Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

SALAM MERDEKA, MARI KITA MEMERIKSA JATI DIRI

Yang Arif … Selepas 55 Tahun negara mencapai kemerdekaan, dan selepas empat dekad disapa nafas merdeka juga selepas dua dekad faham dan turut merasainya, inilah kali pertama saya merasa amat jengkel untuk merayakan merdeka.   Benar, tidak seperti tahun-tahun lepas saya benar-benar merasa jengkel.   Yang pertama dengan tema ‘kitar semula’ yang telah lebih awal digunakan oleh gabungan parti politik.   Yang kedua ialah kerana logo ‘asaljadi’ yang mengiring sambutan pada tahun ini. Maka apabila, tema ‘kitar semula’ diputuskan untuk dipakai, saya telah melihat bagaimana mentaliti dan intelek rakyat Malaysia telah diletakkan di bawah telapak kasut, oleh para pemimpin syok sendiri.   Para pemimpin syok sendiri pula kemudiannya menggubah lagu untuk mengiringi tema ‘kitar semula’ itu, namun akhirnya dikatakan lagu tersebut menyamai lagu gereja. Selepas beberapa ketika, negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Selangor, Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan untuk me

UJIAN PINDAAN SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN 1950

Imej
Awal minggu ini kecoh mengenai laman muka buka Pemuda UMNO yang kononnya memaparkan posterkontroversi menyatakan mengundi Pakatan Rakyat sama seperti menjadikan Kristiansebagai agama rasmi Malaysia. Ketikabanyak pihak menyatakan kebimbangan mengenai pindaan seksyen 114A tersebut,tiba-tiba muncul sebuah laman muka buku Pemuda UMNO seperti ini.   Anehnya polis menyiasat perkara ini bukan dibawah seksyen 114A yang dimaksudkan   tetapi di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia . Namun begitu ramai pengamalundang-undang yang beranggapan bahawa hal ini sepatutnya disiasat di bawahSeksyen 114A Akta Keterangan dan Pemuda UMNO sepatutnya berusaha membuktikanbahawa laman tersebut bukan milik mereka.   Bagi saya sama ada jika benar pun (saya yakin) laman tersebut bukanmilik Pemuda UMNO namun pindaan yang baru ini memberikan bebanan kepada merekadan siapa sahaja membuktikan ‘kebenaran’ mereka. Amatlah malangpindaan baru ini tentunya akan membebankan bukan sahaja Pemuda UMNO malah and

FIKIR DULU SEBELUM BUANG!

Slogankitar semula yang agak ‘ catchy’ ialahfikir dulu sebelum buang.   Walaupundikaitkan dengan usaha kitar semula namun ‘fikir dulu sebelum buang’ adalahanalogi yang agak baik untuk kita memperbaiki sikap dan pendirian kita. Misalnyadalam mebuang undi, yang lebih afdal ialah berfikir dengan sewajarnya tanpadipengaruhi emosi yang bersifat sementara, kerana silap membuang, padahjawabnya.   Begitu juga fenomena buangbayi yang pernah saya ungkapkan lewat entri dalam blog ini, sepatutnya menjadiiktibar untuk kita tidak terus terjerumus dalam kancah dosa. Seorangteman sering mengungkap sedangkan nak buang pun kena fikir inikan pula hal-hallain yang lebih mendesak.   Misalnyapindaan dalam Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang khabarnya diluluskan dalamkeadaan tergesa-gesa, dan semalam pelbagai pihak menentang pindaan ini termasuktiga orang wakil dari Barisan Nasional yang begitu tegar mempertahankan supayapindaan ini dikaji semula oleh Kerajaan. PindaanSeksyen 114A Akta Keterangan in

HARI ‘INTERNET BLACKOUT DAY’ – 14 OGOS 2012

Imej
Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ) sebuah pertubuhan bukan bersifat keuntungan yang mengunjurkan masyarakat yang demokratik, adil dan bebas di mana semua rakyat boleh menikmati media yang bebas, kebebasan bersuara, mencari dan menghebahkan maklumat.   Sebagai satu usaha memperkasa kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang telah dipinda baru-baru ini, CIJ akan mengadakan hari ‘Internet Blackout’ yang akan diadakan pada 14 Ogos 2012.   Hari Internet Blackout Day diharapkan akan memberikan pendedahan dan maklumat kepada pengguna internet tentang impak negatif aspek perundangan Seksyen 114A yang dipinda.   Usaha ini juga telah dilaksanakan di New Zealand dan Amerika Syarikat bagi menyokong kebebasan internet. Usaha ini dilakukan bagi mendesak kerajaan untuk menarik semula   pindaan ini bersama beberapa lagi akta yang telah dilaksanakan secara tergesa-gesa pada bulan April yang lalu. Pindaan pada Seksyen 114A meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pih

MENGAPA BAYAR LEBIH?

Sama ada kita sedar atau tidak, aspek penyelesaian masalah tidak begitu diberi perhatian.   Mungkin ini kesan daripada penekanan berlebihan terhadap peperiksaan sehingga proses pembelajaran dan pengajaran kelihatan seperti laluan sehala – JALAN PEPERIKSAAN. Kerajaan kita pada hari ini juga kelihatan seperti tidak kreatif dalam penyelesaian masalah atau mungkin berkiblat kepada sesuatu elemen yang merupakan agenda yang mudah   diterka.   Saya mengatakan demikian kerana akhir-akhir ini pelbagai masalah rakyat tidak ditangani dalam aspek penyelesaian yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, sebagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya, pihak-pihak berkenaan lebih mudah memikirkan penyelesaian mengenakan saman yang tinggi.   Begitu juga dalam menangani beban hidup, kerajaan lebih senang meluluskan pelbagai insentif yang akhirnya merupakan penyelesaian jangka pendek dan tidak langsung melihat permasalahan yang sebenarnya. Apabila Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lum

MENJENGUK SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN

Sejak ia didebatkan dalam masa yang singkat pada bulan April yang lalu dan diwartakan pada penghujung Jun, pindaan dalam Seksyen 114A Akta Keterangan terus menjadi debat umum bukan sahaja oleh mereka yang terlibat secara langsung seperti pengguna media baru malah orang ramai juga. Yang terkini, sekurang-kurangnya dua orang Ahli Parlimen Barisan Nasional secara jelas menentang pindaan ini.   Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan pindaan akta ini menimbulkan keresahan kerana tidak didebatkan dengan mendalam sebelum Parlimen meluluskannya. Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengulas dalam seminar pemikiran kritis “114A Evidence Act – The End of Internet Freedom”   menyatakan bahawa pindaan yang dimaksudkan ‘bermasalah’ dan ‘merumitkan’.   Ahli Parlimen Temerloh itu mengakui bahawa pindaan yang diluluskan Parlimen April lalu tidak melalui proses debatan dan bacaan yang lazimnya seperti bacaan pertama, kedua da

SURUHANJAYA DIRAJA BUKAN SURUHANJAYA SEGERA!

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu” itulah antara ungkapan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu. Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan DYMM Yang DiPertuan Agong telah memberi perkenan terhadap cadangan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah khususnya yang berkaitan dengan pemberian kerakyatan secara berleluasa. Suruhanjaya ini akan dipengerusikan oleh mantan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan perlu   menyelesaikan siasatan dalam tempoh enam bulan. Apakah lawatan Perdana Menteri pada hari ini sehari sebelum khabar yang mengatakan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Sabah hujung minggu ini den

LEMBU UDANG, UNDANG LEMBU, LEMBUT UNDANG, MENTERI MERAPU!

Beberapa bulan yang lalu, Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri setelah dikaitkan dengan isu NFC yang diterajui oleh suaminya.  Walaupun menteri wanita tersebut bermati-matian menafikan mengetahui mengenai penglibatan suami dan anak-anaknya di dalam projek lembu fidlot Kerajaan. Malah NFC juga mendapat pinjaman mudah sebanyak RM250 juta ringgit bagi melaksanakan projek NFC.   Selain menternak lembu, NFC juga mengunakan pinjaman yang khusus diberikan untuk projek lembu dengan melaburkan di dalam sektor hartanah dengan membeli beberapa unit kondominium kononnya sebagai pelaburan. Kini pecah pula berita kononnya Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dikatakan terlibat di dalam satu perusahaan kolam penternakan udang di TanjungKarang.   Mengikut Menteri tersebut,beliau hanyalah seorang tuan empunya tanah yang disewakan kepada sebuah syarikat penternakan udang dengan sewaan tahunan minimum sebanyak RM25,200

CATATAN DARI ISTANA

Imej
Hari ini sepanjang hari saya berkurung   di istana, namun bukan istana negara tetapi Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, satu-satunya platform tertinggi bagi sistem perundangan negara. Saya sebenarnya sengaja memilih untuk berada di Mahkamah Rayuan bagi mengikuti sebuah kes yang melibatkan anak kenalan saya.   Kes ini telah berjalan selama 9 tahun dan sepatutnya hari ini adalah hari penghakiman mengenai keputusan terhadap kesalahan yang telah dilakukan.   Bermula dari jam 9.30 sehingga hampir jam 1 tenghari, hanya satu kes sahaja yang dapat didengar, malah itupun terpaksa di sambung selepas rehat pada jam 2.30 petang. Jika mengikut giliran sebutan kes bagi anak kenalan saya adalah yang ketiga, dan dianggarkan akan selesai sekitar tengahari, namun apa yang menyeronokkan ialah hujah kedua-dua peguam bela dan pendakwa bagi kes yang pertama yang merupakan cubaan menerima rasuah. Tertuduh sebenarnya telah pun dijatuhi hukuman o

TALAM & PENYELESAIAN HUTANG

Selepas menghadiri sesi taklimat isu air di Selangor dan isu TALAM   pada hari ini, saya membuat satu kesimpulan yang jelas, ahli politik BN memang dalam keadaan terdesak untuk menawan Selangor daripada pakatan pembangkang. Saya tidak mahu sangat menyentuh mengenai isu air kerana telah disentuh di dalam entri terdahulu, SYABAS yang berselindung di belakang sokongan Kerajaan Persekutuan amat jelas telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengagih air terawat bagi kegunaan warga Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.    Bekalan air mentah memang mencukupi daripada tujuh buah empangan di Negeri Selangor dan ditambah pula oleh loji Sungai Labu yang bakal beroperasi, namun kegagalan SYABAS menyalurkan air terawat dengan peratus air tidak berbayar masih di tahap tinggi iaitu 32%, menampakkan kegagalan tanggungjawabnya kepada para pengguna seperti saya. Taklimat hampir tiga jam setengah yang kebanyakkannya dihadiri oleh pemilik indu

BELUM REZEKI

Biar bagaimana kita cuba pun, jika belum diizinkan Allah SWT, maka akan tertangguh lagi.  Itulah ujian yang dihadapi oleh Lee Chong Wei dalam menyempurnakan misi Malaysia untuk memenangi emas pertama Sukan Olimpik.  Biar bagaimanapun harapan dan impian emas rakyat Malaysia masih belum dimakbulkan olehNya. Memang diketahui Lee Chong Wei yang menduduki ranking ke-2 berbanding Lin Dan yang merupakan pilihan pertama dunia, tidak banyak mengatasi seterunya.  Namun doa, harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia yang bersatu untuk mendoakan usaha Lee Chong Wei dalam misi memburu emasnya, tidak sia-sia.  Semangat juang Lee Chong Wei yang mengheret Lin Dan sehingga set ketiga sebelum kalah tipis memang patut dipuji. Biarpun pentadbir sukan negara memulakan misi memburu emas pertama sukan Olimpik beberapa tahun yang lalu melalui program ‘Road To London’ di tambah pula pelbagai insentif yang ditawarkan kepada para atlet oleh pelbagai pihak sekiranya mampu melengkapkan misi memenangi

TIGA BATU NAUTIKA?

Imej
Seorangkawan pernah memberitahu saya sekiranya ada peluang dia mahu juga adaPilihanraya Kecil di tempatnya, tapi bukanlah kerana wakil rakyat di tempatnyameninggal atau lain-lain kecelakaan, itu bukan impiannya.  Alasannya mudah, dengan adanya PilihanrayaKecil tentulah kawasan ataupun daerahnya akan menjadi terkenal dan dilawatioleh para pemimpin politik dalam masa yang singkat selain projek-projek segerayang akan datang mencurah-curah. Kiniketika bahang Pilihanraya Umum ke-13 bertiup kencang, tiba-tiba kerajaan ‘JanjiDitepati’ mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkajisecara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleumkepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Khabarnya Jawatankuasa Khas ini diberikanmasa selama enam bulan dan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun AbdulHamid Mohamad. Jawatankuasakhas ini bakal dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara,wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelanta

HARAPAN EMAS MALAYSIA II

Imej
Sukan Olimpik London 2012 telah berada di kemuncaknya.  Daripada lapan acara sukan yang disertai oleh 30 atlet negara, yang paling menyerlah adalah sukan badminton yang bakal menjanjikan pingat ekoran kecemerlangan pemain badminton nombor satu negara –Lee Chong Wei berjaya ke peringkat akhir. Perlawanan akhir esok akan menjanjikan pingat sama ada emas yang diidami Malaysia mahupun pingat perak yang pernah dimenangi Lee Chong Wei pada tahun 2008.  Kita sudah pernah memenangi pingat gangsa dan perak, namun yang belum ialah pingat emas. Itulah idaman dan harapan seluruh rakyat Malaysia yang bakal digalas oleh Lee Chong Wei. Apakah Sukan Olimpik London 2012 yang merupakan edisi ketiga puluh ini bakal melakarkan sejarah buat seluruh rakyat Malaysia, selain berada dalam bulan Ramadan, kemenangan mengatasi pemain Cina, Lin Dan juga akan menjadikan sambutan kemerdekaan kali kelima puluh lima lebih manis dengan Malaysia memenangi emas yang pertama selepas kali pertama memenangi pingat gangs

MOTORSIKAL OH MOTORSIKAL

Saya telah beberapa tahun ini makanhati ketika menjadi pengguna jalan raya. Betul, saya telah memasuki peringkat yang paling serius dalam tahapmakan hati saya.  Saya makan hati denganperangai para penunggang motorsikal di Malaysia khususnya di Lembah Kelang.  Saya teringat ketika peringkat awal di ibukota, saya pernah di saman kerana tidak menggunakan laluan motorsikal diLebuhraya Persekutuan berhadapan Bangunan Angkasapuri.  Itu kisah lebih suku abad yang lalu. Kini selepas menjadi pengguna jalanraya selama hampir suku abad di ibu kota, saya sebenarnya semakin hari semakinmakan hati dengan gelagat dan perangai para penunggang motorsikal.  Disebabkan tugas saya, saya banyakmenghabiskan masa di atas jalan raya bukan sahaja di ibu kota malah kenegeri-negeri lain juga.  Keadaan dansikap penunggang motorsikal seperti sama sahaja di mana-mana. Bayangkan penunggang motorsikalberada di laluan paling kanan yang dikhaskan kepada laluan laju, malah dalambanyak keadaan penunggang motorsikal s

NOW & THEN…

Imej
Sehariselepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  di dakwa di mahkamah atas dakwaan mendedahkanakaun di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA), beliaumengumumkan penubuhan Pusat Pemantauan dan PendedahMaklumat Negara (NOW).  Pusat tersebutakan berfungsi sebagai sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjagakebajikan pemberi maklumat. Antara matlamat yang digariskan bagiNOW adalah sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasiurustadbir, tatakelola dan ketelusan kerajaan dan agensi di bawahnya,melindungi dan menjaga kebajikan pendedah maklumat melalui Dana PerlindunganPemberi Maklumat yang akan menanggung kos guaman, kos hilang sara diri, selainitu ianya juga akan melaksanakan program kesedaran untuk menggalakkan lebihramai pemberi maklumat tampil ke hadapan di samping melahirkan lebih ramaiaktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan. Walaupun kini terdapat AktaPerlindungan Pemberi Maklumat yang diluluskan Parlimen pada 6 Mei 2