Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG 1MALAYSIA?

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun), salah satu yang diperkenalkan oleh beliau adalah konsep 1Malaysia. Melihat kepada gagasan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib, konsep dan gagasan ini memang ada keunikkannya, walaupun ramai yang mendakwa ianya diciplak daripada 1 Israel.  Walaupun hal ini tidak dapat dibuktikan, namun dengan deretan penasihat yang membarisi panel Perdana Menteri, rasanya tidak sukar untuk meneka dalam kesamaran. Selepas itu, segala macam benda mahu di 1Malaysiakan.  Sebutlah apa sahaja yang menjadi keperluan, semuanya adalah ber1Malaysia.  Daripada kedai kain, kedai runcit, klinik, susu untuk murid-murid sekolah, kedai ikan, menu rakyat dan berbagai lagi. Akhirnya satu demi satu jenama menggunakan 1Malaysia mulai dilupakan. Apa dah jadi dengan Kedai Ikan 1 Malaysia yang dirintis oleh seorang pengusaha restoran ikan bakar.  Tidak pasti apa kesudahan

KECOH KOPITIAM, POLITIK TAPAK KASUT!

Pedulilah jika pun negara sedang menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju.  Namun melihatkan kematangan politik kita tidak menampakkan sebegitu.  Baru sahaja si Justo ditahan, Menteri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar yang melaporkan perihal 1MDB.  Polis Thailand masih belum selesai penyiasatan mereka.  Polis Malaysia pula masih belum menghantar pegawainya untuk menyoal siasat si Justo itu. Pembangkang pula sibuk meminta Perdana Menteri 'bercuti' hanya kerana dakwaan yang belum tentu sahih.  Sekurang-kurangnya selepas mendapat bukti yang cukup, maka wajarlah untuk meminta sipolan bercuti atau melepaskan jawatan. Baru-baru ini dilaporkan pula bagaimana terjadi kekecohan di sebuah kedai kopi.  Puncanya adalah apabila Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhasrat untuk bertemu dengan komuniti Sabah dan Sarawak di sebuah kedai kopi di Masai, Johor. Tidak perlu untuk menuding jari siapa punya angkara.  Siapa sahaja yang membaca secara basa

MAKA PM KEKAL HEBAT!

Hebat!  Itu sahaja dapat digambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jika dakwaan memindahkan lebih RM2 billion wang ke akaun peribadinya.  Apa tidaknya, dengan barisan juru audit dan syarikat besar tentulah bukan mudah untuk memindahkan wang apatah lagi ke akaun peribadi. Wall Street Journal dan Sarawak Report khabarnya mendakwa dalam laporan mereka bahawa wang 1MDB yang disiasat berakhir di akaun peribadi PM. Siapa sahaja boleh mendakwa itu dan ini terhadap seorang pemimpin.  Apatah lagi Perdana Menteri memang tengah panas dan diasak daripada pelbagai sudut khasnya dalam isu berkaitan 1MDB. Wang USD700 juta bersamaan RM2,644,600,000.00 adalah satu jumlah yang besar.  Jika benarlah dakwaan kedua media yang yang diragui kredibilitinya sehingga disaman oleh Kerajaan Singapura pada tahun 2008. Jika dikaitkan secara logika pula adakah seseorang seperti PM memilih untuk memasukkan ke akaun peribadinya sendiri, tentulah lebih selamat dan bijak untuk menggunakan

AKHIRNYA PATRIOT BOLEH DIJUAL BELI?

Ketika Ramadan ini, teringat lagu kumpulan nasyid Raihan yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air dengan jualan album ratusan ribu unit. Lagu ‘Iman Mutiara’ adalah antara lagu popular ketika kumpulan Raihan berada di puncak persada seni di negara kita. “Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertakwa Ia tak dapat dijual beli Ia tiada di tempat pantai” Itu antara bait lagu ‘Iman Mutiara”. Beberapa hari ini kecoh mengenai plat nombor khas iaitu ‘Patriot’.  Penyediaan nombor khas bukanlah sesuatu yang baru, saya sendiri pun menggunakan plat khas sebagai sokongan kepada Kelab Eksplorasi 7 Benua. Kita pernah ada nombor plat khas, ‘Proton’, ‘Kancil’, ‘Putrajaya’, ‘G1M’, dan pelbagai nombor plat khas dengan pelbagai alasan dan rasional penyediaannya. Seperti biasa, semua nombor plat khas adalah bermotifkan mencari dana.  Seperti juga nombor plat pendaftaran kenderaan yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maka nombor plat khas juga bol

PENASIHAT LAGI?

Khabarnya Perdana Menteri telah menambah seorang lagi ahli kumpulan penasihat bertaraf Menterinya.  Kali ini Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie dilantik sebagai penasihat bagi melaksanakan Blueprint Perpaduan Nasional. Tidak pasti adakah satu lagi usaha bagi Barisan Nasional untuk memberikan ruang dengan menggunakan wang awam bagi memberikan kedudukan kepada mereka yang telah ditolak oleh rakyat.  Jika ahli Majlis Tertinggi UMNO diberikan jawatan-jawatan sebagai pengerusi samada syarikat berkaitan kerajaan mahupun agensi-agensi tertentu kini peluang ini ditambah pula dengan perlantikan penasihat bertaraf menteri. Sehingga kini, Perdana Menteri mempunyai lima orang penasihat bertaraf Menteri.  Antaranya adalah menasihatkan mengenai agama, pembangunan ekonomi koridor utara, kebudayaan dan hal-ehwal wanita.  Selain itu, Perdana Menteri juga melantik duta khas.  Antara yang telah dilantik adalah Datuk Seri S Samy Velu, Datuk Seri Tiong Kin Sin, Datuk Seri Ong Ka Ting. Mereka ini

HARGA MINYAK NAIK LAGI!

Harga minyak naik lagi hari ini.  Kenaikan sebanyak RM0.10 bagi RON 95 dan RM0.20 bagi RON 97, manakala harga disel kekal pada RM2.05.  Kenaikan ini hanya diketahui oleh pengguna selepas ianya dinaikkan tidak seperti sebelum ini.  Notis kenaikan hanya dimaklumkan kepada pengusaha stesen dan syarikat minyak sahaja.  Manakala rakyat hanya mendapat ‘manfaat’ kenaikan harga. Ini kenaikan kedua bagi tahun 2015.  Pada bulan lepas, minyak juga naik sebanyak RM0.10 bagi semua jenis. Tidak pasti apa rasional kenaikan ini selain daripada penetapan harga berasaskan apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia.  Dengan penghapusan subsidi untuk RON 95 dan disel yang telah dihentikan oleh Kerajaan sejak 1 Disember 2014, maka kelihatannya harga minyak akan terus meningkat. Ini adalah mudah kerana, PETRONAS bergantung kepada kenaikan harga bagi menyumbang untuk Kerajaan.  Lebih banyak sumbangan oleh PETRONAS kepada Kerajaan akan meningkatkan harga minyak dan beban in