Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

APABILA KENA BATANG HIDUNG …

Cerita rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan memang sentiasa mendapat liputan, malah tidak kurang juga yang memomokan ungkapan ini dengan tuduhan bahawa apa sahaja yang ‘kena’ semuanya oleh rakyat! Kisah bagaimana kelewatan dan pembatalan penerbangan samada yang bersifat Kerajaan mahupun yang mendabik dada ‘kini, semua boleh terbang’ bukan perkara baru malah telah berlaku sekian lama dan rakyat mahupun pengguna sekadar ‘makan hati’ ialah apa yang boleh dilakukan. Jika pembatalan disertai dengan alasan-alasan kukuh masih boleh dimaafkan, tetapi saya pernah mengalami pengalaman kurang manis ketika dua kali ke Langkawi pada tahun lepas. Apabila ditanya pada petugas, mereka juga tidak mampu memberikan jawapan yang memuaskan, malah kelewatan kadang-kadang menjangkau berjam-jam lamanya. Apabila kelewatan dan pembatalan menjadi begitu biasa dan lumrah tentulah akan memberikan implikasi buruk khususnya kepada pelancong dalam dan luar negara (malah saya yang tinggal di Selangor juga

APABILA LELAKI TIDAK DIPERCAYAI …

Saya agak risau dengan perkembangan mengenai lelaki akhir-akhir ini, ini kerana saya mempunyai empat orang anak lelaki berbanding seorang anak perempuan sahaja. Kerisauan saya makin menjadi-jadi apabila membaca laporan di dalam akhbar The Star baru-baru ini. Kisahnya bukanlah kisah yang baru – cerita basi bagaimana seorang wanita diambil kesempatan oleh sang lelaki. Atas niat ingin membantu teman lelakinya dari masalah hutang si wanita yang mempunyai impian melambung untuk hidup bahagia sehingga akhir hayat dengan si lelaki tadi memohon lebih 15 kad kredit sebagai misi bantuan untuk teman lelakinya. Si lelaki tadi tidak menipu pun kerana dikhabarkan juga bahawa dia memerlukan duit bagi menebus kekalahan dalam pertaruhan bolasepak. Hutang yang kononnya sedikit tadi terus berkembang menjadi lebih banyak dengan bantuan Abang Long pula. Si wanita yang mempunyai impian melambung tadi pula melambung pula hutangnya sehingga hampir suku juta. Wanita itu kini terpaksa menanggung pemb