UDA OH UDA ...


Khabarnya Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority (UDA) telah diarah oleh Timbalan Perdana Menteri menyediakan satu laporan lengkap mengenai kedudukan sebenar pelaksanaan projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu bernilai RM6.7 bilion yang menimbulkan kontroversi ketika ini. Kontroversi ini timbul ekoran tindakan pengurusan UDA Holdings Bhd. dikhabarkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak.

Rupanya dengan ratusan malah ribuan projek begitu banyak di seluruh negara, UDA berpendapat tiada syarikat Bumiputera malah dari Malaysia yang layak melaksanakan projek mereka.

Ditubuhkan oleh kerajaan pada 12 November 1971, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan rancangan pembangunan bandar. Selepas 25 tahun dengan kejayaannya memenuhi tanggungjawab yang diberikan, UDA telah diswastakan pada 1 September 1996 dan menjadi UDA Holdings Sdn. Bhd.

Jika dilihat kepada visi dan misi yang digariskan sebagai asas penubuhan UDA, “Disamping itu, UDA juga berperanan penting dalam inisiatif menyokong agenda bumiputera termasuk menambah pemilikan hartanah bumiputera di kawasan bandar, membangun usahawan bumiputera berdaya saing dan mengukuhkan modal insan bumiputera".

Ironinya, UDA ditubuhkan ketika zaman pemerintahan Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang juga bapa kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memajukan agenda pembangunan bandar khususnya yang melibatkan kaum bumiputera sejak penubuhan UDA. Namun isu projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) seolah-olah memaksa Kerajaan menilai semula peranan dan tanggungjawab UDA bagi memastikan ianya berada di landasan yang sepatutnya.

Dakwaan bahawa tiada satupun syarikat Bumiputera malah syarikat dari Malaysia yang layak adalah satu penghinaan kepada industri pembinaan negara, malah agensi-agensi seperti CIDB, Persatuan Kontraktor seharusnya membuktikan dakwaan UDA ini tidak berasas sama sekali.

Kerajaan sepatutnya menilai semula prestasi UDA selama ini demi memastikan agenda sebagai agensi Kerajaan tidak menjadi modal untuk dikritik oleh pihak pembangkang dan rakyat.

Share this article :
 

+ komen + 2 komen

anep
30 Mei 2011 12:01 PTG

salam tuan, UDA klau begitu patutnya tutup aje.perabih boreh aje..

30 Mei 2011 2:27 PTG

sedih dengan kenyataan UDA...bertentangan dengan slogan2 dan kempen2 kerajaan..
mana hilangnya ..'BUMIPUTRA"

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger