Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

DERA & KERA!

Saya rasa puasa saya agak tidak sempurna hari ini.  Apa tidaknya, sejak pecah berita anak kecil berusia lima tahun didera bapa kandung dan ibu tirinya, saya merasa sangat geram.
Kisah ibu tiri bukanlah sesuatu yang baru.  Perihal ibu tiri mendera anak tirinya bukanlah sesuatu yang asing.  Malah perlakuan ini telah banyak kita tonton dalam filem mahupun drama TV.  Namun yang menjadikan saya lebih geram adalah si bapa kandung sendiri tergamak mendera anaknya sendiri.
Seperti yang sering kita  dengar, binatang pun tau sayangkan anaknya.  Cuba-cubalah meragut anak daripada induknya. 
Mungkin si ibu tiri tidak mempunyai hubungan biologi dengan anak tersebut, namun si bapa kandung yang seperti binatang membiarkan anak dan darah dagingnya sendiri didera oleh isteri barunya adalah sesuatu yang menyedihkan.  Dayus sangat si bapa kandung ini.
Anak kecil berusia lima tahun itu, Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin didera dengan teruk.  Selain daripada berat badan yang menyusut, anak kecil tersebut di…

AIR LAGI!

Minggu lepas, kemelut air di Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma disiarkan oleh stesen TV3.  Memang menyedihkan, apatah lagi menonton visual warga emas yang terpaksa mengangkat air untuk kegunaan saban hari.  Malah dalam satu sesi temuramah dengan penduduk yang terbabit dengan kemelut itu, merayu campur tangan DYMM Sultan Selangor.
Bandar Tasik Kesuma adalah beberapa kilometer sahaja jaraknya daripada kediaman saya.  Namun saya bersyukur, saya tidak mengalami masalah ketiadaan air yang serius seperti mereka.
Tidak pasti adakah masalah air yang serius seperti yang dilaporkan dalam siaran TV3 dan akhbar Sinar Harian hanya meliputi kawasan pangsapuri itu sahaja atau membabitkan kawasan sekitarnya juga.
Akhbar Sinar Harian di muka hadapannya menyiarkan kemelut air dan sengsara para penghuni pangsapuri Bandar Tasik Kesuma yang mengalami kesulitan air sejak bermulanya Ramadan.  Khabarnya masalah ini agak kerap bagi mereka.
Masalah selama dua tahun yang dialami oleh para penghuni pangsapuri ini khaba…

HARGA ROKOK NAIK LAGI!

Semalam dikhabarkan harga rokok akan dinaikkan sebanyak RM0.30 sekotak.  Dengan penjualan minima adalah kotak berisi 20 batang, maka kenaikan RM0.30 hanyalah ‘celah gigi’ bagi para perokok.
Walaupun harga sekotak rokok adalah lebih daripada RM13.00, namun percayalah para perokok hanya akan tersenyum untuk mencari alasan baru bagi meneruskan ketagihan mereka.
Malah para perokok tegar memang sukar untuk mengatasi tabiat merokok mereka.  Baru-baru ini beberapa hari menjelang Ramadan, saya berada di Masjid Negara.  Ketika menaiki tangga untuk ke ruang solat, kelihatan seorang yang baru sahaja keluar dari ruang solat, namun telah meletakkan rokok di bibirnya untuk bersedia menyalakan apinya.
Insiden yang satu lagi adalah apabila saya menghadiri majlis berbuka puasa secara tetap bagi beberapa tahun di ibu kota.  Pemerhatian saya, setiap kali pasti ada perokok tegar yang menunggu laungan azan dengan mengepit rokok dan memulakan berbuka puasa dengan merokok!
Mungkin ada yang menganggap saya agak …

SYUKUR RAMADAN!

Betul, saya suka slogan Syukur Ramadan yang digunakan oleh TV3.  Di tengah menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan, budaya bersyukur sepatutnya menjadi amalan, dan itulah juga yang cuba ditampilkan lewat Syukur Ramadan TV3.
Saya tidak hanya bercakap budaya bersyukur yang patut kita semai dalam diri kita.  Misalnya, dikhabarkan peguam yang hanya mengambil bayaran yang rendah berbanding upah pendandan rambut, mengingatkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) menimbang semula pembabitan Ahli Parlimen DAP Tony Pua sebagai ahlinya.  Alasannya adalah konflik kepentingan susulan kenyataan dan kritikan bertali arus terhadap 1MDB.
Apa tidaknya sebagai ahli PAC, Tony Pua memang agak kritikal terhadap perjalanan tataurus syarikat seperti 1MDB.  Siapa pun yang mengetahui bagaimana (walaupun kini diragui) 1MDB menjalankan urusniaganya pasti akan menggelengkan kepala.
Mungkin peguam ‘pemurah’ ini mahu mengaplikasi budaya bersyukur dengan mengeluarkan pandangan perundangannya namun dia lupa jik…

TWIST BARU DALAM ISU 1MDB?

Heboh dilaporkan di dada akhbar bagaimana polis Thailand berjaya memberkas dan menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andrea Justo yang cuba memeras ugut majikannya.  Justo khabarnya ditahan di rumahnya di Thailand. Apakah kaitan Justo dengan Malaysia khususnya isu 1MDB adalah bagaimana laporan yang tersiar untuk tatapan rakyat Malaysia dan Dr. Mahathir yang menjadi ‘penyerang utama’ isu 1MDB ini ialah berdasarkan sumber emel syarikat tersebut.
Daripada satu segi, penahanan Justo adalah bonus bagi Perdana Menteri dan 1MDB, apa tidaknya kerana dilaporkan cuba memeras ugut bekas majikan oleh bekas pekerja, maka twist yang baru dalam isu 1MDB ialah semua laporan oleh akhbar The Edge dan Sarawak Report kini dipertikaikan.
Soalnya adakah polis samada di Thailand mahupun polis Malaysia telah mengesahkan bahawa Justo adalah orang yang membocorkan emel-emel yang dilaporkan itu kepada Sarawak Report mahupun The Edge.
Dengan penahanan Justo yang baru sahaja berlaku, tentulah agak mustahil untuk…

ADAB KAIN SARUNG!

Seorang kenalan saya meminta saya menulis entri berhubung dengan arahan pakaian di premis kerajaan.  Sebelum itu dia meminta pandangan saya mengenai layanan kain sarung oleh pegawai RELA di JPJ beberapa minggu lepas.  Kata saya, saya bersetuju dengan tindakan pegawai RELA tersebut. 
Sebagai sebuah agensi Kerajaan tentulah, premis-premis kerajaan mempunyai kod etika berpakaian yang dianggap sesuai untuk berurusan.  Maka apabila pegawai keselamatan yang diberikan mandat untuk memastikan semua pelanggan dan pelawat yang ingin berurusan untuk mematuhi kod etika berpakaian, saya tidak nampak sebarang kesalahan.
Sesiapa sahaja yang melihat gambar sipemakai berskirt merah boleh membuat kesimpulan sendiri sama ada pakaian yang dipakai untuk ke premis kerajaan itu adalah sesuai atau tidak.
Dengan penduduk berbilang bangsa, kaum dan agama tentulah seseorang dapat membezakan pakaian yang dianggap sesuai untuk ke sesuatu tempat apatah lagi berurusan di premis kerajaan.  Adakah mereka ini bebas berp…

MENGAPA DAP JADI PILIHAN?

Imej
Ketika Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang lebih dikenali sebagai aktivis memilih untuk berparti saya agak terperanjat.  Apa tidaknya, dengan usianya tentulah diharapkan Sasterawan Negara yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad untuk kekal sebagai aktivis.  Namun apabila Pak Samad memilih menyertai DAP saya tidak terperanjat.
Walaupun Pak Samad sering dilabel sebagai pro-pembangkang namun memilih DAP berbanding dua lagi rakan dalam Pakatan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, sekurang-kurangnya kepada diri saya.
Saya secara peribadi sangat-sangat bersetuju dengan pemilihan Pak Samad dengan DAP dan bukannya PAS mahupun PKR.  Jika Anwar Ibrahim masih di luar, mungkin hal ini tidak akan berlaku, namun kerana tiada siapa yang boleh Pak Samad meluahkan ‘kegelisahan politiknya’ maka amatlah tepat beliau memilih DAP.  Lagipun Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Pak Samad dalam kategori usia yang tidak jauh jurangnya.   
Mungkin saya agak keterlaluan melabel dua buah parti dan sekutu dala…

FAM, PERLUKAH BERMAIN DI WAKTU MALAM DALAM BULAN RAMADAN?

Saya sedikit terganggu.  Mungkin kerana peningkatan usia.  Terganggu sebab perlawanan bola sepak dalam bulan Ramadan ketika umat Islam menjalani ibadah puasa.  Sungguhpun mungkin ini telah beberapa tahun menjadi kebiasaan, namun entah mengapa saya merasa sangat terganggu ketika ini. 
Sungguhpun perlawanan ini khabarnya diadakan selepas jam 9.30 malam, namun di manakah rasionalnya mengadakan perlawanan dalam bulan Ramadan.  Apatah lagi di sebuah negara yang mendabik sebagai negara Islam.
Ada juga perlawanan yang dimulakan pada jam 8.30 malam mengundang rasa tidak senang ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) misalnya, Hairuddin Omar yang mempertikaikan jadual perlawanan iaitu hanya 30 minit selepas berbuka puasa.
Adakah FAM yang diterajui oleh orang Islam tidak mampu untuk faham bagaimana para peminat bakal terencat untuk melakukan ibadah solat sunat terawih apabila perlawanan diadakan pada jam 8.30 malam.  
Memanglah solat terawih bukanlah sesuatu yang fardhu sifatnya, namun begit…

ADAB AHLI SUKAN

Saya mementingkan adab.  Mungkin pembawaan saya dan ketegasan ayah saya ketika saya membesar.  Malah anak-anak mamak selalunya mempunyai adab yang tinggi walaupun sekarang ini kalangan kaum India Muslim seperti telah kurang beradab.
Saya tidak mahu bercakap mengenai adab, namun sesuatu yang penting adalah adab oleh ahli sukan.
Akhir-akhir ini kita mendengar pelbagai tingkah laku atlet mengenai sikap dan kurang adab mereka di padang.  Ketika perlawanan bola sepak dalam Sukan Sea yang baru melabuhkan tirainya di Singapura, pemain kebangsaan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana kurang adab.
Pemain itu yang mewakili pasukan kebangsaan skuad bawah 23 tahun, digantung gara-gara meludah pemain Timor Leste ketika perlawanan pada 30 Mei yang lalu.
Walaupun Nazmi Faiz dikhabarkan seorang yang berbakat dan berpotensi membantu pasukan Malaysia namun kerana kurang adabnya dia terlepas enam perlawanan berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Insiden yan…

BAZAR & BAZIR!

Ramadhan kembali lagi.  Dan membeli makanan untuk juadah buka puasa akan kelihatan seperti pesta.  Di sana-sini akan ada tapak bazar Ramadhan.  Daripada yang perdana sampailah sekecil-kecil bazar Ramadhan di simpang taman perumahan.
Ironinya, segala macam makanan dijual di bazar Ramadhan.  Malah, gerai pasar malam yang kerap saya kunjungi memaklumkan saya bahawa dia akan berniaga di Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang sepanjang bulan Ramadhan ini.  Seorang lagi peniaga pula menghulurkan saya notis kecil memaklumkan lokasi perniagaannya sepanjang bulan Ramadhan.
Memanglah wajar ramai memilih untuk menjalankan perniagaan demi menambah pendapatan dengan berniaga di bazar Ramadhan.  Tiada salahnya berniaga atau menambahkan pendapatan.  Namun begitu patut juga diingat supaya para peniaga benar-benar memanfaatkan peluang untuk menambah pendapatan dan bukannya menambah sumpah dan seranah dari para pembeli dan pengunjung.
Selain dari bazar Ramadhan, satu lagi aktiviti adalah juga pembaziran sepanjan…

CORETAN MENJELANG RAMADAN

Ramadan menjelang lagi.  Kali ini dipertengahan tahun.  Kali ini dengan diselubungi pelbagai kancah dan permasalahan.  Banyak pihak yang mengalaminya.  Parti-parti politik di Malaysia seperti diuji lebih awal lagi.  Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diasak kiri dan kanan. Isu 1MDB terus menjadi persoalan selepas banyak pihak yang dipersalahkan.
Nampaknya penjelasan Kerajaan (baca: PM) tidak begitu menyakinkan sekurang-kurangnya itulah yang dilihat oleh orang biasa seperti anda dan saya.
Malah dalam satu majlis dialog yang diuar-uarkan akan menghimpunkan wakil-wakil badan-badan bukan Kerajaan untuk diberikan peluang berinteraksi dengan Perdana Menteri sebaliknya menjadi medan cemuhan kepada Perdana Menteri kerana tidak hadir atas nasihat Ketua Polis Negara.
Walauapapun alasan yang diberikan untuk mewajarkan ketidakhadiran Perdana Menteri kelihatannya tidak berbekas.  Itu cerita Perdana Menteri.
Parti Islam Malaysia (PAS) pula yang baharu sahaja s…

KITA SEMUA AYAH HALIM

Imej
Tidak ramai daripada kalangan reformis yang tidak mengenali sosok bernama Abdul Halim Abdul Hamid.  Beliau lebih dikenali sebagai Ayah Halim dalam kalangan mereka.  Ayah Halim meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 24 April yang lalu.
Ayah Halim adalah potret seorang reformis tegar yang sangat serius dalam perjuangannya.  Terkenal dengan sifat dan semangat kebapaan, Ayah Halim adalah ikon gerakan rakyat.
Minggu lalu dalam program bulanan kami – Baca Puisi Madrasah Seni yang bertemakan Kita Semua Ayah Halim, buku tribut untuk allahyarham dilancarkan.  Buku tribut Kita Semua Ayah Halim mengandungi catatan dan luahan rasa dan pengalaman oleh 36 orang yang mengenali Ayah Halim daripada pelbagai sisi.
Selain dari kenalan rapat, juga terdapat mereka yang langsung tidak pernah bertembung atau berselisih dengan kelibat Ayah Halim.  Saya adalah salah seorang daripadanya.  Namun begitu ianya tidak merencatkan keinginan saya mencatat sesuatu kepada lelaki istimewa gerakan…