Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

AVATAR: MEMANFAAT TEKNOLOGI ...

Imej
Sungguhpun filem AVATAR telah pun memenangi anugerah di Golden Globe termasuk dinobatkan sebagai filem terbaik dan pengarah terbaik, saya sedikit pun tidak teruja. Pedulilah jika filem ini mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan atau menelan belanja yang tinggi sekalipun. Sebagai sebuah medium penceritaan saya kagum dengan kecanggihan dan kesungguhan untuk merealisasikannya dalam filem ini. Avatar , istilah dalam bahasa Sanskrit yang merujuk kepada ‘kelahiran semula’ mengemukakan isu alam sekitar, sosial dan politik serta kerakusan manusia, walaupun ianya merujuk kepada situasi pada tahun 2154 di mana manusia mula melombong di bulan. Kerakusan manusia di bumi berterusan di bulan pula, sekurang-kurangnya itulah yang digambarkan dalam filem ini. Pengarah Avatar , James Cameron yang pernah menghasilkan filem Titanic pada tahun 1997 dikhabarkan diberi dana sebanyak USD 10 Juta oleh 20th Century Fox , bagi menghasilkan klip video untuk memperkenalkan konsep filem ini. Walaupun a

BERKAT TEKNOLOGI ...

Imej
Menjelang tahun 2010 yang baru beberapa minggu menjengah kita, saya semacam dipukau untuk terpengaruh dengan pelawaan penyedia perkhidmatan telefon mudah alih saya untuk menyahut pelawaan memiliki iPhone yang memang menjadi impian saya sejak mula diperkenalkan di pasaran Malaysia. Selepas menimbang dan berperang dengan perasaan saya terus sahaja memberi persetujuan untuk memiliki unit iPhone ini. Selepas memeram hampir 24 jam, saya mula menggunakan pada 1 Januari yang lalu, benarlah pelbagai kemudahan disediakan dalam iPhone memberi manfaat kepada saya. Kegilaan saya untuk membaca memang menjadi mudah - ebook , ratusan ribu buku boleh dibaca dalam skrin sekecil iPhone saya. Memang susah mencari makalah berbahasa Melayu, saya pernah teringat memuat turun sebuah buku yang telah saya baca ketika zaman persekolahan saya - novel Harimau Harimau nukilan Mochtar Lubis . Buku ini terbitan tahun 1975 dan pernah memenangi hadiah Yayasan Buku Utama sebagai buku terbaik tahun 1975. Harimau Ha

TERIMA KASIH TUANKU

Imej
Akhirnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri Selangor berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah ALLAH oleh agama selain Islam. Sekurang-kurangnya kebuntuan ini telah dirungkai dengan begitu bijaksana melalui pendekatan musyawarah seperti yang dititahkan oleh Baginda Sultan. Terima kasih Duli Tuanku.

BILA MEREKA AKAN SEDAR …?

Imej
Gambar hiasan ihsan: www.jainworld.com Naluri manusia: tamak, haloba, hasil yang cepat. Tapi bukan semua orang mempunyai naluri negatif semacam itu. Tapi itulah yang berlaku dan saban hari dilaporkan di dada akhbar, namun masih terus berlaku dengan pelbagai modus operandi . Sebutlah apa sahaja: jualan langsung bertingkat, peternakan cacing, penanaman vanilla, penternakan lintah dan pelbagai jenis lagi. Semuanya menjanjikan pulangan cepat kadangkala sehingga 300% yang memang tidak masuk akal. Pagi tadi ketika membuka akhbar The Star , saya terbaca dua berita mengenai penipuan semacam ini. Yang pertama dengan tajuk: 3,000 fall prey to scam dan yang satu lagi dengan tajuk: 170 lose RM1.1m in scheme . Ironinya yang pertama berlaku di utara tanah air dan yang satu lagi di selatan tanah air tapi persamaan kedua-duanya ialah majoriti mangsa bagi kedua-dua penipuan ialah orang Melayu! Saya pernah membawa seorang teman yang benar-benar memerlukan dana bagi membiayai perniagaan kepada seorang

BAKAR GEREJA, KALIMAH ALLAH & NATRAH …

Imej
Buku ini saya beli ketika menghadiri Majlis Perkahwinan pada 20 Dis 2009 Sewaktu mengadakan rumah terbuka tempoh hari saya sengaja menggantungkan beberapa kain pemidang berkenaan produk yang saya terlibat sama, sekadar berkongsi maklumat dengan para jemputan dari kalangan kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri. Beberapa minggu lalu ketika saya menemani seorang teman menghadiri majlis perkahwinan anak temannya, saya agak terkejut kerana ada jualan buku oleh penulis yang menjadi tetamu majlis perkahwinan tersebut. Buku Natrah:Cinta, Rusuhan, Air Mata setebal 470 muka surat adalah sebuah dokumentasi bukan sahaja mengenai cinta antara dua benua bahkan adalah catatan pengalaman bagaimana umat Islam mempertahankan kesucian agama mereka. Penulis buku ini, Datin Fatini Yaacob bukanlah orang baru dalam isu Natrah ini, malah beliau telah begitu terlibat ketika masih bersama majalah Dewan Masyarakat sebagai seorang wartawan. Walaupun buku setebal itu telah saya selesaikan dalam masa kurang ti

APA YANG PERLU SEKARANG: BERTENANG … ?

Imej
Saya bukan tidak mengikuti polemik mengenai penggunaan kalimah ALLAH oleh Majalah Herald The Catholic Weekly . Selepas beberapa lama sekurang-kurangnya hampir lebih setengah abad, tiba-tiba sahaja masyarakat Kristian di negara ini mahu menggunakan kalimah ALLAH. Saya tidak fikir ini permintaan yang biasa yang membelakangkan agama Islam sebagai agama rasmi dan majoriti di negara ini. Saya percaya kesungguhan mendapatkan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH sehingga berlarutan hingga ke mahkahmah adalah sesuatu yang pasti diringi agenda luar biasa. Rentetan permintaan ini adalah ketika memohon untuk menerbitkan majalah ini dalam Bahasa Malaysia. Walaupun YAB Perdana Menteri dan pelbagai pihak meminta semua pihak bertenang dan menunggu proses mahkahmah selanjutnya, sebagai sebuah negara masyarakat majmuk dengan agama Islam sebagai agama rasmi, permintaan ini tentulah dianggap sebagai menjolok sarang tebuan atau mengejutkan harimau yang sedang tidur. Saya masih tidak percaya bahawa di bumi M