HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2008


Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) diwujudkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1972. HASS dihoskan oleh bandaraya berlainan setiap tahun dan disulami dengan pameran antarabangsa sepanjang minggu bermula 5 Jun. Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga diasaskan pada 1972, menggunakan HASS untuk menyuntik kesedaran terhadap alam sekitar di samping melebarkan perhatian awam dan politik terhadap kepentingan alam kurniaan Allah SWT ini. Bandaraya hos bagi sambutan HASS 2008 ialah Wellington, New Zealand. Slogan bagi sambutan HASS 2008 ialah "CO2" -Kick the Habit! Towards a Low carbon economy". New Zealand adalah salah sebuah negara pertama yang berazam untuk mencapai keseimbangan karbon dan juga akan memberi tumpuan kepada pengurusan hutan sebagai satu kaedah mengurangkan kesan rumah hijau. Sepatutnya kesedaran terhadap kualiti alam sekitar kita yang semakin 'merosot' patut dijadikan iktibar untuk kita terus menghargainya dalam konteks sebagai warga dunia. Perlakuan-perlakuan berikut dapat menambah hayat dunia kita yang semakin 'tua' dan terus terbeban.
  1. Tutup semua punca kuasa peralatan letrik dan lampu apabila tidak digunakan.

  2. Mendidih air dengan gas BUKAN dengan cerek letrik.

  3. Berkongsi ruang sesama ahli keluarga, ini dapat menjimatkan letrik.

  4. Menggunakan pengangkutan awam bila mungkin.

  5. Menggunakan peralatan jimat tenaga bila mungkin.

  6. Membeli belah secara bijak.
    (Sumber: Centre for Environment, Technology and Development, Malaysia (CETDEM)
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
3 Jun 2008 5:42 PTG

Syabas tuan, semoga dunia kita akan terus 'remaja'

Tanpa Nama
3 Jun 2008 5:42 PTG

Salam hari alam sekitar sedunia!

Tanpa Nama
3 Jun 2008 5:43 PTG

Hidup dunia kita!

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger