SYUKUR RAMADAN!
Betul,
saya suka slogan Syukur Ramadan yang digunakan oleh TV3. Di tengah menjalani ibadah puasa dalam bulan
Ramadan, budaya bersyukur sepatutnya menjadi amalan, dan itulah juga yang cuba
ditampilkan lewat Syukur Ramadan TV3.
Saya
tidak hanya bercakap budaya bersyukur yang patut kita semai dalam diri
kita. Misalnya, dikhabarkan peguam yang
hanya mengambil bayaran yang rendah berbanding upah pendandan rambut,
mengingatkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) menimbang semula
pembabitan Ahli Parlimen DAP Tony Pua sebagai ahlinya. Alasannya adalah konflik kepentingan susulan
kenyataan dan kritikan bertali arus terhadap 1MDB.
Apa
tidaknya sebagai ahli PAC, Tony Pua memang agak kritikal terhadap perjalanan
tataurus syarikat seperti 1MDB. Siapa
pun yang mengetahui bagaimana (walaupun kini diragui) 1MDB menjalankan
urusniaganya pasti akan menggelengkan kepala.
Mungkin
peguam ‘pemurah’ ini mahu mengaplikasi budaya bersyukur dengan mengeluarkan pandangan
perundangannya namun dia lupa jika apa yang dikatakan ‘konflik kepentingan’
adalah bersifat dwi-standard. Ahli PAC
dari DAP itu membalas kenyataan peguam ‘pemurah’ ini:
"Jika peguam terhormat dan mashyur ini begitu cakna tentang konflik
kepentingan, beliau perlu meminta Najib bercuti sebagai menteri kewangan dan
perdana menteri kerana beliau dikaitkan secara terus dalam skandal RM42 bilion. Faktanya setiap urusniaga utama dilakukan
1MDB mengandungi 'keizinan bertulis' beliau secara jelas".
PAC dianggotai oleh bukan sahaja ahli Parlimen Barisan Nasional malah
juga daripada kalangan pembangkang.
Ianya dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamad, Ahli Parlimen Pulai,
manakala Naib Pengerusinya adalah Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong dari
DAP.
Selain itu, ahli-ahli juga terdiri daripada gabungan Ahli Parlimen
Barisan Nasional, PAS, PKR dan DAP.
Sebagai sebuah badan yang penting bagi memastikan Kira-kira Kerajaan dan
peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen digunakan sebaiknya tanpa penyelewangan,
PAC setakat ini telah berfungsi dengan efisyen sebagai sebuah badan “check and
balance”.
Mungkin ini juga agaknya cara ‘peguam pemurah’ membalas budi selain
membantu pihak Kerajaan dalam kes membabitkan mantan Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Semalam pula juga dilaporkan bahawa Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan
Mohamad menggesa ‘peguam pemurah’ ini untuk tidak mencampuri urusan PAC.
"Beliau (Shafee) tidak mempunyai hak
untuk meminta ahli PAC yang merupakan ahli badan perundangan, cabang ketiga
daripada kerajaan serta dipilih oleh rakyat. Secara peribadi saya fikir dia (Pua) telah membantu untuk mengetengahkan
isu 1MDB yang mana majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa PAC akan menolak isu
ini dan memihak kepada kerajaan.
Kami bekerja dengan baik sebagai satu
pasukan”.
Rasanya dengan sifat pemurahnya, peguam
ini juga patut dilantik sebagai ahli PAC, jika undang-undang tubuh PAC
membenarkannya. Dengan cara ini, kita
juga boleh sentiasa rasa bersyukur dengan sumbangan beliau. Syukur Ramadan!
Ulasan