TETAMU TIDAK DIUNDANG ...

Saya akui sudah agak lama tidak mengemaskini laman blog saya. Bukan apa, kerana saya didatangi tetamu tidak diundang. Walaupun telah begitu berusaha saya menghalang tetamu ini, tetapi kuasa dan kudrat Allah SWT tiada siapa pun boleh menghalang. Manusia hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Bukan saya tidak pernah menerima kunjungan tetamu ini, pernah malah dalam tempoh setahun kadang-kadang saya menerima lebih dari enam kali kunjungan tetamu tidak diundang ini. Ada juga ketikanya dalam setahun saya menerima kunjungan tetamu ini saban bulan.

Menerima tetamu apa lagi tetamu tidak diundang sudah menjadi kelaziman saya, setiap kali saya menerima kunjungan dari tetamu tidak diundang ini, saya pasrah dan redha. Mungkin ini cara Allah SWT menguji keimanan saya, yelah Allah SWT sentiasa menguji hamba-hambanya dengan pelbagai cara, dan saya akur bahawa kehadiran tetamu tidak diundang adalah salah satu cara Allah SWT menguji saya.

Betul, walaupun sering menerima kunjungan tetamu tidak diundang ini, tetapi kunjungan pada penghujung Oktober sehingga lebih tiga minggu dalam bulan November , banyak mengambil masa dan tenaga saya sehingga saya menjadi agak kurang aktif mengemaskini laman blog saya. Ditambah pula saya terpaksa menjadi ‘hos’ yang baik untuk tetamu tidak diundang saya. Walaupun dalam keadaan sibuk dengan pelbagai urusan, saya tidak lupa memastikan tetamu tidak diundang saya sentiasa mendapat perhatian sewajarnya.

Walaupun saya menerima kunjungan tetamu tidak diundang dalam ketika dan saat yang begitu memerlukan saya menumpukan perhatian kepada hal-hal yang menjadi rutin saya, tetapi saya tidak pernah sesekali menyesali kehadiran tetamu tidak diundang saya malah, sentiasa mengalu-alukan jika itulah yang menjadi ketentuan Allah SWT terhadap saya dan sentiasa berusaha meminimakan kesukaran tetamu tidak diundang saya dengan harapan saya akan sentiasa dikenang sebagai hos yang sempurna dan tahu menghargai tetamunya lebih-lebih lagi yang didatangkan Allah SWT kepada saya, hambaNYA yang serba daif dan kekurangan! Sehingga saat entri ini dimuatnaik, tetamu tidak diundang saya masih bertamu dan saya masih berusaha menjadi hos yang sempurna dengan penuh keredhaan. Tetamu tidak diundang saya ialah batuk, demam dan selsema saya!

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

saha
23 November 2010 1:38 PTG

Alhamdullillah...moga sembuh semula..

siti
23 November 2010 3:59 PTG

la..ingatkan tetamu yg mcm mana..syabas..tn ks..

SIS
24 November 2010 1:59 PTG

Tak pe tetamu tu dtg time cuti seklh.. sekurang2nya ada ramai yg membantu..anak2 dan isteri...tak la keseorangan melayan tetamu itu...terfikir2 bila la kita akan diundang menjd tetamuNYA...adakah layak kita diundang sbg tetamuNYA

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger