Selamat Hari Buku Sedunia


Selamat Hari Buku Sedunia (23 April 2008). Hari Buku Sedunia diraikan pada setiap 23 April setiap tahun sejak dua dekad yang lalu. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah memilih tarikh ini untuk mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan hak cipta. Diharap Hari Buku Sedunia bukan sahaja satu hari yang berlalu begitu sahaja tetapi diyakini akan meninggalkan impak malah mencambah minat baru untuk terus mendalami ilmu melalui buku dan pembacaan, Insyallah. Untuk teman-teman perbukuan dan semua, Selamat Hari Buku Sedunia 2008, bangsa membaca, bangsa berjaya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?