'KITAR SEMULA' DUNIA PENERBITAN YANG SIHAT

Buku yang dilancarkan oleh Tun Ahmad Sarji pada 3 Jun 2008


Majlis Pelancaran buku The Malays:Their Problems and Future (14 Jun 2008)

Dewasa ini sejak sedekad yang lalu kita sering mendengar lagu-lagu lama diberi nafas baru, dinyanyikan semula oleh penyanyi baru. Lagu-lagu popular dirakam semula,di'kompilasi' dalam satu album dengan pelbagai tajuk kompilasi: Tangkap Lentuk, RockMania dsb. Dalam dunia penerbitan juga terdapat fenomena ini. Saya kira (pendapat peribadi) langkah merakam semula, memberi nafas baru, meng'kompilasi' lagu-lagu ini adalah baik kerana kita dapat mendedahkan lagu-lagu ini kepada generasi sekarang yang mungkin tidak berpeluang mendengarnya, menikmati dan menghayatinya.

Dalam dunia penerbitan, penerbitan semula tajuk-tajuk atau buku-buku yang dianggap merentas zaman juga telah giat dilakukan, bertujuan memberi dimensi baru kepada buku-buku tersebut mengikut keadaan semasa. Pada bulan ini sahaja, saya telah berpeluang menghadiri dua majlis pelancaran buku seumpama ini. Buku pertama:Tawhid and Science:Islamic Perspective on Religion and Science (Second Edition), tulisan Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, yang pernah diterbitkan pada tahun 1991. Buku kedua pula: The Malays: Their Problems and Future, tulisan Dr. Syed Husin Ali yang pernah diterbitkan pada tahun 1978. Tentulah penerbitan semula seumpama ini telah menjalani proses 'reformasi' dari segi penampilan, juga kandungan yang telah diperbaharui (expanded and updated version).


Buku Tawhid and Science:Islamic Perspective on Religion and Science (Second Edition) edisi pertama buku ini diterbitkan pada 1991 dan telah menjadi teks di beberapa universiti dunia dan juga di UIAM. Buku ini juga telah diterjemahkan ke beberapa bahasa dunia, antaranya Indonesia, Parsi, Turki dan juga Albania. Buku ini (edisi diperbaharui) mencabar kita untuk berfikir secara serius tentang kesatuan agama dan sains. Buku ini dilancarkan oleh Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji di Kelab DiRaja Selangor pada 3 Jun 2008 yang lalu.


Buku The Malays: Their Problems and Future, sebuah buku yang telah terbit 30 tahun dahulu ditulis oleh penulisnya sewaktu menjadi tahanan ISA, di Taiping, Perak. Dr. Syed Husin Ali, lewat buku ini yang mengandungi 9 bab, membincangkan perihal Melayu, asal usulnya, sejarah, agama, ekonomi, politik dan kemajuannya sehingga hari ini. Walaupun buku ini telah ditulis lebih 30 tahun yang lalu, pelbagai perubahan telah berlaku di negara kita, tetapi masalah asas orang Melayu menurut penulisnya masih mendasar. Perkembangan politik kontemporari dan kuasa politik Melayu yang semakin merudum seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak menjadikan buku ini masih relevan. Buku ini telah dilancarkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, pada 14 Jun 2008 yang lalu.

Tahniah dan syabas kepada penerbit kedua-dua buku ini iaitu Arah Publications www.arahpendidikan.com.my dan The Other Press www.ibtbooks.com

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, saya kira fenomena ini adalah sihat, saya setuju pandangan tuan.
Tanpa Nama berkata…
Sihat sihat gak, tapi buku baru, idea baru perlu jugak, anyway kalau x da yg dulu x da yang baru..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?