AVATAR: MEMANFAAT TEKNOLOGI ...


Sungguhpun filem AVATAR telah pun memenangi anugerah di Golden Globe termasuk dinobatkan sebagai filem terbaik dan pengarah terbaik, saya sedikit pun tidak teruja. Pedulilah jika filem ini mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan atau menelan belanja yang tinggi sekalipun. Sebagai sebuah medium penceritaan saya kagum dengan kecanggihan dan kesungguhan untuk merealisasikannya dalam filem ini.

Avatar, istilah dalam bahasa Sanskrit yang merujuk kepada ‘kelahiran semula’ mengemukakan isu alam sekitar, sosial dan politik serta kerakusan manusia, walaupun ianya merujuk kepada situasi pada tahun 2154 di mana manusia mula melombong di bulan. Kerakusan manusia di bumi berterusan di bulan pula, sekurang-kurangnya itulah yang digambarkan dalam filem ini.

Pengarah Avatar, James Cameron yang pernah menghasilkan filem Titanic pada tahun 1997 dikhabarkan diberi dana sebanyak USD 10 Juta oleh 20th Century Fox, bagi menghasilkan klip video untuk memperkenalkan konsep filem ini.

Walaupun ada yang menyamakan filem Avatar dengan filem Dances With Wolves (1990), ternyata penggunaan teknologi jauh melangkaui imaginasi dengan hanya menggunakan 40% pengambaran sebenar dan selebihnya adalah teknologi komputer dalam studio. Kalau saya mahukan sebuah kisah untuk dihadam dalam ruang sejuk pawagam, saya tersilap kerana penceritaan dalam Avatar berselang seli dengan dunia maya dan realiti, sebaliknya jika saya mengkagumi cipataan Allah SWT dan keupayaan manusia menghadam dan menterjemah teknologi, Avatar adalah sebahagian daripadanya!

Seusai menonton filem Avatar, saya semacam menginsafi diri sebagai manusia sampai bila kerakusan akan terus bertakhta, dengan masalah pemanasan global, saya tidak pasti apakah Avatar akan mampu menjulang Anugerah Akademi pada 7 Mac 2010 nanti.

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

sarip dol
31 Januari 2010 9:56 PTG

Saya tidak melihat apa2 keistimewaan dalam filem Avatar kecuali kecanggihan teknologi NYA..

hanif khan
31 Januari 2010 10:45 PTG

saya tak tahu bagaimana avatar boleh dinobatkan sebagai filem terbaik di golden globe..harap juri di Anugerah akdemi tidak terpengaruh..

ustazah
31 Januari 2010 11:03 PTG

Avatar ...boring

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger