HARAPAN EMAS MALAYSIA II



Sukan Olimpik London 2012 telah berada di kemuncaknya.  Daripada lapan acara sukan yang disertai oleh 30 atlet negara, yang paling menyerlah adalah sukan badminton yang bakal menjanjikan pingat ekoran kecemerlangan pemain badminton nombor satu negara –Lee Chong Wei berjaya ke peringkat akhir.

Perlawanan akhir esok akan menjanjikan pingat sama ada emas yang diidami Malaysia mahupun pingat perak yang pernah dimenangi Lee Chong Wei pada tahun 2008.  Kita sudah pernah memenangi pingat gangsa dan perak, namun yang belum ialah pingat emas. Itulah idaman dan harapan seluruh rakyat Malaysia yang bakal digalas oleh Lee Chong Wei.

Apakah Sukan Olimpik London 2012 yang merupakan edisi ketiga puluh ini bakal melakarkan sejarah buat seluruh rakyat Malaysia, selain berada dalam bulan Ramadan, kemenangan mengatasi pemain Cina, Lin Dan juga akan menjadikan sambutan kemerdekaan kali kelima puluh lima lebih manis dengan Malaysia memenangi emas yang pertama selepas kali pertama memenangi pingat gangsa padatahun 1992.

Tuaian emas selepas dua puluh tahun adalah sangat wajar.  Pedulilah dengan tawaran kewangan dan pelbagai insentif yang bakal diterima oleh Lee Chong Wei sekiranya memenangi emas pertama untuk negara, apa yang lebih penting ialah kemenangan ini bakal menjadi hadiah paling berharga bukan sahaja kepada peminat sukan olimpik,peminat sukan badminton mahupun tujuh lagi acara yang diwakili oleh atletMalaysia tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika berdasarkan pada kertas, rekod perlawanan dengan Lin Dan memang tidak memihak kepada Lee Chong Wei, namun harapan dan impian emas 27 juta rakyat Malaysia mungkin dapat memberikan kejutan untuk Malaysia meraih emas pertama negara. Mungkinkah Lee Chong Wei yang bakal berusia 30 tahun Oktober ini dan edisi ketigapuluh Olimpik London 2012 mempunyai misi yang sama.

Dengan pelbagai kemelut politik dalam negara dan dalam bahang umat Islam menyambut Aidil Fitri dan rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan negara pada hujung Ogos apalah yang lebih diharapkan selain emas pertama Olimpik untuk Malaysia.  

Mungkin emas Olimpik pertama negara dapat mengubat kemelut logo kemerdekaan, tema yang berbaur politik malah lagu tema yang didakwa diciplak.  Seperti kata sebahagian daripada kita, para pemimpin politik gagal meyatukan rakyat Malaysia, harapannya tentulah kepada Lee Chong Wei untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia untuk satu matlamat –EMAS OLIMPIK PERTAMA UNTUK MALAYSIA! Selamat berjuang  Lee Chong Wei!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

ain
4 Ogos 2012 2:20 PTG

semoga misi berjaya!

ct
5 Ogos 2012 9:36 PG

inilah masanya..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger