APABILA LELAKI TIDAK DIPERCAYAI …

Saya agak risau dengan perkembangan mengenai lelaki akhir-akhir ini, ini kerana saya mempunyai empat orang anak lelaki berbanding seorang anak perempuan sahaja. Kerisauan saya makin menjadi-jadi apabila membaca laporan di dalam akhbar The Star baru-baru ini. Kisahnya bukanlah kisah yang baru – cerita basi bagaimana seorang wanita diambil kesempatan oleh sang lelaki. Atas niat ingin membantu teman lelakinya dari masalah hutang si wanita yang mempunyai impian melambung untuk hidup bahagia sehingga akhir hayat dengan si lelaki tadi memohon lebih 15 kad kredit sebagai misi bantuan untuk teman lelakinya.

Si lelaki tadi tidak menipu pun kerana dikhabarkan juga bahawa dia memerlukan duit bagi menebus kekalahan dalam pertaruhan bolasepak. Hutang yang kononnya sedikit tadi terus berkembang menjadi lebih banyak dengan bantuan Abang Long pula. Si wanita yang mempunyai impian melambung tadi pula melambung pula hutangnya sehingga hampir suku juta.

Wanita itu kini terpaksa menanggung pembayaran kad kredit sebanyak RM6000 menyamai gaji bulanan yang diterimanya sebagai seorang jurutera perisian di Kota Singa. Sang lelaki tadi pula dengan segala janji manisnya berjanji akan membayar sebanyak RM2000 kepada wanita tadi, itupun setelah dihubungi oleh Biro Aduan MCA dengan ugutan akan menyiarkan gambarnya di dada akhbar.

Kisah begini bukanlah sesuatu yang baru, malah telah berpuluh malah beratus kali diceritakan dalam bentuk dan versi yang berbeza dengan perubahan plot dan sub plot yang diubah sana sini. Ironinya si wanita tadi menyalahkan kaum lelaki katanya: saya tidak mempercayai lelaki lagi, saya lebih mempercayai wang! Walaupun si wanita tadi percaya 101% kepada lelaki sehingga sanggup berkorban bagi membantu si lelaki tadi, tetapi sebagai seorang yang professional dengan jawatan sebagai jurutera perisian, itu pula di Kota Singa yang kita ketahui bagaimana ‘kiasu’ nya mereka! Akhirnya si lelaki juga dipersalahkan! Selamat tidak mempercayai lelaki.

Ulasan

wanita1 berkata…
lelaki sendiri yang menjadikan diri mereka tidak boleh dipercayai..sedangkan lelaki wujud sebagai khalifah yang memimpin bukan memusnahkan terutama bagi kaum wanita...
wanman68 berkata…
jangan salahkan jantina individu tapi salahkan individu tersebut. bukan semua lelaki penipu dan bukan semua wanita pengikis. Hanya DIA yang maha pengasih dan maha penyayang. Hanya DIA yang layak diserah kepercayaan 100%.
anti lelaki berkata…
saya mmg tidak percyakan lelaki apalagi dgn perkembangan akhir2 ini..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?