UJIAN PINDAAN SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN 1950


Awal minggu ini kecoh mengenai laman muka buka Pemuda UMNO yang kononnya memaparkan posterkontroversi menyatakan mengundi Pakatan Rakyat sama seperti menjadikan Kristiansebagai agama rasmi Malaysia.

Ketikabanyak pihak menyatakan kebimbangan mengenai pindaan seksyen 114A tersebut,tiba-tiba muncul sebuah laman muka buku Pemuda UMNO seperti ini.  Anehnya polis menyiasat perkara ini bukan dibawah seksyen 114A yang dimaksudkan  tetapi di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Namun begitu ramai pengamalundang-undang yang beranggapan bahawa hal ini sepatutnya disiasat di bawahSeksyen 114A Akta Keterangan dan Pemuda UMNO sepatutnya berusaha membuktikanbahawa laman tersebut bukan milik mereka. Bagi saya sama ada jika benar pun (saya yakin) laman tersebut bukanmilik Pemuda UMNO namun pindaan yang baru ini memberikan bebanan kepada merekadan siapa sahaja membuktikan ‘kebenaran’ mereka.

Amatlah malangpindaan baru ini tentunya akan membebankan bukan sahaja Pemuda UMNO malah andadan saya juga untuk menghabiskan wang ringgit dan masa yang berharga untukmembuktikan ‘ketidak salahan’ kita!  Bayangkanmasjid-masjid yang kini mempunyai kemudahan ‘WiFi’ sebagai satu khidmat kepadaqariah kini berdepan pula dengan tuntutan yang harus ditanggung oleh pihakJawatankuasa Masjid untuk membuktikan ‘kebenaran’ mereka jika ada pihak-pihakyang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan ‘WiFi’ di masjid mereka,untuk tujuan yang salah.

Bagi YB KhairyJamaluddin, selaku Ketua Pemuda UMNO, mungkin ini peluang ‘tercipta’ yangterbaik bagi membuka mata rakan-rakan dalam BN yang menyokong pindaan ini.  Mungkin juga dianggap sebagai ‘rahmat’apabila ada pihak-pihak yang membangunkan laman muka buku ‘Pemuda UMNO’ bagimemberikan impak atau drama kepada penyokong-penyokong pindaan Seksyen114A. 

Mungkin juga PemudaUMNO sendiri bertanggungjawab membangunkan laman muka buku ini bagi memberikanisyarat yang jelas kepada Perdana Menteri bahawa ramai di luar sana sebenarnyamenentang pindaan seperti ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kena batang idung sendiri..
Tanpa Nama berkata…
bagus juga leh tgk apa jadik..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?