sarat dengan nilai murni dan mesej manusiawi. PENSIL, kisah Badrul (watak utama dibawakan oleh M. Subash yang juga bertindak sebagai penulis skrip dan pengarah) ialah anak kelahiran daripada perkahwinan campur ayahnya berbangsa Melayu dan ibunya berbangsa India. Dengan sifatnya dilahirkan sebagai insan istimewa, PENSIL mengungkap perjalanan hidup Badrul yang sangat menyayangi ibu tirinya (Maimon Mutalib) sungguhpun sentiasa didera. Semangat juang Badrul yang membantu ibunya dengan menjual keropok dan bubur amat disenangi oleh Mak Nek (Ruminah Sidek) yang merahsiakan bahawa dia sebenarnya adalah nenek sebenar Badrul. Junid (Jalil Hamid) yang hidup dengan pengalaman pahit masa lampau di mana adiknya

MALAM KARYAWAN II

Salam. Saya sengaja memilih 2 posting mengenai Malam Karyawan II - Memperkasa Budaya yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 7 Jun 2008 yang lalu. Posting oleh Sdr. Nazmi Yaakub (Berita Harian) dan Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain). Saya tidak mempunyai motif tertentu selain bertujuan berkongsi pandangan mengenai acara ini. Kedua-dua mereka tidak mengenali saya secara peribadi dan sekali lagi pemilihan posting ini tidak dinaungi agenda peribadi atau apa-apa agenda. Harap maklum. Terima kasih.

Ke sudut manakah pengarang dan penyair pada Malam Karyawan II?

Ahad, 2008 Jun 08 Malam Karyawan II di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam; mengapa saya merasakan sedikit demi sedikit Keadilan makin mirip kepada Umno?Awalnya, saya menjangkakan ia lebih mirip kepada malam baca puisi. Dengan penyair yang diletakkan label penyair rakyat plus penyair segera yang muncul dengan jubah Keadilan; tugas membuat liputan mungkin seputar mengangkat subteks daripada jeritan dan pekikan puisi.Sebaik kenderaan menjengah masuk ke perkarangan bangunan itu, ada rasa hairan mengetuk-ngetuk. Kenderaan terlalu banyak. Terlalu untuk program sastera. Yang selalu sinonim dengan label miskin khalayak.Bagaimanapun, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat, tumpuan yang berlebih-lebih itu wajar dijangka. Parkir tidaklah penuh sebenarnya. Di persekitaran Dewan Jubli Perak, memang tidak ada ruang tetapi parkir di tingkat bawah masih banyak yang kosong.Namun, Dewan Jubli Perak penuh. Jurugambar sudah menanti di meja makan Press. Berserta beberapa wartawan d

SELANGOR BERDENYUT DENGAN KESENIAN

Sunday, 8 June 2008 Apabila saya menulis posting 31 Mei, dan 2 Jun tentang Malam Karyawan II yg dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor, saya seolah-olah mengimpikan suatu idealisme : negeri ini merumahkan pelbagai seniman dan genre seni yg bukan eksklusif Selangor , tetapi yang inklusif sifatnya. Nah! tadi malam melalui ucapan-ucapan Dr Siddiq Fadil, Eddin Khoo, Prof. Muhammad Hj Salleh, Tan Sri Khalid, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim terucap idealisme yg lebih besar, yakni kesenian dan kebudayaan menjadi bahagian serta roh bagi pembangunan politik dan ekonomi yang manusiawi. Perihal Bahasa Melayu yang terpinggir di sekolah pula dijanjikan akan dikembalikan kedudukan dan kedaulatannya apabila Parti Pakatan Rakyat memerintah negara . Semuanya ini disambut dengan tepukan bergemuruh di dalam Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Menyelangi sekalian ucapan bernas dan penuh harapan itu, supaya tidak semua berkesudahan sebagai retorik, diumumkan pembentukan suatu

DAULAT TUANKU

Imej
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah Daulat Tuanku. Pada setiap Sabtu pertama bulan Jun, seluruh Malaysia bercuti kerana sambutan Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selamat Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 Hijrah di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah putera sulung daripada tujuh bersaudara. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku. Sembah patik harap diampun. Daulat Tuanku!

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2008

Imej
Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) diwujudkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1972. HASS dihoskan oleh bandaraya berlainan setiap tahun dan disulami dengan pameran antarabangsa sepanjang minggu bermula 5 Jun. Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga diasaskan pada 1972, menggunakan HASS untuk menyuntik kesedaran terhadap alam sekitar di samping melebarkan perhatian awam dan politik terhadap kepentingan alam kurniaan Allah SWT ini. Bandaraya hos bagi sambutan HASS 2008 ialah Wellington, New Zealand. Slogan bagi sambutan HASS 2008 ialah "CO2" -Kick the Habit! Towards a Low carbon economy" . New Zealand adalah salah sebuah negara pertama yang berazam untuk mencapai keseimbangan karbon dan juga akan memberi tumpuan kepada pengurusan hutan sebagai satu kaedah mengurangkan kesan rumah hijau. Sepatutnya kesedaran terhadap kualiti alam sekitar kita yang semakin 'merosot' patut dijadikan iktibar untuk kita terus menghargainya