AUTA & FAKTA SPR
Biarpun Pilihanraya Umum ke-13
yang belum melepasi tempoh berpantangnya, yakni empat puluh hari, namun
suara-suara sumbang mengenai peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang
dianggap gagal dan dalam sesetengah keadaan dianggap ‘menipu’ seluruh rakyat
Malaysia khususnya para pengundi dalam Pilihanraya Umum yang baru lalu, masih
terus dilaungkan.
Himpunan Blackout 505 yang dihadiri ratusan ribu rakyat Malaysia mengecam
kegagalan dan penipuan SPR di samping antara lain mendesak Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi serta ahli-ahli SPR meletakkan jawatan kerana kegagalan mereka.
Terkini ialah apabila Menteri
Kesihatan, Datuk Dr. S. Subramaniam
menafikan SPR meminta atau Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan laporan
seumpamanya mengenai keselamatan penggunaan dakwat kekal terhadap kesihatan.
Jika benar, dakwaan Pengerusi SPR
ini, maka dakwaan ‘hanya tiga orang’ sahaja yang tahu mengenai warna dakwat
kekal juga seperti tidak benar dan penipuan terang-terangan oleh Pengerusi SPR
kepada seluruh rakyat Malaysia. Apakah
boleh para pegawai atau penganalisa kimia mampu memberikan pandangan dan ujian
tanpa mengetahui mengenai warna dakwat kekal tersebut?
Adakah Pengerusi SPR cuba
mewajarkan penipuan dan kegagalan mereka berhubung dakwat kekal dengan mengaitkan
tahap keselamatan penggunan silver
nitrate di samping mengheret Kementerian Kesihatan dalam kemelut mereka?
Walaupun Perdana Menteri
1Malaysia mengumumkan rombakan dalam SPR dengan meletakkan di bawah Parlimen,
sebagai sebahagian transformasi namun apa yang lebih penting ialah merombak
atau menggantikan keseluruhan ahli SPR dengan ahli-ahli yang baru apatah lagi
dengan pelbagai auta dan salah fakta oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR
akhir-akhir ini bermula sejak sebelum Pilihanraya Umum hingga sekarang.
Kenyataan oleh Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi SPR dilihat semakin bercanggah dan kalut malah isu
keselamatan mengenai penggunaan dakwat kekal tidak pernah dibincangkan sebelum
ini, tiba-tiba mendapat perhatian.
Malah dakwaan awal Pengerusi SPR
bahawa dakwat kekal tidak menjadi kekal kerana tidak digoncang juga telah
disanggah oleh pakar kimia kerana beranggapan silver nitrate bukan collaidol
solution sifatnya.
Jika integriti menjadi pegangan
ahli-ahli SPR, sewajarnya mereka dengan sukarela meletakkan jawatan dan menarik
diri menjadi ahli SPR. Jika tidak
rungutan dan sungutan rakyat mengenai peranan SPR, kenyataan bercanggah
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, himpunan Blackout 505, rombakan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri
1Malaysia, sanggahan oleh Menteri Kesihatan dan lain-lain seolah-olah tidak
membawa sebarang makna.
Sewajarnya selepas ketidakpekaan
SPR terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan,nampaknya sewajarnya SPR
dijenamakan semula menjadi SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT (SPR)!
Ulasan