SYUKUR RAMADAN!

Betul, saya suka slogan Syukur Ramadan yang digunakan oleh TV3.  Di tengah menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan, budaya bersyukur sepatutnya menjadi amalan, dan itulah juga yang cuba ditampilkan lewat Syukur Ramadan TV3.

Saya tidak hanya bercakap budaya bersyukur yang patut kita semai dalam diri kita.  Misalnya, dikhabarkan peguam yang hanya mengambil bayaran yang rendah berbanding upah pendandan rambut, mengingatkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) menimbang semula pembabitan Ahli Parlimen DAP Tony Pua sebagai ahlinya.  Alasannya adalah konflik kepentingan susulan kenyataan dan kritikan bertali arus terhadap 1MDB.

Apa tidaknya sebagai ahli PAC, Tony Pua memang agak kritikal terhadap perjalanan tataurus syarikat seperti 1MDB.  Siapa pun yang mengetahui bagaimana (walaupun kini diragui) 1MDB menjalankan urusniaganya pasti akan menggelengkan kepala.

Mungkin peguam ‘pemurah’ ini mahu mengaplikasi budaya bersyukur dengan mengeluarkan pandangan perundangannya namun dia lupa jika apa yang dikatakan ‘konflik kepentingan’ adalah bersifat dwi-standard.  Ahli PAC dari DAP itu membalas kenyataan peguam ‘pemurah’ ini:

"Jika peguam terhormat dan mashyur ini begitu cakna tentang konflik kepentingan, beliau perlu meminta Najib bercuti sebagai menteri kewangan dan perdana menteri kerana beliau dikaitkan secara terus dalam skandal RM42 bilion.  Faktanya setiap urusniaga utama dilakukan 1MDB mengandungi 'keizinan bertulis' beliau secara jelas".
PAC dianggotai oleh bukan sahaja ahli Parlimen Barisan Nasional malah juga daripada kalangan pembangkang.
Ianya dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamad, Ahli Parlimen Pulai, manakala Naib Pengerusinya adalah Dr. Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong dari DAP.
Selain itu, ahli-ahli juga terdiri daripada gabungan Ahli Parlimen Barisan Nasional, PAS, PKR dan DAP. 
Sebagai sebuah badan yang penting bagi memastikan Kira-kira Kerajaan dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen digunakan sebaiknya tanpa penyelewangan, PAC setakat ini telah berfungsi dengan efisyen sebagai sebuah badan “check and balance”.
Mungkin ini juga agaknya cara ‘peguam pemurah’ membalas budi selain membantu pihak Kerajaan dalam kes membabitkan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Semalam pula juga dilaporkan bahawa Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamad menggesa ‘peguam pemurah’ ini untuk tidak mencampuri urusan PAC. 
"Beliau (Shafee) tidak mempunyai hak untuk meminta ahli PAC yang merupakan ahli badan perundangan, cabang ketiga daripada kerajaan serta dipilih oleh rakyat.  Secara peribadi saya fikir dia (Pua) telah membantu untuk mengetengahkan isu 1MDB yang mana majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa PAC akan menolak isu ini dan memihak kepada kerajaan.  Kami bekerja dengan baik sebagai satu pasukan”.

Rasanya dengan sifat pemurahnya, peguam ini juga patut dilantik sebagai ahli PAC, jika undang-undang tubuh PAC membenarkannya.  Dengan cara ini, kita juga boleh sentiasa rasa bersyukur dengan sumbangan beliau.  Syukur Ramadan!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
agak2 lak piee oooi

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?