RIAK GAYA PKR

Ucapan Ketua Wanita PKR semalam dalam konvensyen mereka memang seronok didengar oleh mereka yang menghadirinya, namun jika diletakkan dalam konteks luaran, jelas ia adalah ucapan yang sungguh riak.

Barisan Nasiona dan UMNO yang telah mentadbir Selangor selama lebih lima dekad dan telah mempunyai senarai Menteri Besar lebih daripada sepuluh orang pun tidak seriak Ketua Wanita PKR itu.

"Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

"Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor,"

Mungkin teraju utama UMNO di peringkat negeri akan menggeleng kepala mendengar hujah retorik dan mimpi siang hari PKR.

Kejayaan pakatan pembangkang merampas Selangor pada 2008 dan kemudiannya meningkat lebih cemerlang dalam 2013 bukanlah satu manifestasi yang tepat untuk mengatakan UMNO akan ‘sifar’ di Selangor.

Tindak tanduk para pemimpin pakatan pembangkang khususnya di Selangor akhir-akhir ini sebenarnya adalah menjelekkan.  Apatah lagi dengan label ‘Menteri Besar terbaik pakatan’ yang pernah diberikan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini tentulah sukar untuk dilupakan, malah kini selepas dipecat daripada parti pelbagai tohmahan pula dilontarkan.

Jika PKR berani memecat Tan Sri Khalid Ibrahim dari partinya, maka apa mustahilnya rakyat negeri Selangor bangun menolak PKR di Selangor.  Kad laporan PKR ketika melaksanaka pemilihan baru-baru ini juga tidak begitu memberangsangkan.

Pelbagai kekecohan yang terjadi malah ianya lebih buruk daripada sebuah parti induk India yang sering dikaitkan dengan kekecohan ketika pemilihan.

Dengan banyak pihak membuat aduan mengenai pemilihan adakah PKR boleh mendabik dada telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat khususnya di Selangor jika segelintir ahlinya sendiri dianiyai.

Baca sahaja mengenai pemilihan dalam parti, tentu kita sekurang-kurangnya dapat menghasilkan laporan setebal Kamus Dewan!

Jika PKR benar-benar merasakan bahawa mereka mendapat sokongan padu rakyat sehingga mahu menjadikan UMNO sifar di Selangor, mereka seharusnya berani berdepan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri, barulah dapat melihatkan UMNO sifar seperti dakwaan ‘riak’ mereka.

Dengan pengalaman selama enam tahun menjadi pentadbir Selangor pun tidak dapat dilaksanakan dengan licin, kemelut pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari partinya sendiri tentulah memberikan gambaran bagaimana rakusnya para pemimpin mereka dalam menjayakan kronisme dan nepotisme untuk terus berpaut pada kuasa.

Jika DYMM Tuanku Sultan memperkenan pembubaran DUN di Selangor, maka inilah peluang terbaik bagi rakyat Selangor menolak PKR di Selangor dan membuktikan bahawa itulah sewajarnya dilakukan dan bukanlah satu tindakan yang mengarut.

Mungkin bacaan Ketua Wanita PKR adalah bahawa rakyat Selangor tidak begitu bijak dalam percaturan ataupun dilabel sebagai begitu ‘naif’.


Tolonglah, kami tidak begitu bodoh untuk membiarkan PKR membodohkan rakyat negeri termaju ini!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
biasala org plitik cakp berdegar-degar tp penuh taik..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?