Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN ...

Imej
Inilah gambar sebuah telefon awam yang disediakan untuk kemudahan rakyat, maklumlah walaupun bilangan telefon bimbit di Malaysia mencapai 30.3 juta berbanding penduduk Malaysia yang berjumlah 28.2 juta orang. Gambar ini dirakam di Pekan Sungai Besi, apa yang menariknya ialah kedudukan telefon awam ini ialah di atas pemisah jalan, dan tidak berbumbung! Mungkin ini adalah trend baru, atau kemudahan sekadar tangkap muat atau melepaskan batuk di tangga, atau juga asal ada! Bagus juga jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayasia (SPRM) dapat mengadakan kunjungan mesra kepada pegawai yang meluluskan bayaran kepada kontraktor yang menyediakan kemudahan ‘kelas pertama’ ini. Ketika bersarapan pagi ini, saya terpaksa berkongsi meja dengan dua orang rakyat Malaysia yang lain, yang pada pandangan saya ialah dari profession ketenteraan. Apa yang menarik ialah perbualan yang berkisar di antara mereka iaitu berhubung dengan layanan ‘tidak mesra rakyat’ di sebuah hospital universiti terulung di Cheras

DEMAM BOLA ...

Imej
Secara tiba-tiba skuad bola sepak negara yang menyertai pertandingan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asia 2010 menjadi sebutan. Daripada anak kecil yang baru pandai berjalan dan dengan kosa kata yang begitu terhad sehinggalah kepada para pemimpin negara semuanya menjadi peminat sukan bola sepak negara kita. Malah anak-anak saya yang berusia enam tahun, sepuluh tahun, empat belas tahun dan lima belas tahun, tiba-tiba sahaja jadi teringat kepada Uncle Rajagobal (jurulatih pasukan Negara) yang mereka temui beberapa tahun dahulu di sebuah pasaraya besar, itu cerita tiga atau empat tahun lampau yang kini menjadi sebutan. Malah YAB Perdana Menteri turut menjadi penyokong skuad Negara apabila bersama rakyat menonton siaran langsung perlawanan separuh akhir menentang Vietnam melalui skrin besar. Pertemuan saya dengan editor dan pereka grafik saya juga dilewatkan sedikit kerana khuatir akan terlepas menonton siaran langsung perlawanan pada malam ini. Dikhabarkan juga 85,000 tiket untuk perl

INTERLOK DI TANGAN ORANG POLITIK BUTA SASTERA …

Imej
Tidak mungkin panel juri Peraduan Mengarang Novel bersempena 10 tahun Malaysia merdeka melakukan kesilapan memilih novel Interlok sebagai salah sebuah pemenang dalam peraduan tersebut. Tidak mungkin juga panel pemilihan teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) juga melakukan kesilapan memilih novel Interlok daripada puluhan malah ratusan karya lain yang disediakan untuk dipilih sebagai teks KOMSAS. Malah tidak mungkin juga panel penilai Anugerah Sasterawan Negara tidak melihat secara total atau terlepas pandang maksud tersirat di dalam novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang kelapan pada tahun 1996. Isu novel Interlok yang telah terpilih sebagai teks KOMSAS dididakwa mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagam

APA SAHAJA DEMI KELANGSUNGAN ...

Akhir-akhir ini banyak perkembangan yang melanda negara kita, jika sewaktu kecil, amat mudah untuk mengesan sama ada kawasan saya akan dilawati oleh orang penting atau orang besar, misalnya lawatan Menteri, Sultan dan sebagainya. Mudah sahaja, jika tiba-tiba terdapat sekumpulan pembersih longkang dan pemotong rumput yang telah beberapa bulan atau tahun tidak terjaga. Itu petanda bahawa akan ada lawatan oleh orang penting atau orang besar. Memandangkan saya sentiasa berada di kalangan kelas-kelas pandai maka akan terpilih beberapa rakan sekelas saya bagi menyertai latihan tarian atau apa-apa persembahan sempena lawatan orang penting atau orang besar ke tempat kami. Ketika ini pelbagai konvensyen parti-parti politik sedang dan bakal berlangsung. Parti pemerintah mahupun parti pembangkang seolah-olah berlumba-lumba untuk mengadakan konvensyen parti-parti mereka. Walaupun penganjuran konvensyen ini kerap dilihat sebagai petanda akan berlangsungnya Pilihanraya Umum, namun ianya dinaf

CERITA AKU, FERI, BANK & HAK KEPENGGUNAAN …

Imej
(Pelanggan di'paksa' membayar jika mesin ini rosak, maaf ini bukan bank unta!) Jika saya ditanya apakah yang paling diingati tentang diri saya, jawabnya mudah saya seorang perakam. Tidak kisahlah jika saya menjadi perakam untuk diri sendiri mahupun untuk dijadikan iktibar terhadap orang lain. Jika kepada orang lain, anggaplah sebagai satu perkongsian minda dari tulisan kecil saya. Ketika ke pulau lagenda, Langkawi minggu lepas, saya sering memastikan tidak mahu berasak-asak untuk mendapatkan sama ada tiket bas mahupun tiket feri. Telah menjadi kebiasaannya saya untuk mengambil tiket lebih awal bagi memastikan tidak bersesak di saat akhir. Itulah yang saya lakukan, mengambil tiket feri yang dijadual pada jam 2.30 petang pada awal pagi. Ketika membeli tiket, saya agak sangsi apabila si penjual tiket meminta nombor telefon dan nama saya untuk dicatat dalam senarai penumpangnya. Selepas meronda-ronda dan bersarapan, saya bercadang untuk merehatkan diri di bilik hot

KISAH ABDULLAH ...

Imej
(Ini Abdullah pemandu van pelancong KV2023C) Pada minggu lepas, saya ke pulau lagenda Langkawi untuk kesekian kalinya bagi tahun ini. Pada kali ini saya ke sana atas urusan berkursus selama tiga hari. Seperti biasa menghadiri kursus tanpa melakukan aktiviti sampingan di pulau lagenda seperti tidak lengkap rasanya. Malah dalam kursus yang saya hadiri pun semacam mendapat restu sehinggakan para peserta merelakan mengikuti kursus tanpa rehat sehingga enam jam, agar mendapat pelepasan sewajarnya bagi melaksanakan aktiviti sampingan. Pelbagai istilah pula digunakan bagi menggambarkan aktiviti sampingan di pulau lagenda ketika menghadiri kursus ini. Antaranya – melontar dan praktikal merujuk kepada aktiviti sampingan di sini. Kursus tiga hari yang dimulai petang Jumaat dan berakhir pada tengahari Ahad memang cukup padat dengan pelbagai aktiviti kursus, namun begitu ruang bagi melaksanakan aktiviti sampingan memang diuntukkan secukupnya. Pada petang Sabtu, saya sengaja memilih

BOCOR, TIRIS & LARI BAJET ...

Bulan ini, bulan kesebelas dalam tahun 2010, saya lari bajet. Bajet saya lari sebab ada hal-hal yang tidak dijangka berlaku dalam keperluan harian. Selepas hampir enam tahun berpindah ke rumah saya sekarang dan ditambah dengan lebih tiga tahun selepas rumah saya siap, saya mengalami kebocoran tangki air yang teruk. Bukan tidak pernah saya mengalami kebocoran tangki air sebelum ini, tetapi mampu saya tangkis dengan meminta hanya untuk dibaiki tanpa perlu menggantikan dengan yang baru. Namun seperti meminjam istilah ‘black Monday’ , tiba-tiba pada pagi Isnin, tangki air saya mengalami kebocoran, air kelihatan menitis dari siling di mana tangki air ditempatkan. Si tukang paip perlu didatangkan bagi melihat masalah ini, dan hasilnya seperti yang dirumuskan tangki air saya tidak mampu lagi untuk diselamatkan. Kos bagi tangki air yang seperti yang sedia ada ialah hampir empat bulan gaji pembantu rumah warga Indonesia (sebelum mereka meminta tuntutan gaji delapan ratus). Wa

ANAK BAPAK ...

Imej
Itu bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1968, dengan tajuk yang sama. Ini cerita warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA) yang dulunya dinaungi secara tidak rasmi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK) kini mendapat pula perhatian yang lebih menyeluruh dengan penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan ( BAPAK), segala masalah warga FELDA akan disalurkan kepada pihak yang berkenaan. ANAK yang diterajui oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku Pengerusinya merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka FELDA . Namun akhir-akhir ini NGO yang diilhamkan untuk membela kebajikan warga FELDA telah berubah menjadi semacam ‘pressure group’ apatah lagi ianya diterajui oleh Ahli Jawatankuasa PAS pusa t. Betullah, Allah SWT Maha Adil, jika ada malam ada siangnya, jika gelap ada terangnya, jika jantan ada betinanya, jika ANAK ada BAPAKnya. Penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Gener

TETAMU TIDAK DIUNDANG ...

Saya akui sudah agak lama tidak mengemaskini laman blog saya. Bukan apa, kerana saya didatangi tetamu tidak diundang. Walaupun telah begitu berusaha saya menghalang tetamu ini, tetapi kuasa dan kudrat Allah SWT tiada siapa pun boleh menghalang. Manusia hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Bukan saya tidak pernah menerima kunjungan tetamu ini, pernah malah dalam tempoh setahun kadang-kadang saya menerima lebih dari enam kali kunjungan tetamu tidak diundang ini. Ada juga ketikanya dalam setahun saya menerima kunjungan tetamu ini saban bulan. Menerima tetamu apa lagi tetamu tidak diundang sudah menjadi kelaziman saya, setiap kali saya menerima kunjungan dari tetamu tidak diundang ini, saya pasrah dan redha. Mungkin ini cara Allah SWT menguji keimanan saya, yelah Allah SWT sentiasa menguji hamba-hambanya dengan pelbagai cara, dan saya akur bahawa kehadiran tetamu tidak diundang adalah salah satu cara Allah SWT menguji saya. Betul, walaupun sering menerima kunjungan tet

TELEFON, TALAK & CEMBOT ...

Seingat saya nombor telefon bimbit yang saya miliki sekarang sama usianya dengan penyedia perkhidmatan telefon bimbit saya. Walaupun saya telah beberapa kali kehilangan telefon saya dalam pelbagai situasi dan gaya. Yang terakhir saya terpisah dengan ‘Samsung’ saya ialah pada tahun 2007, ketika menonton di sebuah pawagam di Cheras. Saya amat pasti saya kehilangan telefon saya ketika menonton, walaupun telefon saya tidak ditemui semula hanya selepas 5 minit keluar dari pawagam tersebut. Sejak saya mula menggunakan telefon bimbit sejak tahun 1995 ketika tidak ramai penyedia perkhidmatan, malah talian juga tidak sejelas seperti pada masa ini. Ketika itu memiliki telefon bimbit bukanlah satu keperluan seperti kelaziman sekarang ini tetapi lebih kepada menunjukkan kemampuan seseorang. Model-model telefon juga tidak banyak pilihan dan juga tidak setipis atau secanggih seperti sekarang ini. Ketika itu, seingat saya telefon bimbit yang termahal pernah saya miliki ialah sekitar RM700

2 ALAM YANG KACAU ...

Imej
(Saranan Ikhlas - Mendermalah ke Tabung Bersamamu TV3!) Pedulilah jika saya terperangkap oleh gimik pemasaran mengenai 2 Alam yang diuar-uarkan (secara berbayar) di dalam advertorial akhbar-akhbar sejak awal tahun 2010. Mulanya dikhabarkan akan membuat kutipan RM12 juta, kemudian RM20 juta dan akhirnya angka yang dicanang ialah RM40 juta! Sebagai menjawab rasa ingin tahu, saya menontonnya minggu lepas selepas bersesak di dalam kesesakan jalan di ibu kota. Rupanya kekalutan di jalan raya menuju ke pawagam bagi menonton 2 Alam, bersambung pula dengan 2 Alam yang kacau. Selama hampir 90 minit menonton 2 Alam yang begitu dicanangkan untuk pecah panggung RM40 juta, saya hampir terhenyak di kerusi kerana bukan filem yang saya tonton, tetapi lebih seperti menonton klip video Amy Search yang kebetulan pula menyanyikan lagu temanya bersama Ramli Sarip. 2 Alam bukanlah filem dalam erti kata sebenarnya, kerana tiada apa pun yang diceritakan kecuali ulangan babak-babak dan shot-s

TAK CUKUP PATRIOTIK KAH SAYA?

Imej
(Patriotik atau Wayang Politik? - Gambar diambil dari www.malaysiakini.com) Hanya perasaan saya sahaja, agaknya. Apa tidaknya, saya seolah-olah tidak begitu berjiwa patriotik. Saya jarang menyentuh mengenai filem Melayu, entahlah saya pun agak tidak pasti bagaimana saya kurang menyentuh mengenai filem-filem Melayu dalam entri saya. Malah mengenai Festival Filem Malaysia yang baru berlalu juga tidak saya sentuh, mungkin tidak mahu terjebak dalam polemik murahan penjurian filem Melayu yang begitu didebatkan! Mungkin selepas ini pihak penganjur harus menambah klausa dalam borang penyertaan FFM yang berbunyi seperti ini: · Pihak penganjur tidak terikat untuk memilih mana-mana filem untuk diangkat sebagai Filem Terbaik. · Keputusan juri adalah muktamad. · Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Saya memang mengikuti perkembangan filem-filem Melayu, malah menonton juga filem-filem Melayu, hatta yang saya anggap paling menyeksa sekalipun.

KETENTUAN ILAHI ...

Tiada siapa yang boleh melawan takdir. Ungkapan seperti ‘manusia merancang, Allah menentukan’, ‘takdir mengatasi tadbir’ sering kita dengar dan berlegar dalam masyarakat kita khususnya umat Islam. Malah pengurusan Allah SWT jauh lebih ‘superior’ daripada pengurusan manusia, hatta dalam semua aspek pengurusan yang disebut dan diajar oleh sekolah pengurusan. Apabila negara jiran Indonesia diancam dua bencana dalam masa terdekat mengundang kita mengkaji pelbagai hukum pengurusan manusia yang berusaha mendekati perancangan Allah SWT. Tsunami dan letusan Gunung Merapi di Indonesia tidak dapat dibendung, hatta ketentuan Ilahi. Tsunami yang terkini di Indonesia telah meragut lebih 400 nyawa , manakala letusan Gunung Merapi di Jawa tengah beberapa hari lalu sudah meragut 33 nyawa. Seperti juga balu bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen yang pernah diwakili mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang terbu

ANUGERAH

Imej
Datuk Paduka Marina Mahathir yang berblog di rantingsbymm.blogspot.com dinobatkan sebagai United Nations Person of the Year 2010 . Datuk Paduka Marina Mahathir adalah seorang yang aktif memperjuangkan hak-hak wanita dan advokat HIV dan AIDS di negara ini. Beliau juga adalah mantan Presiden Majlis AIDS Malaysia. Kelayakan bagi anugerah tersebut adalah individu atau organisasi yang mempunyai rekod cemerlang dalam membantu pembangunan negara dalam pelbagai aspek. Tahniah Datuk Paduka Marina Mahathir!

MAKAN WAYANG, MINUM WAYANG, TENGOK WAYANG ...

Imej
Katalah apa pun, tapi saya ada kegemaran (baca:kegilaan) sendiri. Setiap tahun saya pasti melalui kegilaan ini. Minggu lepas untuk kesekian kalinya saya melewati kegilaan ini. Kisah kegilaan saya sebenarnya ada ketikanya dikongsi oleh mereka-mereka yang lain. Menonton wayang secara marathon dari jam 12 tengahari hingga jam 12 tengah malam dengan masa senggang selama 30 minit di antaranya, itulah yang saya lakukan lewat Sabtu lepas. Menonton lima buah filem yang ditayangkan sempena Latin American Film Festival 2010 edisi ke sembilan. Pada hari sebelumnya pula saya menonton tiga buah filem. Walaupun filem pertama yang saya tonton pada hari Jumaat di Mid Valley terganggu selepas lebih 30 minit berlangsung akibat masalah teknikal tidak mengugat keghairahan saya. Filem The Pope’s Toilet (El Bano del Papa) sebuah filem Uruguay, filem yang mengisahkan bagaimana Beto (Cesar Troncoso) penyeludup yang beroperasi di sebuah pekan kecil yang bersempadan di antara Uruguay dan Bra

ANTARA DUA DARJAT ...

Imej
Ketika kecil saya dan rakan-rakan selalu mempersendakan istilah tuan tanah kedawung, saya tidak begitu pasti bagaimana dunia keceriaan kanak-kanak kami mengutip istilah tersebut. Setelah melewati usia remaja barulah saya mendapat tahu bahawa istilah tuan tanah kedawung sebenarnya merujuk kepada filem dan buku Indonesia dengan judul yang sama. Seperti lazimnya jika ada tuan tanah mestilah juga mempunyai sipenyewanya pula. Sama ada tuan tanah atau sipenyewa tentulah dipisahkan oleh jurang yang bukan sedikit, sama ada daripada segi status dalam sosio-budaya sesuatu bangsa atau negara. Tuan tanah tentulah dilihat sebagai satu pihak yang begitu berautoriti, kaya dan berkuasa manakala si penyewa tentulah pula dilihat sebagai pihak yang menuntut belas ihsan, miskin dan dilengkapi kuasa yang minima sesuai dengan taraf sebagai penyewa sahaja. Maka apabila si tuan tanah membuat mesyuarat sama ada mesyuarat tuan-tuan tanah di peringkat yang kecil sama ada di cawangan, bahagian, ne

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI …

Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka " (petikan sajak 'Melayu' nukilan SN Usman Awang) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itulah yang bermain di kepala saya, kebetulan pada hari ini saya ke Rompin, perjalanan saya mel

ENTHIRAN SI ROBOT ...

Imej
Minggu lepas saya berkesempatan menonton filem Tamil – Enthiran yang bermaksud Robot. Filem Tamil ini yang bersifat universal melainkan adegan nyanyian yang memang sinonim dengan filem Tamil. Filem ini mengambil masa lebih dua tahun bagi penghasilannya manakala kerja-kerja pra produksinya mengambil masa sedekad apabila idea filem ini pertama kali dilontarkan oleh pengarahnya – Shankar. Malah filem ini mengalami pelbagai perubahan penerbit dan para pendukungnya. Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan pernah dilaporkan sebagai penerbit dan pelakon utamanya sebelum menarik diri kerana menganggap skrip filem ini sebagai tidak ampuh. Endhiran kisah yang biasa diceritakan dalam konteks yang lebih saintifik melalui penciptaan robot yang dinamakan Chitti oleh teraju utamanya – Rajnikanth. Professor Vaseegaran (Rajnikanth) berusaha selama 10 tahun untuk menghasilkan robot ini yang akhirnya ditolak oleh panel penilai kerana dikatakan tidak beremosi. Maka usaha keras untuk Vasee mengubah suai