MENTERI CGPA 3.85 & IDEA ARAS TINGGI?

Ketika mendengar cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 semalam, saya merasa gusar.  Saya tidak gusar mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani usul-usul berkaitan kos sara hidup . 

Jawatankuasa ini yang bakal dianggotai oleh Menteri dan Ketua Setiausaha daripada enam buah kementerian.  Kegusaran saya  ialah  jika ada kalangan Menteri yang dilibatkan nanti yang kurang bijak.

Namun kegusaran saya tidak menjadi kenyataan kerana Menteri yang khabarnya mendapat CGPA 3.85 dan mendabik dada melakukan tiga kerja tidak terlibat sama.

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja.

Kecoh mengenai menteri yang mendabik mendapat CGPA 3.85 menyarankan rakyat negara ini melakukan dua kerja.

"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.

Itu agaknya saranan si menteri CGPA 3.85  sebagai cadangan kepada kenaikan kos sara hidup rakyat ini.

Sama ada si menteri CGPA 3.85 ini sedar atau tidak, sebenarnya telah ramai warga kota yang mempunyai kerja-kerja sampingan selain daripada tugas hakiki mereka.

Sedarkah si menteri CGPA 3.85 ini bahawa ada kalangan penjawat awam yang sebenarnya memandu teksi selepas waktu kerja mereka, malah ada juga yang bekerja di stesen minyak secara sambilan di waktu malam.

Itu cerita penjawat awam, lain pula kisah guru-guru yang memberikan khidmat tuisyen selepas sesi P & P di sekolah mereka.  Sama ada menyumbang khidmat mereka secara rasmi di pusat-pusat tuisyen ataupun memberikan khidmat secara tidak rasmi atas desakan dan permintaan ibu bapa.

Jika seorang menteri hanya boleh memberikan saranan seperti pelajar sekolah rendah, dengan hanya mempunyai satu lagi sumber pendapatan, maka apa bezanya mentaliti si menteri ini dengan seorang pelajar sekolah rendah.

Dengan portfolio yang agak penting si menteri CGPA 3.85 seharusnya membantu kerajaan dan rakyat negara ini dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dan bukannya memberikan saranan mahupun cadangan-cadangan yang bebal.

Menteri CGPA 3.85 nampaknya tidak dapat membezakan antara tugas, tanggungjawab, kerja dan jawatan.

Mungkin si menteri CGPA 3.85 boleh belajar daripada pelawak ‘berdiri’ negara Harith Iskandar seperti yang diungkapkan beliau.

“I am a comedian, emcee, writer, actor, coach, director. That does NOT mean I have 6 jobs. It means I do 6 different things.
In the context of a government servant you could say I hold 6 different posts.

A job is something you do every day all day. So for a person to have TWO jobs that would mean they work minimum 2 x 8 hour shifts a day..”

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah..akhirnya muncul semula
SIS berkata…
Pedas kritikan tuan!..kalau x terasa mmg la menteri CGPA 3.85 tu bebal...patutnya CGPA dia bwh 2.00...
SIS berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?