APAKAH PAS AKAN TERUS DI ‘KERBAU’ DALAM PAKATAN?

Hari ini kepimpinan PAS Pusat  akan bermesyuarat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini sekurang-kurangnya dua pemimpin tinggi PAS iaitu Presiden parti dan Mursyidul Am telah secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan tidak nampak sebarang keperluan menukarnya kepada orang lain.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini mewakili PKR taleh dipecat daripada partinya kerana tindakan engkar kepada arahan parti untuk berundur sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS juga sebelum ini telah menampakan ketidak senangan dengan calon PKR iaitu Presiden parti itu sebagai calon Menteri Besar yang baru.

Mesyuarat hari ini adalah penting sehingga mesyuarat yang dijadualkan pada 13 Ogos ditunda pada hari ini bagi memastikan semua yang terlibat dapat hadir dalam mesyuarat ini.  Lagipun seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob – “ganti MB bukan seperti menukar ketua kampung”.

Seperti PAS sebenarnya banyak pihak yang tidak senang dengan saranan PKR untuk meletakkan presiden partinya sebagai calon Menteri Besar, bukan kerana beliau seorang wanita. Tetapi yang lebih mencurigakan adalah bahawa meletakkan presiden parti serupalah dengan meletakkan ketua umumnya, ini kerana belum apa-apa lagi presiden parti telahpun ‘cuci tangan’ dengan mengumumkan bahawa ketua umum partinya akan dilantik sebagai penasihat!

Dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi PAS hari ini, tentulah tidak mungkin bagi PAS untuk meninggalkan PR walaupun mereka mempunyai kerusi yang lebih dalam DUN Selangor berbanding sekutu mereka DAP dan PKR.  Ini kerana telah dipersetujui secara konsensus bahawa Selangor akan ditadbir oleh  PKR seperti juga Kelantan dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh PAS dan DAP.

Hasil mesyuarat PAS pada hari ini juga akan menentukan hala tuju dan pendirian PAS berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Adakah selepas mesyuarat hari ini diperingkat kepimpinan tertinggi PAS akan menerima calon yang diketengahkan oleh PKR atau akan terus berdegil supaya satu lagi nama dikemukakan sebagai calon alternatif Menteri Besar.

Adakah PAS akan terus di’kerbau’kan atas nama kesepakatan dalam PR.  Atau adakah PAS berani untuk mempertahankan pendirian mereka dan tidak berganjak dengan keputusan mereka untuk tidak menerima calon tunggal PKR yang merupakan Presiden partinya?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tambah azmin pulak...
anep berkata…
pas mmg dikerbaukan..mencalonkan azmin tp pkr bertegas HANYA dswa calon tunggal...
SIS berkata…
mmg dah serabut dah PKR..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?