AUTA & FAKTA SPR

Biarpun Pilihanraya Umum ke-13 yang belum melepasi tempoh berpantangnya, yakni empat puluh hari, namun suara-suara sumbang mengenai peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dianggap gagal dan dalam sesetengah keadaan dianggap ‘menipu’ seluruh rakyat Malaysia khususnya para pengundi dalam Pilihanraya Umum yang baru lalu, masih terus dilaungkan.

Himpunan Blackout 505 yang dihadiri ratusan ribu rakyat Malaysia mengecam kegagalan dan penipuan SPR di samping antara lain mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta ahli-ahli SPR meletakkan jawatan kerana kegagalan  mereka.

Terkini ialah apabila Menteri Kesihatan, Datuk Dr.  S. Subramaniam menafikan SPR meminta atau Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan laporan seumpamanya mengenai keselamatan penggunaan dakwat kekal terhadap kesihatan.

Jika benar, dakwaan Pengerusi SPR ini, maka dakwaan ‘hanya tiga orang’ sahaja yang tahu mengenai warna dakwat kekal juga seperti tidak benar dan penipuan terang-terangan oleh Pengerusi SPR kepada seluruh rakyat Malaysia.  Apakah boleh para pegawai atau penganalisa kimia mampu memberikan pandangan dan ujian tanpa mengetahui mengenai warna dakwat kekal tersebut?

Adakah Pengerusi SPR cuba mewajarkan penipuan dan kegagalan mereka berhubung dakwat kekal dengan mengaitkan tahap keselamatan penggunan silver nitrate di samping mengheret Kementerian Kesihatan dalam kemelut mereka?

Walaupun Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan rombakan dalam SPR dengan meletakkan di bawah Parlimen, sebagai sebahagian transformasi namun apa yang lebih penting ialah merombak atau menggantikan keseluruhan ahli SPR dengan ahli-ahli yang baru apatah lagi dengan pelbagai auta dan salah fakta oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR akhir-akhir ini bermula sejak sebelum Pilihanraya Umum hingga sekarang.

Kenyataan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dilihat semakin bercanggah dan kalut malah isu keselamatan mengenai penggunaan dakwat kekal tidak pernah dibincangkan sebelum ini, tiba-tiba mendapat perhatian.

Malah dakwaan awal Pengerusi SPR bahawa dakwat kekal tidak menjadi kekal kerana tidak digoncang juga telah disanggah oleh pakar kimia kerana beranggapan silver nitrate bukan collaidol solution sifatnya.

Jika integriti menjadi pegangan ahli-ahli SPR, sewajarnya mereka dengan sukarela meletakkan jawatan dan menarik diri menjadi ahli SPR.  Jika tidak rungutan dan sungutan rakyat mengenai peranan SPR, kenyataan bercanggah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, himpunan Blackout 505, rombakan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, sanggahan oleh Menteri Kesihatan dan lain-lain seolah-olah tidak membawa sebarang makna. 


Sewajarnya selepas ketidakpekaan SPR terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan,nampaknya sewajarnya SPR dijenamakan semula menjadi SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT (SPR)!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
auta..auta..auta...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?