SELAMAT HARI PEKERJA!


Hari Pekerja walau apa pun diistilahkan samada Hari Buruh, Hari Pekerja, 'Labour Day', 'Workers Day' 'May Day' diraikan di seluruh pelusuk dunia pada 1 Mei setiap tahun. Sambutan Hari Pekerja adalah manifestasi daripada perjuangan kelas menengah dan bawahan untuk tidak terus ditindas oleh golongan kelas atasan dan majikan. Perjuangan ini adalah bagi tuntutan untuk hanya bekerja selama 8 jam sehari di samping penekanan terhadap aspek keselamatan di tempat kerja.
Banyak negara di dunia meraikan Hari Pekerja dengan versi dan intepretasi masing-masing misalnya di China ianya dikenali sebagai salah satu daripada tiga 'Minggu Emas' kerana rakyatnya diberikan 3 hari cuti yang bertemu hujung minggu dan diatur semula membolehkan para pekerja di China akan bercuti selama 1 minggu bermula dari 1 Mei hingga 7 Mei di mana pada ketika ini adalah masa puncak rakyat China bercuti dalam mahupun ke luar negara .
Untuk teman-teman Selamat Menyambut Hari Pekerja 2008, moga akan sentiasa menghargai kerja anda kerana di luar sana ramai lagi yang tidak mempunyai pekerjaaan @ mengganggur! Selamat Hari Pekerja!

Ulasan

emm.. macamana agaknya boss sambut hari pekerja? :)
Tanpa Nama berkata…
Mcm kita gak kot??...
tapi otak diaorang dok jalan gak camner nak kelepat n nak kelentong pekerja bawahan dengan lebih berjaya dan berkesan...tak caya tengok aje laa time nak bonus nanti....hehehehe....

"kerje untuk makan...makan untuk hidup"

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?