Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA ....

Imej
SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-52!

INILAH CARA MEMPERJUANGKAN ISLAM ...?

Imej
Gambar-gambar untuk renungan! Nama saya Esfahan, umur saya 8 tahun, saya dah banyak belajar cara-cara memandu, kalau kita lambat kita boleh guna emergency lane, ………………. Tak sabar rasanya nak bawa kereta sendiri. Inikah yang ingin kita wariskan kepada anak-anak kita? Inilah iklan komuniti Radio Sinar FM, mengenai kempen jalan raya. Entah mengapa akhir-akhir ini saya merasa amat bimbang dan resah dengan beberapa perkmbangan masyarakat Malaysia, tak kiralah samada masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Janganlah beranggapan saya tidak cukup Islam hanya kerana membantah cara dan tindakan sesetengah pihak dalam memperjuangkan Islam. Kalau inilah caranya yang ingin kita wariskan untuk memperjuangkan Islam, saya rasa Islam akan terus diperlekeh dan dipandang rendah. Bukankah Islam sentiasa melaungkan permuafakatan dan musyawarah. Bukankah Islam sentiasa mengambil pendekatan bijaksana dan berhemah. Mungkin saya silap atau orang ramai yang betul. Renungkan!

KAKI SAKAT DI SINAR HARIAN ...

Imej
Blog Kaki Sakat telah menjadi pilihan akhbar SINAR HARIAN untuk memenuhi ruangan BLOG KE BLOG. Disiarkan pada 25 Ogos 2009 (Selasa) yang lalu. Sebenarnya saya sendiri tidak mengetahui hal ini sehingga saya dihubungi oleh sahabat saya, si celik huruf: www.celikhuruf.blogspot.com . Terima kasih!

BAZAR RAMADHAN ATAU BAZIR RAMADHAN …

Imej
Bazar Ramadhan: Gambar Hiasan Hari ini seramai 1.8 billion umat Islam di seluruh dunia telah mula menjalani ibadah puasa. Rukun ketiga dalam lima Rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim. Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi dengan pelbagai cabaran dan nikmat untuk beribadah dan menambah kekusyukan bertakwa kepada Allah SWT. Seperti menunggu Ramadhan muncul lagi, suatu yang menjadi fenomena dan juga dinanti oleh yang bukan Islam juga ialah Bazar Ramadhan di seluruh pelusuk tanah air dengan tawaran pelbagai juadah untuk memenuhi selera (baca: nafsu) si pembeli. Bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk tanah air menjelang setiap Ramadhan memang menjadi medan memperaga pelbagai juadah dan masakan, carilah Kuew Tiau Penang atau Rojak Singapura di Bandar Baru Bangi anda pasti tidak kecewa! Bazar Ramadhan semacam fenomena yang sangat ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh umat Islam yang tidak berkesempatan menyiapkan juadah berbuka malah oleh yang bukan Islam kerana me

MERDEKA, TV MALAYSIA & LONDON …

Imej
Big Ben London Saya sentiasa sebak setiap kali menjelang Merdeka bukan kerana saya terlibat sebagai pejuang kemerdekaan tetapi sebak kerana menjadi pewaris kemerdekaan dari tangisan dan air mata pejuang-pejuang kemerdekaan seolah-olah ‘Wira Tak Di Dendang’ atau Unsung Heroes . Kisah merdeka samada iklan komersil mahupun ucapan kemerdekaan oleh syarikat-syarikat korporat sering sahaja mengundang rasa kagum di atas kesungguhan mereka. Setiap kali melihat iklan mahupun pesanan kemerdekaan saya sentiasa menyimpan iltizam untuk menjadi seperti syarikat-syarikat korporat yang mampu menyumbang untuk kita terus menikmati kemerdekaan dari dalam rumah sahaja melalui siaran langsung di kaca televisyen. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kemerdekaan pada kali ini agak kurang meriah rasanya kerana 31 Ogos pada tahun ini jatuh dalam bulan Ramadhan ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa, tetapi itu bukanlah alasan untuk mengecilkan nilai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lebih 52 t

CATATAN KANJI ARAB …

Imej
Hari ini saya sekali lagi ke Pulau Lagenda Langkawi dalam tempoh dua minggu. Semua ini rahmat dari urusan kerja dan tugas yang diamanahkan kepada saya. Sekitar jam 1.30 petang, teman saya celikhuruf - http://www.celikhuruf.blogspot.com/ memaklumkan dia berada di Changkat Jering menikmati makan tengahari dan akan menyelusur mengikut jalan persekutuan menuju ke Bayan Lepas dalam Ekspedisi Bermotor Merdeka yang disertai lebih 100 buah motosikal kuasa besar dari jenama Kawasaki. Mengikut perencanaannya kami patut tiba di jeti Kuala Kedah selewat-lewatnya jam 6.00petang bagi memastikan dapat menaiki feri terakhir pada jam 6.30 petang, tetapi seperti kata ‘takdir selalu mengatasi tadbir’, saya hanya tersenyum apabila teman saya si celikhuruf mengatakan bahawa dia menggunakan jalan persekutuan dan bukannya lebuhraya kerana sangka saya akan menjadi lebih lewat kerana harus sampai ke jeti sebelum pukul 6.00 petang. Selepas berhenti pada jam lebih kurang 2.45 petang di kawasan R & R Sungai

TAHNIAH DR. ANWAR RIDHWAN ...

Imej
Selepas kegersangan selama enam tahun dengan penerima terakhir yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ialah S. Othman Kelantan pada tahun 2003, maka giliran anak kelahiran Selangor yang juga mengungguli dunia sastera selama lebih 40 tahun yang telah berjaya menghasilkan empat buah novel, empat buah kumpulan cerpen, empat buah drama, sebuah buku sajak dan tiga buah buku esei telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara. ''Karyanya memaparkan bakat kekuatan yang lebih kekal untuk direnung, dicontohi oleh generasinya dan juga generasi akan datang. ''Tokoh ini juga berupaya menjadi contoh yang baik buat pengarang yang ingin menjadi penulis merenungkan situasi manusia di Malaysia dan sejagat dengan gaya bersahaja tetapi berseni dan indah," Kepada Dr. Anwar Ridhwan, tahniah kerana dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang Ke-10, terpilih dari pelbagai nama yang turut dicalonkan.

ISA - APABILA RAKYAT TIDAK PERCAYA ...

Saya rasa sedih membaca catatan di blog 'rocky bru' di http://rockybru.com.my/ mengenai kerugian yang dianggarkan lebih RM100 juta hingga RM200 juta yang dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan akibat daripada dua demo di ibu kota Sabtu lepas. Yang lebih melegakan ialah saranan oleh seorang kawan kepada kawan peguam bahawa penganjurnya boleh disaman untuk menuntut gantirugi akibat tunjuk perasaan membantah ISA ini. Saya juga menjadi mangsa kepada bantahan ini kerana terperangkap dalam kesesakan akibat penutupan jalan dan 'road block' oleh pihak polis untuk meminimakan atau mengurangkan kemasukan penyokong yang mungkin berarak membantah ISA ini. Jika mengambilkira masa saya yang terbuang terperangkap dalam kesesakan jalanraya samada pada hari Jumaat dan Sabtu, mahu mencapai ribuan ringgit nilainya. Saya bukanlah mahu mempersoalkan kerja polis mahupun menafikan hak si pendemo bantahan ISA, tetapi yang lebih wajar diselami oleh pemimpin kita pada masa ini ialah apabi

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

Malam Sabtu lepas dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk ke Pulau Lagenda Langkawi sempat mencuri-curi menonton program khas terbitan TV3 bagi mengenang arwah Yasmin Ahmad: Pewarisan Yasmin Ahmad dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris – The Legacy of Yasmin Ahmad. Memang rugi bagi siapa yang terlepas peluang menonton dokumentari khas ini yang dimuatkan dalam rancangan majalah mingguan – Majalah 3 . Pewarisan Yasmin Ahmad menyingkap kerjaya dan belakang tabir kerja arwah Yasmin Ahmad samada sebagai seorang pengarah iklan mahupun filem. Wawancara dengan mereka yang pernah bertugas dengan Yasmin Ahmad memang menyebakkan. Malah falsafah hidupnya yang diangkat lewat karya-karya garapannya, ulasan oleh para pelakon filem-filemnya memang menyentuh hati. Bukanlah kerja saya mengulas sesuatu rancangan yang telah disiarkan oleh sesebuah stesen TV, malah bukan juga mahu turut memperkatakan mengenai Yasmin Ahmad, tetapi saya lebih tertarik dengan kesunggguhan stesen TV3 untuk menggunakan i