BIR YANG HALAL ...


Saya seorang yang sentiasa berusaha mengunjungi pameran khususnya yang diadakan di sekitar ibu kota. Pelbagai pameran, daripada pameran buku, produk halal, jentera malah pernah juga mengunjungi pameran ketenteraan dan keselamatan. Antara pameran yang sering saya kunjungi selain berseorangan atau dengan membawa keluarga saya ialah pameran buku dan pameran produk halal.

Khabarnya pameran produk halal yang dianjurkan bertaraf antarabangsa, hal ini memungkinkan syarikat-syarikat luar negara menyertai pameran produk halal ini. Pada satu ketika, sekitar tahun 2009 saya mengunjungi pameran halal bertaraf antarabangsa ini bersama keluarga saya dengan anak-anak saya berusia dari 14 hingga 2 tahun. Pelbagai produk halal yang dipamerkan, malah banyak juga pemamer yang memberikan peluang untuk merasa produk halal mereka sebelum membuat belian.

Antara produk yang dipamerkan ialah sebuah jenama bir yang dikatakan tidak beralkohol dan berstatus halal. Saya agak ragu-ragu mengenai unjuran bir halal ini yang begitu ghairah membuat promosi ‘merasa’ dan membeli produk mereka. Malah bir halal ini didatangkan dalam pelbagai perisa. Pada tanggapan saya mungkin juga ramai pengunjung yang mengunjungi pameran produk halal, tentulah produk-produk malah syarikat-syarikat yang menyertai pameran produk halal ini telah melalui saringan dan tapisan bagi memastikan produk-produk yang dipamerkan dan dijual benar-benar menepati aspek halal daripada semua segi termasuk daripada segi syarak. Rasional tanggapan ini ialah kerana pameran produk halal bertaraf antarabangsa ini disokong malah ditaja oleh agensi Kerajaan

Kini selepas penjualan bir halal ini berleluasa timbul pula berita bahawa bir yang dikatakan halal itu mengandungi tahap alkohol yang tinggi sehingga menjadi status halalnya diragui. Selepas meneguk beberapa cawan yang disuakan untuk dirasa, tiba-tiba muncul dakwaan bahawa bir yang dipamerkan oleh sebuah syarikat dalam sebuah pameran produk halal bertaraf antarabangsa mengandungi tahap alkohol yang melebihi paras yang dibenarkan.

Soalnya bagaimanakah sebuah syarikat asing begitu mudah menyakinkan rakyat tempatan dengan dakwaan bahawa produk mereka halal, sedangkan bagi syarikat tempatan sendiri perlu melalui banyak langkah bagi membolehkan produk mereka diiktiraf berstatus halal. Baru-baru ini dikhabarkan pula bahawa pengambilan alkohol di negara ini jauh lebih rendah daripada negara jiran kita, mana tidaknya separuh daripada alkohol yang diambil selama ini bertopengkan halal!

Ulasan

SIS berkata…
orang ramai mudah terpedaya..asal ada logo halal ( bukan yg dikeluarkan JAKIM) terutama halal antarabangsa, kehalalannya boleh diragui..kadang2 berbagai2 logo halal termasuklah dari persatuan tertentu...berlaku juga semasa halal dikeluarkan utk sesuatu produk halalnya semasa permohonannya saja...selepas itu apa yang hendak dibubuh siapa yang tahu...sampai lah logo tersebut ditarik balik...kena minta ampun byk2...
Car Loan Calculator berkata…
mak ai ade ke beer halal? dasyat sangat dah ni

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?