Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

MERITOKRASI: TIBA-TIBA ORANG MELAYU TERSEDAR!

Pasca Pilihanraya Umum 2013 yang kononnya menyaksikan ‘tsunami Cina’ apabila kaum Cina dikatakan tidak begitu menyumbang dalam kemenangan Barisan Nasional, orang Melayu dan pemimpin Melayu tiba-tiba tersedar dari lena yang panjang. Apa tidaknya, mantan Ketua Menteri Melaka yang secara peribadi dan rasmi seorang yang kuat bekerja, menyokong semua kaum termasuk kaum Cina di negerinya apatah lagi di kawasan beliau sendiri, tiba-tiba tersungkur sehingga beliau mengungkapkan ‘kaum Cina tidak mengenang budi’. Apabila meritokrasi diperkenalkan ketika tahun-tahun akhir Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, saya telah membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir sebenarnya ‘seolah-olah’ sedang menganiyai bangsa Melayu sendiri.  Pemimpin Melayu menganiya bangsanya sendiri.  Walaupun  kewajaran ketika melaksanakan dasar meritokrasi, ianya adalah sebagai satu kaedah bagi menyedarkan kaum Melayu yang sedang lena dalam ‘zon selesa’,tidak lebih dari itu malah dikatakan hanya bersifat ‘sementara’.

HARI BAPA & KE-500

Jika allahyarham bapa saya masih hidup, dia mungkin berumur sekitar 80 tahun, namun usianya tidak panjang dan meninggal dunia sewaktu mencapai usianya hampir 60 tahun.  Namun jika dia masih hidup, dia juga akan sedikit kecewa dengan saya kerana jelas saya banyak mewarisi sikap dan pendiriannya. Apa tidaknya, ayah saya sewaktu hayatnya seorang yang tegas, kuat bekerja malah tidak pernah tunduk kepada tekanan dan kelihatannya sebagai seorang ‘pejuang’ dalam konteksnya tersendiri.  Ketika saya di sekolah menengah dan terdedah kepada bacaan ‘biografi’ di pusat sumber sekolah, pengamatan saya terhadap hidup juga berubah, malah kadang kala menjadi terlalu berani dan bersikap. Ramai yang mengenali saya sewaktu bersama allahyarham ayah saya juga tidak percaya malah sehingga kini seakan sukar mempercayai laluan hidup yang saya tempoh selama ini.  Apa tidaknya sehingga berada di sekolah menengah pun, saya masih takut kepada polis yang bertandang ke kedai ayah saya untuk minum petang.  M

SURUHAN & BELASAHAN

Sesuai dengan semangat Malaysia Boleh, di negara kita pelbagai anugerah dan rekod dicatatkan, daripada rekod kuih gulung terpanjang sehingga menghasilkan donut oleh sebuah universiti antarabangsa, semuanya dilakukan oleh rakyat Malaysia.  Sebutlah sahaja apa rekod yang tidak ‘direkodkan’ oleh rakyat Malaysia. Selepas 13 kali Pilihanraya Umum diadakan di negara ini, inilah pertama kali badan yang dimandatkan untuk mengendalikan pilihanraya umum di negara ini dihentam dengan teruk, malah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang diketuai oleh Pengerusi, Tan Sri   Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalanya menjadi ‘belasahan’ sebahagian rakyat yang tidak puas hati dengan perjalanan Pilihanraya Umum ke-13 yang baru lalu. Rupanya selama 12 kali Pilihanraya Umum dan puluhan Pilihanraya Kecil kini semakin diragui, malah petikan dasar di laman sesawang SPR yang berbunyi seperti ini juga seperti momokan. “Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses d

AUTA & FAKTA SPR

Biarpun Pilihanraya Umum ke-13 yang belum melepasi tempoh berpantangnya, yakni empat puluh hari, namun suara-suara sumbang mengenai peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dianggap gagal dan dalam sesetengah keadaan dianggap ‘menipu’ seluruh rakyat Malaysia khususnya para pengundi dalam Pilihanraya Umum yang baru lalu, masih terus dilaungkan. Himpunan Blackout 505 yang dihadiri ratusan ribu rakyat Malaysia mengecam kegagalan dan penipuan SPR di samping antara lain mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta ahli-ahli SPR meletakkan jawatan kerana kegagalan  mereka. Terkini ialah apabila Menteri Kesihatan, Datuk Dr.  S. Subramaniam menafikan SPR meminta atau Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan laporan seumpamanya mengenai keselamatan penggunaan dakwat kekal terhadap kesihatan. Jika benar, dakwaan Pengerusi SPR ini, maka dakwaan ‘hanya tiga orang’ sahaja yang tahu mengenai warna dakwat kekal juga seperti tidak benar dan penipuan terang-terangan oleh Pengerusi SPR

TENTERA KACANG MERAH – DONGENG BARU 1MALAYSIA?

Jika anda seorang penulis cerita kanak-kanak, anda tidak perlu menghadiri seminar atau bengkel penulisan berhari-hari lamanya atau menghabiskan ratusan atau ribuan ringgit.  Apa yang perlu ialah membaca akhbar-akhbar arus perdana di  Malaysia untuk mendapatkan idea penulisan.  Ini kerana tugas mencerna idea telah diambil oleh wartawan dan editor akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia. Yang terbaru adalah mengenai tentera kacang merah, yang selalu dilihat mengenai kacang merah adalah ketika membeli roti sama ada roti kaya, roti kelapa atau kacang merah.  Khabarnya akhbar-akhbar arus perdana berebut-rebut untuk mendapatkan skop mengenai tentera kacang merah yang kononnya dikawalselia oleh parti DAP. Dikhabarkan pula tentera kacang merah ini dibayar gaji bulanan yang tetap dan DAP membelanjakan sehingga RM1.5 juta sebulan untuk imbuhan tentera kacang merah ini.  Tentera kacang merah dikhabarkan bergerak di alam siber dengan misi utamanya untuk menggulingkan kerajaan dengan bantua

KOWTIM GAYA MALAYSIA

Dulunya disebut ‘I scratch your back, your scratch my back’ , kemudian Perdana Menteri memperkenalkan ungkapan ‘I help you, you help me’ .   Semua ini mempunyai konotasi negatif atau positif mengikut tafsiran masing-masing. Minggu ketiga Mei yang lalu, selepas bahang pilihanraya kian surut, negara digemparkan dengan perkahwinan bawah umur.  Perkahwinan bawah umur bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, tetapi perkahwinan yang dimaksudkan yang dilangsungkan oleh Riduan Masmud, pengurus restoran di Sabah dan seorang gadis berumur 13 tahun, sebenarnya adalah mangsa rogol. Khabarnya, mangsa dirogol dalam sebuah kereta dan laporan dibuat oleh makcik gadis tersebut.  Selepas beberapa waktu, pada 22 Mei lepas, ketika membicarkan kes rogol tersebut, dimaklumkan pula bahawa tertuduh dan mangsa telah melangsungkan perkahwinan dan keluarga gadis tersebut telah pun menarik balik laporan polis. Hari ini, Riduan Masmud dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan ‘meng kowtim ’ bapa mangsa rogo

AKHIRNYA, SELEPAS MENIPU …

Tidak sampai sebulan selepas Pilihanraya Umum ke-13, dan pada hari yang bersejarah sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, akhirnya Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mendapat kecaman teruk sebahagian besar rakyat Malaysia kini diletakkan di bawah Parlimen.   Walaupun sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan bahawa SPR akan diletakkan di bawah Timbalan Perdana Menteri, yang kelihatannya tidak mengubah apa-apa. Apakah yang mendorong Perdana Menteri untuk mengumumkan dan meletakkan SPR di bawah Parlimen, adakah kerana terdapat asakan dan desakan daripada Majlis Raja-Raja dan juga perhimpunan Blackout 505 yang telah diadakan pasca PRU yang lalu. Memang tidak dapat dinafikan terdapat banyak kepincangan oleh SPR dalam pengendalian Pilihanraya Umum ke-13 yang dikhabarkan paling sengit oleh kesemua parti politik yang bertanding. Yang paling ketara adalah kepincangan mengenai dakwat kekal yang tidak ke