Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

MENTERI CGPA 3.85 & IDEA ARAS TINGGI?

Ketika mendengar cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 semalam, saya merasa gusar.  Saya tidak gusar mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani usul-usul berkaitan kos sara hidup .  Jawatankuasa ini yang bakal dianggotai oleh Menteri dan Ketua Setiausaha daripada enam buah kementerian.  Kegusaran saya  ialah  jika ada kalangan Menteri yang dilibatkan nanti yang kurang bijak. Namun kegusaran saya tidak menjadi kenyataan kerana Menteri yang khabarnya mendapat CGPA 3.85 dan mendabik dada melakukan tiga kerja tidak terlibat sama. “Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja. Kecoh mengenai menteri yang mendabik mendapat CGPA 3.85 menyarankan rakyat negara ini melakukan dua kerja. "Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesal