Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

SELAMAT HARI PEKERJA!

Imej
Hari Pekerja walau apa pun diistilahkan samada Hari Buruh, Hari Pekerja, 'Labour Day', 'Workers Day' 'May Day' diraikan di seluruh pelusuk dunia pada 1 Mei setiap tahun. Sambutan Hari Pekerja adalah manifestasi daripada perjuangan kelas menengah dan bawahan untuk tidak terus ditindas oleh golongan kelas atasan dan majikan. Perjuangan ini adalah bagi tuntutan untuk hanya bekerja selama 8 jam sehari di samping penekanan terhadap aspek keselamatan di tempat kerja. Banyak negara di dunia meraikan Hari Pekerja dengan versi dan intepretasi masing-masing misalnya di China ianya dikenali sebagai salah satu daripada tiga 'Minggu Emas' kerana rakyatnya diberikan 3 hari cuti yang bertemu hujung minggu dan diatur semula membolehkan para pekerja di China akan bercuti selama 1 minggu bermula dari 1 Mei hingga 7 Mei di mana pada ketika ini adalah masa puncak rakyat China bercuti dalam mahupun ke luar negara . Untuk teman-teman Selamat Menyambut Hari Pekerja 2008, mo

RODA KEHIDUPAN

Imej
Gambar di bawah ini diambil dari blog seorang teman, dan yang menarik gambar ini telah saya lihat beberapa kali, dan semacam ada tarikan untuk berkisah perihal gambar ini, 9 lakaran gambar yang mampu menceritakan roda kehidupan seorang insan di dunia ini, renun gkanlah!

Selamat Hari Buku Sedunia

Imej
Selamat Hari Buku Sedunia (23 April 2008). Hari Buku Sedunia diraikan pada setiap 23 April setiap tahun sejak dua dekad yang lalu. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah memilih tarikh ini untuk mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan hak cipta. Diharap Hari Buku Sedunia bukan sahaja satu hari yang berlalu begitu sahaja tetapi diyakini akan meninggalkan impak malah mencambah minat baru untuk terus mendalami ilmu melalui buku dan pembacaan, Insyallah. Untuk teman-teman perbukuan dan semua, Selamat Hari Buku Sedunia 2008, bangsa membaca, bangsa berjaya!

YB Menteri Pelajaran melawat Semenyih

Imej
Merasmikan Pusat Khidmat ADUN Semenyih YB Dato' Sri Hishamuddin merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SK Semenyih & Memotong Kek Pengisytiharan 110 Tahun SK Semenyih Hari ini, Sabtu (19/4/2008) melakar sejarah, kerana YB Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein melawat Semenyih (pekan kecil selepas Kajang) kerana dua acara penting iaitu merasmikan Pusat Khidmat ADUN Semenyih, YB Sdr. Johan Abdul Aziz dan juga merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SK Semenyih yang ke-39, di samping melancarkan pembinaan Dewan Terbuka SK Semenyih dan sambutan 110 Tahun SK Semenyih...(antara sekolah tertua di Malaysia). Usaha membawa YB Menteri adalah usaha YB Sdr. Johan selaku ADUN Semenyih, Syabas dan Tahniah YB!

CORAT-CORET PBAKL 2008

Bersama penulis buku :MAKAN UNTUK HIDUP, Sdr. Ramli Mat Nor dan Sdr. Rozlan Mohd Nor (Editor UPSB)

INTERNATIONAL SCREEN GSC YANG MEMUALKAN!

Assallamualaikum..ini cerita semalam, blog ini di 'create' kat ofis member sambil tunggu kawan...cerita semalam (16 April 2008), pergi tengok wayang kat GSC Mid Valley, nak jadik cerita kononnya International Screen, selalunya filem-filem di IS menayangkan filem-filem antarabangsa, tetapi semalam saya menonton filem Tamil buatan Malaysia 'Naana Neeya' filem slapstick murahan (maaf atas ketelanjuran) dan yang menariknya (kalau boleh dianggap rekod) saya menonton SEORANG DIRI (hanya seorang penonton sahaja) sampai ke akhir filem tersebut...dan rasanya nak saman aje GSC kerana kategori International Screen yang memualkan... 'Kaki Sakat' dalam sesi perbincangan dengan Prof. Madya Hamedi Adnan dan sahabat seperjuangan, Sdr. Rozlan Mohd Nor sewaktu berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

SALAM PEMULA BICARA!

Assallamualaikum pemula bicara, selamat datang ke laman blog kaki sakat...di samping sebagai medan bertukar-tukar fikiran, diharap akan merapatkan ukhwah sesama kita..