Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

SALAM AIDILFITRI MALAYSIA BAHARU!

Imej
Biarlah saya berterus terang, sebenarnya saya telah menyambut Hari Raya jauh sebelum kita menyambut kedatangan Ramadan, iaitu seminggu sebelum Ramadan bermula.Saya menyambutnya ketika Pakatan Harapan menafikan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang baru berlalu.Itulah kemenangan yang manis kepada ramai rakyat Malaysia.
Walaupun banyak janji-jani dalam manifesto PH yang belum terlaksana, misalnya menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak, namun saya tidak pernah ambil pusing terhadap janji-janji ini.Malah apabila seorang rakan dalam laman muka buku menitipkan ungkapan berikut:
“najib janji nak bagi free tol sempena hari raya…PH pulak bagi 50 peratus.Mana yang lebih baik ?”
Saya dengan tegas menjawab begini:
“eloklah yang 50% daripada yang free tapi rembat duit rakyat!”
Malah rata-rata semua rakyat akur dengan penjelasan dan kewajaran kerajaan PH untuk menangguhkan janji-janji dalam manifesto berdasarkan keadaan ekonomi negara pada masa ini khususnya yang bersangkutan dengan hutang n…

JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH!

Sepanjang tempoh peralihan tampuk pemerintahan negara dari Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan pasca PRU-14, seolah-olah kelihatannya barisan kerajaan baharu ini hanya dianggotai oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sahaja.
Apa tidaknya, saban hari ada sahaja kenyataan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.Yang terkini adalah kenyataan bagaimana isi kandungan fail merah yang didedahkan menunjukkan kepincangan dalam tadbir urus kerajaan sebelum ini.
Saya kurang berminat dengan kenyataan-kenyataan terbuka seperti ini yang didedahkan secara pramatang, maksudnya, sebelum benar-benar menyelidiki semua aspek telah dikeluarkan kenyataan.Saya tidak meragui penemuan-penemuan ini, namun biarlah berlaku adil kepada semua pihak, bukan sahaja kepada para pegawai yang terlibat dalam kementerian tersebut malah kepada mantan kerajaan sebelumnya.
Bermula daripada kelewatan majlis angkat sumpah Perdana Menteri yang sepatutnya berlangsung pada pagi 10 Mei 2018, akhirnya selesai…