APABILA KENA BATANG HIDUNG …

Cerita rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan memang sentiasa mendapat liputan, malah tidak kurang juga yang memomokan ungkapan ini dengan tuduhan bahawa apa sahaja yang ‘kena’ semuanya oleh rakyat!

Kisah bagaimana kelewatan dan pembatalan penerbangan samada yang bersifat Kerajaan mahupun yang mendabik dada ‘kini, semua boleh terbang’ bukan perkara baru malah telah berlaku sekian lama dan rakyat mahupun pengguna sekadar ‘makan hati’ ialah apa yang boleh dilakukan. Jika pembatalan disertai dengan alasan-alasan kukuh masih boleh dimaafkan, tetapi saya pernah mengalami pengalaman kurang manis ketika dua kali ke Langkawi pada tahun lepas. Apabila ditanya pada petugas, mereka juga tidak mampu memberikan jawapan yang memuaskan, malah kelewatan kadang-kadang menjangkau berjam-jam lamanya.

Apabila kelewatan dan pembatalan menjadi begitu biasa dan lumrah tentulah akan memberikan implikasi buruk khususnya kepada pelancong dalam dan luar negara (malah saya yang tinggal di Selangor juga dianggap pelancong apabila ke Langkawi atau mana-mana destinasi pun).

Saya pernah menulis bagaimana seorang bekas menteri yang merasa keperitan akibat kenaikan tol oleh rakyat marhaen hanya selepas tidak menjadi Menteri Kabinet!

Pada minggu lepas, kelewatan ini dirasakan pula oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit, anehnya kelewatannya hanyalah 30 minit menyebabkan beliau lewat untuk menghadiri majlis makan malam penghargaan persatuan pelancongan. Khabarnya beliau akan berbincang dengan kedua-dua pemberi perkhidmatan penerbangan di negara ini bagi menangani masalah ini. Rupanya – seorang Menteri atau Timbalan Menteri perlu menghadapi masalah yang dialami rakyat barulah tindakan akan diambil (sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya selepas membaca laporan akhbar The Star).

Selepas ini mungkin Menteri Pengangkutan, Timbalan Perdana Menteri malah Perdana Menteri sendiri pun harus turun menggunakan pengangkutan awam sama seperti rakyat biasa bagi mengalami jerit perih rakyat ataupun harus menggunakan laluan tol berbayar bagi merasakan bagaimana rakyat membayar untuk kesesakan! Selamat mendahulukan rakyat!

Share this article :
 

+ komen + 2 komen

20 Jun 2010 10:39 PTG

setuju sgt dgn pandangan tuan ...

wanman68
21 Jun 2010 4:38 PTG

Kita org kecik ni, bising macamana pun bukit takkan runtuh punya. Kalau orang besar kena baru kecoh satu malaya..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger