BILA MEREKA AKAN SEDAR …?

Gambar hiasan ihsan: www.jainworld.com


Naluri manusia: tamak, haloba, hasil yang cepat. Tapi bukan semua orang mempunyai naluri negatif semacam itu. Tapi itulah yang berlaku dan saban hari dilaporkan di dada akhbar, namun masih terus berlaku dengan pelbagai modus operandi. Sebutlah apa sahaja: jualan langsung bertingkat, peternakan cacing, penanaman vanilla, penternakan lintah dan pelbagai jenis lagi. Semuanya menjanjikan pulangan cepat kadangkala sehingga 300% yang memang tidak masuk akal.

Pagi tadi ketika membuka akhbar The Star, saya terbaca dua berita mengenai penipuan semacam ini. Yang pertama dengan tajuk: 3,000 fall prey to scam dan yang satu lagi dengan tajuk: 170 lose RM1.1m in scheme. Ironinya yang pertama berlaku di utara tanah air dan yang satu lagi di selatan tanah air tapi persamaan kedua-duanya ialah majoriti mangsa bagi kedua-dua penipuan ialah orang Melayu!

Saya pernah membawa seorang teman yang benar-benar memerlukan dana bagi membiayai perniagaan kepada seorang yang saya ketahui mungkin boleh membantu, malangnya ditolak mentah-mentah walaupun cagarannya adalah syarikat yang mempunyai bangunan sendiri, selepas beberapa ketika orang yang saya ketahui mempunyai sejumlah wang simpanan telah menjadi hampir gila kerana wang simpanannya sejumlah hampir setengah juta telah habis kerana terlibat dengan pelaburan haram.

Seorang teman yang menghabiskan masa bermain saham komoditi ataupun saham pasaran wang hampir tidak mampu menghantar anak ke sekolah kerana ketiadaan duit akibat kerugian bermain saham.

Selepas pelbagai laporan mengenai insiden penipuan semacam ini, rakyat Malaysia masih tidak serik. Majoriti masyarakat Melayu yang terlibat juga agak membimbangkan, saya kadang-kadang bertanya apakah orang Melayu yang paling mudah diperdaya atau kerana akhbar-akhbar Melayu lebih seronok menyiarkan mengenai cerita artis berbanding cerita penipuan semacam ini. Adakah memang naluri orang Melayu suka kepada benda atau perkara-perkara yang pintas (short-cut) atau pulangan yang cepat tetapi tidak masuk akal?

Ulasan

anti kena tipu berkata…
kawan saya selalu mengatakan paling mudah utk mempengaruhi org melayu, lihat saja si hai o, siapa yg ramai jd pengedarnya?
anis berkata…
Ramai org melayu ingin yang cepat dan mudah..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?