AKHIRNYA, SELEPAS MENIPU …

Tidak sampai sebulan selepas Pilihanraya Umum ke-13, dan pada hari yang bersejarah sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, akhirnya Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mendapat kecaman teruk sebahagian besar rakyat Malaysia kini diletakkan di bawah Parlimen.  

Walaupun sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan bahawa SPR akan diletakkan di bawah Timbalan Perdana Menteri, yang kelihatannya tidak mengubah apa-apa.

Apakah yang mendorong Perdana Menteri untuk mengumumkan dan meletakkan SPR di bawah Parlimen, adakah kerana terdapat asakan dan desakan daripada Majlis Raja-Raja dan juga perhimpunan Blackout 505 yang telah diadakan pasca PRU yang lalu.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat banyak kepincangan oleh SPR dalam pengendalian Pilihanraya Umum ke-13 yang dikhabarkan paling sengit oleh kesemua parti politik yang bertanding.

Yang paling ketara adalah kepincangan mengenai dakwat kekal yang tidak kekal malah hilang tidak sampai beberapa jam.  Apakah selepas kepincangan yang ketara ini, meletakkan SPR di bawah Parlimen adalah sesuatu kewajaran yang begitu lama tertangguh!

“Dengan langkah ini, diharap kebebasan  SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan”

Sama ada secara sedar atau tidak secara tidak langsung Perdana Menteri telah mengakui kelemahan dan kepincangan SPR dalam mengendalikan Pilihanraya Umum yang baru lalu.  Namun segalanya  seperti telah terlewat kerana kononnya rakyat telah memberi mandat kepada Barisan Nasional walaupun majoriti undi yang diterima hanya 47% berbanding 51% yang diterima oleh pembangkang.

Perhimpunan Blackout 505 yang telah memasuki edisi kelapan sebenarnya telah membuka mata pelbagai pihak dan desakan rakyat yang cintakan demokrasi tulin di Malaysia, akhirnya memaksa kerajaan memikirkan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen.


Seperti kata pepatah ‘better late than never’ meletakkan SPR di bawah Parlimen sewajarnya disambut baik oleh semua pihak, sekurang-kurangnya ini adalah transformasi selepas rakyat Malaysia dirompak hak mereka dengan pelbagai kepincangan oleh SPR dalam pengendalian Pilihanraya Umum ke-13 dan dan 12 pilihanraya sebelumnya!

Ulasan

anep berkata…
takut la tu..tapi spr patut diubah semua ahlinya..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?