MENJENGUK SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN


Sejak ia didebatkan dalam masa yang singkat pada bulan April yang lalu dan diwartakan pada penghujung Jun, pindaan dalam Seksyen 114A Akta Keterangan terus menjadi debat umum bukan sahaja oleh mereka yang terlibat secara langsung seperti pengguna media baru malah orang ramai juga.

Yang terkini, sekurang-kurangnya dua orang Ahli Parlimen Barisan Nasional secara jelas menentang pindaan ini.  Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan pindaan akta ini menimbulkan keresahan kerana tidak didebatkan dengan mendalam sebelum Parlimen meluluskannya.

Datuk Saifuddin Abdullah ketika mengulas dalam seminar pemikiran kritis “114A Evidence Act – The End of Internet Freedom”  menyatakan bahawa pindaan yang dimaksudkan ‘bermasalah’ dan ‘merumitkan’.  Ahli Parlimen Temerloh itu mengakui bahawa pindaan yang diluluskan Parlimen April lalu tidak melalui proses debatan dan bacaan yang lazimnya seperti bacaan pertama, kedua dan ketiga malah mengakui tidak diberikan masa yang mencukupi untuk meneliti pindaan tersebut ditambah pula tiada  aspek konsultasi khususnya melibatkan pihak-pihak berkepentingan.

Dengan media baru yang semakin didakap oleh penduduk dunia dan generasi muda khususnya, media baru seperti blog, Facebook dan Twitter menjadi pilihan dan medan informasi alternatif selain daripada media tradisional.  Di Malaysia, pengguna Facebook dan Twitter, misalnya Perdana Menteri sendiri adalah pengguna aktif  pelbagai media sosial dalam usaha menghampiri generasi muda, maka pindaan akta ini adalah dilihat sebagai satu langkah ke belakang.

Bayangkan pemilik restoran yang digesa menyediakan kemudahan ‘WiFi’ sebagai satu kriteria pemberian lesen, kini terpaksa pula berhadapan dengan risiko didakwa kerana komen para pelanggan mereka yang menggunakan rangkaian ‘WiFi’ di premis mereka.  Bukankah ini satu bentuk penganiyaan terancang para penggubal perundangan di Malaysia.

Apa yang jelas, kemelut pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan ini seolah-olah dilaksanakan secara tergesa-gesa bagi  mengekang kebangkitan media sosial di Malaysia khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.  Namun tindakan ini bukan sahaja ditentang pelbagai pihak, malah oleh ahli parlimen daripada pihak Kerajaan pun. 

Kini pelbagai gesaan kepada Kerajaan untuk mengkaji pindaan ini sewajarnya diambil perhatian serius sejajar dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ bagi mengelakkan ‘masa terbuang’ untuk membuktikan seseorang itu tidak bersalah ekoran pencerobohan dan penggunaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.  

Walaupun pindaan akta ini bertujuan dengan niat yang baik namun pelaksanaan tanpa penelitian dan mengambilkira pandangan pelbagai pihak khususnya yang berkepentingan, menjadikan ia satu lagi faktor yang akan menjauhkan pengundi muda untuk memesrai dasar kerajaan!
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

anep
13 Ogos 2012 12:27 PG

bagus juga supaya rakyat meluat dgn kerajaan..

14 Ogos 2012 12:34 PTG

kasihan govertment kita.

16 Ogos 2012 8:28 PG

bukankah menceritakan yang buruk tanpa ada bukti kesahihannya adalah fitnah..org yg menyebarkan fitnah dosanya amatlah dashyat...lebih baik kamu diam dari byk berkata-kata kerana banyak berkata2 akan ada banyak silapnya dan banyak silap akan mengundang banyak dosa...pindaan itu mungkin dpt memberi manfaat kpd kerajaan sebab dema takut tembelang pecah..tapi bila dilihat pada fitnah2 yang tersebar berkenaan individu2 tertentu..itu akan sengsarakan hidup individu tersebut...byk maanfaat diperolehi begitu juga pihak pembangkang jika akta itu dipinda...cuba cari yang positif dari musibah yang berlaku...lagipun akta itu perlu dibahaskan dulu...pasti ada pro dan kontranya..wallahulam

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger