Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

SENANGNYA MENYALAHKAN ALAM!

Hari Khamis yang lalu kita dikejutkan dengan banjir lumpur yang memutuskan hubungan di Lebuhraya Karak.  Walaupun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini, namun empat buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kejadian tersebut. Menariknya, kejadian yang berlaku pada petang Khamis lepas cepat sahaja dilaporkan sebagai ‘aktiviti pembalakan bukanlah punca utama’ kejadian tersebut. Itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Pahang dalam sidang media beliau.  Dalam negara yang tidak mengangkat budaya akauntabiliti dan integriti hanyalah sekadar ‘pemanis’ tentulah mudah menyalahkan pihak lain. Begitu juga yang dinyatakan oleh kerajaan negeri apabila dikhabarkan bahawa ‘ianya berpunca daripada faktor semulajadi’.  Malah Menteri Besar juga memaklumkan fakta yang baru bahawa ‘tidak jauh dari situ ada kerja-kerja pengorekan yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad’. Ironinya, banjir lumpur yang berlaku berhampiran kawasan Lentang – Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak membawa sampah sarap, kayu …