TENGOKLAH, SIAPA BOS?
Kemelut
di negeri Selangor kini memasuki fasa ke-3, fasa sebelum ini adalah apabila Tan
Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada partinya, PKR. Selepas itu Negeri Selangor ditadbir oleh
Menteri Besar tanpa parti.
Fasa
berikutnya adalah apabila Tan Sri Khalid Ibrahim yang meneruskan mandat sebagai
Menteri Besar selepas mengadap DYMM Tuanku Sultan dan memaklumkan perkembangan
mengenai dirinya, memecat Exco daripada PKR dan DAP.
Ini
selepas, Exco daripada DAP dan PKR bertegas untuk meneruskan tugas mereka namun
meletakkan beberapa syarat antaranya untuk tidak bertemu Menteri Besar kecuali
dalam mesyuarat mingguan. Rasanya
bertepatan tindakan yang diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memecat Exco
daripada PKR dan DAP dengan syarat mereka.
Perlantikan
Exco adalah budi bicara Menteri Besar selepas dicalonkan oleh parti
masing-maisng dan diperkenan oleh Sultan.
Namun
apabila Exco daripada PKR dan DAP bertegas dengan syarat mereka, maka ada
baiknya mereka dinyahkan kerana ada lebih ramai lagi yang tahu menghormati
seorang Menteri Besar walaupun dalam tempoh peralihan seperti yang dinyatakan
oleh PKR dan DAP.
Nampaknya
kemelut Menteri Besar akan terus berlanjutan sehingga beberapa ketika, namun
isu pemecatan Exco daripada PKR dan DAP akan terus menambah luka dan derita PKR
yang dirundung malang berikutan krisis dalaman mereka.
Jika
tidak ditangani segera, kelihatannya Menteri Besar tanpa parti dalam negeri
termaju di Malaysia ini bakal memakai topi baru sama ada topi PAS atau topi
UMNO. Pada masa ini kedudukan kerusi DUN
di Negeri Selangor dalam keadaan seimbang 50-50. Tidak mustahil dalam kelompok PKR dan DAP pun
akan ada ADUN yang menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar.
Kemelut
di Selangor ciptaan PKR nampaknya tidak begitu menyebelahi mereka pada kali
ini. Tan Sri Khalid Ibrahim yang
dikatakan bersetuju dengan Langkah Kajang hanyalah kerana pada awalnya
digambarkan bahawa ianya untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR menerajui Selangor,
namun tidak menjadi kenyataan.
Apabila
Ketua Umum PKR didapati tidak layak untuk bertanding, Langkah Kajang diteruskan
juga dengan Presiden PKR pula sebagai calon bagi DUN di Kajang. Maka apabila Presiden PKR dikhabarkan akan
mengambilalih sebagai Menteri Besar tentulah ramai yang tertanya-tanya atas
alasan apa Tan Sri Khalid Ibrahim mahu diundurkan.
Ramai
yang dapat mengagak tindak tanduk PKR melalui Ketua Umumnya yang bertindak sebagai
‘dalang’ dalam persembahan wayang kulit politik di Selangor malah Presiden PKR
yang suatu masa dahulu digambarkan sebagai satu kejayaan wanita kini tidak lagi
menjadi sanjungan apabila seorang wanita yang menjadi presiden parti politik
sebenarnya tidak lebih daripada boneka jepun dalam ‘kabuki’.
Tamparan
hebat kepada PKR adalah apabila presiden mereka tidak diperkenan mengadap DYMM
Tuanku Sultan kerana baginda berpendapat bahawa penjelasan yang telah diberikan
oleh Menteri Besar adalah memadai dan isu pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim
sebagai ahli PKR adalah masalah dalaman parti.
Selepas
insiden dipecat dan memecat rasanya PKR dan DAP khususnya para Exconya tentu
maklum siapakah bos sebenarnya!
Ulasan