TAK CUKUP PATRIOTIK KAH SAYA?

(Patriotik atau Wayang Politik? - Gambar diambil dari www.malaysiakini.com)

Hanya perasaan saya sahaja, agaknya. Apa tidaknya, saya seolah-olah tidak begitu berjiwa patriotik. Saya jarang menyentuh mengenai filem Melayu, entahlah saya pun agak tidak pasti bagaimana saya kurang menyentuh mengenai filem-filem Melayu dalam entri saya. Malah mengenai Festival Filem Malaysia yang baru berlalu juga tidak saya sentuh, mungkin tidak mahu terjebak dalam polemik murahan penjurian filem Melayu yang begitu didebatkan! Mungkin selepas ini pihak penganjur harus menambah klausa dalam borang penyertaan FFM yang berbunyi seperti ini:

· Pihak penganjur tidak terikat untuk memilih mana-mana filem untuk

diangkat sebagai Filem Terbaik.

· Keputusan juri adalah muktamad.

· Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Saya memang mengikuti perkembangan filem-filem Melayu, malah menonton juga filem-filem Melayu, hatta yang saya anggap paling menyeksa sekalipun. Bukan tidak ada filem-filem Melayu yang boleh saya banggakan, banyak sebenarnya. Saya masih mengkagumi filem-filem Melayu. Saya masih berbangga terhadap pencapaian (bukan kutipan pecah panggung sahaja) filem-filem Melayu. Malah memang terdapat filem-filem Melayu yang dalam senarai panjang filem-filem kegemaran saya. Selain dari filem-filem Allahyarham P. Ramlee, banyak sebenarnya filem-filem Melayu selepas filem Keluarga Si Comat terbitan tahun 1975, yang mampu menggamit keterujaan saya.

Sewaktu di bangku sekolah menengah, selepas saya pandai merewang (baca:ponteng) saya selalu sahaja mengambil peluang menonton filem Melayu di Kuala Lumpur, perjalanan dari kampung saya ke Kuala Lumpur mengambil masa empat jam pergi dan balik! Sesekali menonton filem Melayu dengan nisbah yang amat kecil, katalah 1:10! Bukan saya anti filem Melayu, malah telemovie di TV lebih berkualiti dari filem yang dihasilkan dengan dana yang 20 kali lebih besar dari bayaran sebuah drama televisyen.

Patut pun saya dilabel sebegitu, sebabnya saya tidak pernah menonton lima filem Melayu dalam sehari! Maaf saya terlewat, untuk menonton Red!

menonton Red!

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

anep
10 November 2010 1:44 PTG

mmg x patriotik..klau dh filem melayu cam tu..

SIS
10 November 2010 4:09 PTG

tn ks terkesan juga dgn kritikan!!!ingatkan kebal..

19 November 2010 2:32 PTG

Drama, filem Melayu kebanyakannya tidak mencerna minda penonton. Plot dan tema yang sama. hanya yang bertukar, seting, watak dan latarnya sahaja.
Pelakonnya asyik muka yang sama, yang mempunyai rekod yang tidak baik untuk dicontohi oleh para remaja.

Berapa ramai yang ditangkap kerana dadah? Khalwat? kawin cerai berai dan tidak beri nafkah, tipu dalam perniagaan dll....

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger