2 ALAM YANG KACAU ...

(Saranan Ikhlas - Mendermalah ke Tabung Bersamamu TV3!)

Pedulilah jika saya terperangkap oleh gimik pemasaran mengenai 2 Alam yang diuar-uarkan (secara berbayar) di dalam advertorial akhbar-akhbar sejak awal tahun 2010. Mulanya dikhabarkan akan membuat kutipan RM12 juta, kemudian RM20 juta dan akhirnya angka yang dicanang ialah RM40 juta!

Sebagai menjawab rasa ingin tahu, saya menontonnya minggu lepas selepas bersesak di dalam kesesakan jalan di ibu kota. Rupanya kekalutan di jalan raya menuju ke pawagam bagi menonton 2 Alam, bersambung pula dengan 2 Alam yang kacau.

Selama hampir 90 minit menonton 2 Alam yang begitu dicanangkan untuk pecah panggung RM40 juta, saya hampir terhenyak di kerusi kerana bukan filem yang saya tonton, tetapi lebih seperti menonton klip video Amy Search yang kebetulan pula menyanyikan lagu temanya bersama Ramli Sarip.

2 Alam bukanlah filem dalam erti kata sebenarnya, kerana tiada apa pun yang diceritakan kecuali ulangan babak-babak dan shot-shot yang sama berulangkali. Babak menari, atas katil (2 watak yang berbeza), angkat mayat, shot rumah, pergaduhan. Secara mudahnya 2 Alam sebenarnya tidak mempunyai cerita. Kisah 2 Alam sebenarnya mengangkat kisah seorang lelaki yang menukar jantina dan berakhir dengan membunuh diri, kisah pengurusan mayat yang menjadi inti cerita (kalaupun boleh dikatakan cerita) 2 Alam ini sebenarnya sangat dangkal dan hambar.

Mungkin 2 Alam sebenarnya lebih sudu dari kuah kerana yang lebih ditonjolkan ialah adegan-adegan ranjang yang boleh dianggap keterlaluan berbanding maksud asalnya sebenarnya memberikan implikasi daripada segi moral dan agama apabila seseorang lelaki menukar jantinanya. Malah adegan-adegan ini diulang-ulang sehingga amat mengacau perjalanan ceritanya. Saya amat kasihan dengan para pelakon filem ini yang begitu dibazirkan, lihat sahaja watak Aaron Aziz yang menjadi ustaz, sangat tidak meyakinkan.

Filem 2 Alam yang digembar-gemburkan mencapai kutipan RM40 juta (sebenarnya memerlukan 5 juta penonton) dan dengan filem yang sebenarnya layak dipanggil klip video, impian penerbitnya untuk membuat kutipan sebanyak ini bolehlah dilupakan! 2 Alam sebuah filem yang kacau. Jika ada sesiapa yang mahu menontonnya harap dermakan wang tersebut ke tabung bencana alam ataupun Tabung Bersamamu, sekurang-kurangnya itu lebih bermanfaat.

Ulasan

aja berkata…
mmg hampeh..cam sial aja 2 alam tu ...
SIS berkata…
Klau ye pun crite tu kacau jgn la kutuk teruk sgt...mungkin filem pertama dr romzy ini byk mengajar dia erti seni...bkn sekadar suka2 nak dpt untung... memalukan negara.. tambah lg dtayang dsingapura dan brunei...seni tmsuk filem sepatutnya menjdi salah satu wadah utk membentuk kemanusiaan masyarakat..bknnya tmpat buang masa dan wang..
syamim berkata…
aku benci orang angkuh... sekali ngan muvi die skali... aku suke ayat ko yang terakhir tu..
naceriy berkata…
mmg kesian bila pelakon2 seperti Aaron Aziz dibazirkan begitu sahaja wataknya. tiada ayat2 al-quran dilontarkan...skrip yang begitu lemah. mmg bila tengok babak swimming pool, seperti melihat klip video karaoke. tiada terbit keinsafan langsung..mmg filem Dr. Rozmey lain dari yang lain dan bakal masuk dalam sejarah filem negara antara filem yang tidak sepatutnya diterbitkan. hancus...dahla khamis malam jumaat tu cerita Habil dan Qabil Final Episod aku xtngok, melepas...baik duk umah layan Aaron Aziz jadi Habil...apekah
saha berkata…
alhamduliilah..selamat duit aku, sperti saranan tuan ks, saya akan dermakan duit tersebut ke tabung bencana/bersamamu tv3..insyaAllah..
Bagpipes berkata…
tahniah ks, krana bg cdgan begitu..bg saya mmg 2 alam filem yg x patut d tonton...
anti berkata…
2 alam cam putar alam aje..klau dh filemnya cam tu..produknya cam na yea..
Tanpa Nama berkata…
seeloknya dah jual produk..jual aje produk..nak jadi pengarah perlu byk lakukan kajian kan kan.....
sha bv berkata…
dah jual produk...dah kira baguslah...
tpi nak jadi pengarah perlu banyak kajian dan pandangan skrip yang dibuat

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU