MERITOKRASI: TIBA-TIBA ORANG MELAYU TERSEDAR!

Pasca Pilihanraya Umum 2013 yang kononnya menyaksikan ‘tsunami Cina’ apabila kaum Cina dikatakan tidak begitu menyumbang dalam kemenangan Barisan Nasional, orang Melayu dan pemimpin Melayu tiba-tiba tersedar dari lena yang panjang.

Apa tidaknya, mantan Ketua Menteri Melaka yang secara peribadi dan rasmi seorang yang kuat bekerja, menyokong semua kaum termasuk kaum Cina di negerinya apatah lagi di kawasan beliau sendiri, tiba-tiba tersungkur sehingga beliau mengungkapkan ‘kaum Cina tidak mengenang budi’.

Apabila meritokrasi diperkenalkan ketika tahun-tahun akhir Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, saya telah membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir sebenarnya ‘seolah-olah’ sedang menganiyai bangsa Melayu sendiri.  Pemimpin Melayu menganiya bangsanya sendiri.  Walaupun  kewajaran ketika melaksanakan dasar meritokrasi, ianya adalah sebagai satu kaedah bagi menyedarkan kaum Melayu yang sedang lena dalam ‘zon selesa’,tidak lebih dari itu malah dikatakan hanya bersifat ‘sementara’.

Selepas hampir sedekad diperkenalkan dasar meritokrasi pada tahun 2002, yang pada ketika itu majoriti orang Melayu seperti tidak mempertikaikan tindakan Dr. Mahathir yang pada saya merupakan satu lagi ‘malapetaka’ dan ‘bala’ kerana orang Melayu sekali lagi dijadikan bahan eksperimen atau ‘tikus-tikus makmal’ oleh para pemimpin mereka sendiri.

Bukan saya tidak menyokong dasar meritokrasi yang diperkenalkan itu, namun pelaksanaan ‘lurus bendul’ oleh pentadbir institusi pengajian tinggi awam di negara ini sangat membimbangkan, apa tidaknya dasar meritokrasi yang diperkenalkan sebenarnya bagus namun ianya seharusnya mengikut ‘acuan’ kita sendiri, yakni melihat senario negara dan bukannya pelaksanaan secara ‘lurus bendul’!

Selepas pelaksanaan dasar meritokrasi, dilaporkan pula penurunan drastik kemasukan pelajar Bumiputera di Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) malah lebih mengecewakan dalam kursus-kursus kritikal, seperti kejuruteraan, sains, perubatan dan sebagainya.

Sikap ‘ambil hati’ ahli-ahli parti yang merasakan apa sahaja yang dilakukan oleh para pemimpin mereka sebagai betul atau sikap ‘batuk’ apabila pemimpin mereka ‘batuk’ adalah satu tindakan yang merugikan bangsa, apatah lagi jika para pemimpin mereka begitu ghairah untuk menjaga hati kaum-kaum lain dan mengguris perasaan kaum yang memilih mereka dan yang mereka wakili.

Statistik selepas sedekad  jelas menunjukan dasar meritokrasi yang dilaksanakan secara ‘lurus bendul’ kini telah mengurangkan dan menjadikan orang Melayu lebih ketinggalan, anak-anak Melayu  lebih ketinggalan, penghasilan golongan professional Melayu juga makin menurun kerana kekurangan kemasukan anak-anak Melayu dalam kursus-kursus kritikal.

Kini timbul desakan bagi menghapuskan dasar meritokrasi malah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mahu dikaji semula di atas alasan bahawa dasar mengubah pinjaman kepada biasiswa bagi pelajar cemerlang yang mendapat Ijazah Kelas Pertama Kepujian sebenarnya tidak menguntungkan bangsa Melayu, ini kerana mereka yang layak sebenarnya tidak sampai 10% daripada yang diberikan keistimewaan ini.

Semalam telah berlangsung “Konvensyen Pendidikan Melayu & Bumiputera: Meritokrasi – Di mana kedudukan anak-anak kita?”  yang dihadiri hampir 1200 orang daripada kalangan cendikiawan, para pemimpin dan generasi muda. 

Konvensyen sempena ulangtahun ke-44 Yayasan Pelajaran Mara seolah-olah sebagai satu ‘wake-up call’ orang Melayu kepada para pemimpin mereka terhadap dasar-dasar yang bukan sahaja tidak menguntungkan orang Melayu malah meminggirkan Perkara 153 dalam Perlembagaan yang jelas mengenai keistimewaan orang-orang Melayu yang termaktub di dalamnya.

Mungkin selepas ini orang Melayu tidak perlu sekadar menjadi ‘pak turut’ malah menyokong secara membabi buta atau melaksanakan sesuatu dasar  secara ‘lurus bendul’ apatah lagi kepimpinan tertinggi negara di pegang oleh orang Melayu, kepimpinan tertinggi institusi pengajian tinggi awam juga diterajui oleh orang Melayu malah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan juga diketuai oleh orang Melayu, namun dengan pelaksanaan dasar-dasar tanpa mengikut acuan kita sendiri, sebenanya lebih merugikan orang Melayu.


Selepas 10 tahun, sekurang-kurangnya kita tersedar, mungkin selepas ini orang Melayu dan pemimpin Melayu memerlukan lebih banyak ‘wake-up call’, sekurang-kurangnya seperti pepatah bahasa Inggeris, better late than never!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
elok la harap2 bkan modal menjalan PAU!...
barajiwa berkata…
Sdr Nasser, bagi saya tak ada jalan pintas untuk kecemerlangan. Dan kecermelangan tidak boleh dicapai dengan pendekatan kuota. Para pemimpin Melayu mestilah berani ke depan untuk menyatakan bahawa Melayu mesti menjadi bangsa yang cemerlang bukannya 'bangsa kuota'. Untuk itu Melayu tidak boleh lagi disuap sepanjang hayat. Mereka mesti berjuang dan bekerja keras. Walaupun demikian rakyat yang miskin, terpinggir (tanpa mengira kaum, agama dan keturunan) mestilah dibantu untuk berdikari bukan untuk disuap dan ditatang sepajang hayat semata-mata kerana statusnya (Melayunya, feudalnya, keturunannya). Beranikah para pemimpin Melayu berbuat demikian? Wallahuaklam.
SIS berkata…
Melayu telah disogok dr zaman tok nenek lg..tu la pasal Melayu sekarang tak boleh nak hidup kalau x de kuota utk dema...klau kuota Melayu dihapuskan memang Melayu akan lenyap bkn lebih berusaha utk maju..malah mungkin sebaliknya sbb melayu tak pernah sedar dan sentiasa izin kepalanya dipijak demi duit...
Gedung Akal berkata…
Kah..kah.Melayu oh Melayu..asyik2 nak minta keistimewaan...asyik2 nak lebih dari bangsa lain....tapi bahasa Melayu tidak mahu dikekalkan..dah jadi bahasa Malaysia...bahasa semua bangsa...kah...kah...bangsa Melayu sudah tidak berjiwa....kah...kah.. Melayu tak sedar kah mereka selamanya tetap poyo.... kah...kah....kah..
Tanpa Nama berkata…
Sy rasa si gedung akal bkn melayu dan paling sesuai dipanggil gedung najis
Tanpa Nama berkata…
Mmg sepatutnya bahasa melayu jd bahasa malaysia sbb secara tidak langsung smua bangsa dlam malaysia bertutur bahasa melayu...gedung akal pendek akal..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?