Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

BIR YANG HALAL ...

Imej
Saya seorang yang sentiasa berusaha mengunjungi pameran khususnya yang diadakan di sekitar ibu kota. Pelbagai pameran, daripada pameran buku, produk halal, jentera malah pernah juga mengunjungi pameran ketenteraan dan keselamatan. Antara pameran yang sering saya kunjungi selain berseorangan atau dengan membawa keluarga saya ialah pameran buku dan pameran produk halal. Khabarnya pameran produk halal yang dianjurkan bertaraf antarabangsa, hal ini memungkinkan syarikat-syarikat luar negara menyertai pameran produk halal ini. Pada satu ketika, sekitar tahun 2009 saya mengunjungi pameran halal bertaraf antarabangsa ini bersama keluarga saya dengan anak-anak saya berusia dari 14 hingga 2 tahun. Pelbagai produk halal yang dipamerkan, malah banyak juga pemamer yang memberikan peluang untuk merasa produk halal mereka sebelum membuat belian. Antara produk yang dipamerkan ialah sebuah jenama bir yang dikatakan tidak beralkohol dan berstatus halal. Saya agak ragu-ragu menge

UDA OH UDA ...

Imej
Khabarnya Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority (UDA) telah diarah oleh Timbalan Perdana Menteri menyediakan satu laporan lengkap mengenai kedudukan sebenar pelaksanaan projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu bernilai RM6.7 bilion yang menimbulkan kontroversi ketika ini . Kontroversi ini timbul ekoran tindakan pengurusan UDA Holdings Bhd. dikhabarkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak . Rupanya dengan ratusan malah ribuan projek begitu banyak di seluruh negara, UDA berpendapat tiada syarikat Bumiputera malah dari Malaysia yang layak melaksanakan projek mereka. Ditubuhkan oleh kerajaan pada 12 November 1971, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan rancangan pembangunan bandar. Selepas 25 tahun dengan kejayaannya memenuhi tanggungjawab yang diberikan, UDA telah diswastakan pada 1 September 1996 dan men

BICARA TITI HAYUN

Bermula dari Jumaat lepas sehingga esok saya berhibernasi di Pusat Perkelahan Titi Hayun, lebih kurang 6 km dari pekan Yan. Betullah kata seorang teman, hidup ini adalah pilihan. Pilihan kita sendiri sebagai seorang manusia yang menentukan hala tuju hidup dan kepercayaan kita. Apabila saya memilih untuk menerima pelawaan seorang teman aktivis untuk menyertai bengkel penulis kritis yang khabarnya diadakan di sebuah chalet di Yan, Kedah. Itu cerita beberapa bulan dahulu sebelum abang saya menetapkan tarikh perkahwinan anak sulungnya, pada hari Ahad nanti. Maka saya terpaksa tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya, kerana telah memberi komitmen untuk hadir di Titi Hayun ini. Program di Titi Hayun ini yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan juga Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) serta Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara khususnya untuk melahirkan penulis yang mampu mencerna idea menjadi tulisan yang kritis. Khabarnya ide

APRIL, PESTA BUKU & KAKI SAKAT …

Imej
Gambar hiasan: Demi kelangsungan hidup Kebetulan hari ini ialah 1 Mei, Hari Pekerja, juga hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) edisi yang ke-30. Setiap kali menjelang PBAKL, setiap kali itu juga laman blog ini yang dimayakan pada 17 April 2008 ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 edisi yang ke-28 menyambut ulangtahun kemayaannya. Sejak itu laman blog ini yang dimayakan sebagai suatu medan perkongsian pengalaman dunia perbukuan, hidup, filem, teater dan aktiviti seni dan sastera telah berkongsi sebanyak hampir 300 entri. Sejak memayakan blog ini juga puluhan entri yang dihasilkan tidak berkesempatan dimayakan kerana ‘self-censorship’ yang saya praktikkan. Rasionalnya mudah, saya tidak berhasrat menjadikan blog ini medan menyebarkan klip video yang dikhabarkan ‘mirip ketua pembangkang’ atau menjadi medan sebagai ‘blogger upahan’ pihak-pihak tertentu. Walaupun saya tidak menghadiri persidangan blogger Asean yang baru