Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA …

Imej
Tahun ini kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57.  Tidak seperti sebelum ini, sambutan Merdeka pada kali ini tentulah agak menyedihkan apatah lagi dengan ujian dari Allah SWT kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dua ujian besar dalam tempoh kurang 100 hari terhadap rakyat Malaysia khususnya syarikat penerbangan nasional, MAS.  Insiden pertama pada 8 Mac lalu, melibatkan penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan kru masih lagi menjadi teka-teki sehingga kini.
Ketika umat Islam seluruh dunia sedang menjalani ibadah Ramadan, dan kurang daripada dua minggu merayakan Aidil Fitri, satu lagi insiden melibatkan penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.  Insiden pada 17 Julai itu melibatkan 298 penumpang dan anak kapal yang tidak berdosa.
Dalam usaha Kerajaan memberikan yang terbaik kepada mangsa-mangsa MH17 yang tidak berdosa, misalnya penghormatan tentera yang tidak pernah diberikan kepada orang awam, Kerajaan dicemuh oleh segelintir pihak yang mempertikaikan upacara y…

RIAK GAYA PKR

Ucapan Ketua Wanita PKR semalam dalam konvensyen mereka memang seronok didengar oleh mereka yang menghadirinya, namun jika diletakkan dalam konteks luaran, jelas ia adalah ucapan yang sungguh riak.
Barisan Nasiona dan UMNO yang telah mentadbir Selangor selama lebih lima dekad dan telah mempunyai senarai Menteri Besar lebih daripada sepuluh orang pun tidak seriak Ketua Wanita PKR itu.
"Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

"Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor,"

Mungkin teraju utama UMNO di peringkat negeri akan menggeleng kepala mendengar hujah retorik dan mimpi siang hari PKR.
Kejayaan pakatan pembangkang merampas Selangor pada 2008 dan kemudiannya meningkat lebih cemerlang dalam 2013 bukanlah sat…

APAKAH PAS AKAN TERUS DI ‘KERBAU’ DALAM PAKATAN?

Hari ini kepimpinan PAS Pusat  akan bermesyuarat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini sekurang-kurangnya dua pemimpin tinggi PAS iaitu Presiden parti dan Mursyidul Am telah secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan tidak nampak sebarang keperluan menukarnya kepada orang lain.
Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini mewakili PKR taleh dipecat daripada partinya kerana tindakan engkar kepada arahan parti untuk berundur sebagai Menteri Besar Selangor.
PAS juga sebelum ini telah menampakan ketidak senangan dengan calon PKR iaitu Presiden parti itu sebagai calon Menteri Besar yang baru.
Mesyuarat hari ini adalah penting sehingga mesyuarat yang dijadualkan pada 13 Ogos ditunda pada hari ini bagi memastikan semua yang terlibat dapat hadir dalam mesyuarat ini.  Lagipun seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob – “ganti MB bukan seperti menukar ketua kampung”.
Seperti …

HARI BERKABUNG 22 OGOS

Kerajaan telah menetapkan tarikh 22 Ogos nanti sebagai hari berkabung berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine pada 17 Julai yang lalu.
Rakyat Malaysia dan para pemimpin kita tentulah telah melihat bagaimana kerajaan Belanda melakukan upacara ketika mayat-mayat daripada lokasi tragedi di bawa ke Belanda tempohari.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun dikhabarkan tiada cuti umum, namun upacara penghormatan terhadap mangsa nahas MH17 akan dilakukan penuh istiadat. 
Setiap jenazah akan diusung oleh anggota tentera dan dibawa menaiki 16 kenderaan jenazah.  Selain itu juga, setiap jenazah akan diberikan penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.
Harapannya usaha kerajaan menetapkan 22 Ogos sebagai tarikh berkabung akan memberikan kekuatan kepada rakyat khususnya mengeratkan perpaduan sesama kita apatah lagi menjelang tarikh keramat kemerdekaan negara pada 31 Ogos nanti.
Kumpul…

CARPE DIEM, RIP SIR …

Imej
Tidak banyak filem sama ada filem barat, melayu atau bahasa apa pun yang meninggalkan kesan mendalam dan impak dalam hidup saya.  Namun filem Dead Poet Society lakonan Robin Williams yang memegang watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dalam filem ini sangat terkesan dalam hidup saya.
Kisah bagaimana guru Bahasa Inggeris menjadi inspirasi kepada para pelajarnya memang mengujakan saya, kerana itu ketika saya menjadi guru di sebuah pusat tuisyen selama enam tahun, filem ini menjadi inspirasi saya untuk membantu para pelajar saya.
Walaupun senario dalam filem Dead Poet Society jauh berbeza dengan latar para pelajar saya namun bukanlah penghalang bagi saya untuk menjadikan Robin William sebagai idola saya dalam dunia keguruan.
Robin Williams yang memberikan lakonan mantap dalam Dead Poet Society memberikan dimensi baru dalam kerjaya perguruan dengan memberikan ruang dan mengaplikasikan kaedah pendidikan yang luar dari kebiasaan serta merapatkan jurang di antara pendidik dan para pelajarn…

TENGOKLAH, SIAPA BOS?

Kemelut di negeri Selangor kini memasuki fasa ke-3, fasa sebelum ini adalah apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada partinya, PKR.  Selepas itu Negeri Selangor ditadbir oleh Menteri Besar tanpa parti.  
Fasa berikutnya adalah apabila Tan Sri Khalid Ibrahim yang meneruskan mandat sebagai Menteri Besar selepas mengadap DYMM Tuanku Sultan dan memaklumkan perkembangan mengenai dirinya, memecat Exco daripada PKR dan DAP.
Ini selepas, Exco daripada DAP dan PKR bertegas untuk meneruskan tugas mereka namun meletakkan beberapa syarat antaranya untuk tidak bertemu Menteri Besar kecuali dalam mesyuarat mingguan.  Rasanya bertepatan tindakan yang diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memecat Exco daripada PKR dan DAP dengan syarat mereka.
Perlantikan Exco adalah budi bicara Menteri Besar selepas dicalonkan oleh parti masing-maisng dan diperkenan oleh Sultan.
Namun apabila Exco daripada PKR dan DAP bertegas dengan syarat mereka, maka ada baiknya mereka dinyahkan kerana ada lebih ramai lagi…