FIKIR DULU SEBELUM BUANG!



Slogankitar semula yang agak ‘catchy’ ialahfikir dulu sebelum buang.  Walaupundikaitkan dengan usaha kitar semula namun ‘fikir dulu sebelum buang’ adalahanalogi yang agak baik untuk kita memperbaiki sikap dan pendirian kita.

Misalnyadalam mebuang undi, yang lebih afdal ialah berfikir dengan sewajarnya tanpadipengaruhi emosi yang bersifat sementara, kerana silap membuang, padahjawabnya.  Begitu juga fenomena buangbayi yang pernah saya ungkapkan lewat entri dalam blog ini, sepatutnya menjadiiktibar untuk kita tidak terus terjerumus dalam kancah dosa.

Seorangteman sering mengungkap sedangkan nak buang pun kena fikir inikan pula hal-hallain yang lebih mendesak.  Misalnyapindaan dalam Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang khabarnya diluluskan dalamkeadaan tergesa-gesa, dan semalam pelbagai pihak menentang pindaan ini termasuktiga orang wakil dari Barisan Nasional yang begitu tegar mempertahankan supayapindaan ini dikaji semula oleh Kerajaan.

PindaanSeksyen 114A Akta Keterangan ini memang menggangu kehidupan orang-orang sepertisaya malah seluruh rakyat Malaysia. Bayangkan setiap daripada 28 juta rakyat Malaysia akan celik daripadatidur mereka akan didapati bersalah sehingga mereka membuktikkansebaliknya.  Ini jelas amat bertentangandengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang itu tidak bersalahsehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah perundangan.

Ironinyasemua pindaan perundangan di negara kita disediakan oleh Pejabat Peguam Negara,tidakkah pihak-pihak ini memikirkan sedalam-dalamnya impliksasi daripadasebarang pindaan sebelum diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen untukmembahaskannya.  Mungkin ahli-ahliParlimen harus diberikan penjelasan lanjut sebelum mereka membahaskan sesuatupindaan supaya kita tidak dilihat sebagai ‘flip flop’ dalam membuatkeputusan.  Bayangkan sesuatu yang telahdiwartakan kini harus dikaji semula kerana rakyat membantahnya.

Mungkinpihak Peguam Negara harus mengguna pakai analogi ‘fikir dulu sebelum buang’supaya meneliti, bermusyawarah dengan rakyat dan pihak-pihak berkepentingansebelum sesuatu pindaan mahupun akta dibahas oleh Parlimen, bukankah langkahseperti ini memberikan peluang kepada rakyat sesuai dengan slogan ‘rakyatdidahulukan’. 

Semalam,Perdana Menteri mengarah kabinet membincangkan pindaan Seksyen 114A AktaKeterangan yang dianggap ‘kontroversi’ itu. Harapannya selepas ini tiada lagi pindaan-pindaan ‘merapu’ seperti yangberlaku dalam kes Seksyen 114A ini.  

Kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga seorang Senator, syabasdiucapkan kerana prihatin terhadap kepincangan dalam sistem penyampaiankhususnya berhubung pindaan Seksyen 114A. Tahniah dan syabas kepada YB Datuk Saifuddin Abdullah, YB KhairyJamaluddin, YB Datuk GanPing Sieu, anda adalah contoh terbaik ahli-ahli Parlimen yang sanggupmembelakangkan aspirasi parti demi rakyat!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
nak bee end kot..
arif berkata…
flip flop

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?