KECOH KOPITIAM, POLITIK TAPAK KASUT!
Pedulilah
jika pun negara sedang menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju. Namun melihatkan kematangan politik kita
tidak menampakkan sebegitu. Baru sahaja
si Justo ditahan, Menteri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar
yang melaporkan perihal 1MDB.
Polis
Thailand masih belum selesai penyiasatan mereka. Polis Malaysia pula masih belum menghantar
pegawainya untuk menyoal siasat si Justo itu.
Pembangkang pula sibuk meminta Perdana Menteri 'bercuti' hanya kerana dakwaan yang belum tentu sahih. Sekurang-kurangnya selepas mendapat bukti yang cukup, maka wajarlah untuk meminta sipolan bercuti atau melepaskan jawatan.
Baru-baru
ini dilaporkan pula bagaimana terjadi kekecohan di sebuah kedai kopi. Puncanya adalah apabila Ketua Ahli Parlimen
DAP, Lim Kit Siang berhasrat untuk bertemu dengan komuniti Sabah dan Sarawak di
sebuah kedai kopi di Masai, Johor.
Tidak
perlu untuk menuding jari siapa punya angkara.
Siapa sahaja yang membaca secara basa basi perihal politik Malaysia,
pasti tahu jawapannya.
Sejak
tsunami politik pada 2008, kelihatannya politik Malaysia seperti menerima
kejutan. Apa tidaknya sungguhpun pernah
terjadi pada tahun 1999, namun kejutan pada 2008 lebih terasa khususnya kepada
kerajaan Barisan Nasional.
BN
yang selama ini memerintah dengan ‘cemerlang’ tiba-tiba tersedar bahawa parti-parti
pembangkang sudah hampir di belakang mereka untuk memintas.
Jika
pada 2008, pembangkang berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah
serta mengekalkan Kelantan, namun senario ini berubah pada 2013 apabila
pembangkang terlepas Kedah dan tidak lagi berjaya merebut kembali Perak.
Insiden
di kopitiam di Masai hanyalah beberapa insiden bagaimana politik matang tidak
mengambil tempatnya di Malaysia.
Bagaimana terdapat pihak-pihak yang sentiasa bersedia ‘menyusahkan’
pembangkang. Walaupun perjalanan
pilihanraya kita dianggap antara yang terbaik di dunia, namun tindak tanduk para
penyokong pasca pilihanraya seperti berada di dunia ketiga.
Cubalah
fikir, bagaimana banyak dewan-dewan yang masih tertutup gara-gara peralihan
kuasa yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan. Politik berdendam masih lagi berleluasa. Jika sipolan itu menang di suatu kawasan
maka, akan berlaku proses ‘cantas’ yang agak ketara.
Bayangkan
bagaimana mereka yang membuat kecoh di kopitiam di Masai melayan seorang Ahli
Parlimen yang dipilih secara demokratik di negara kita. Bayangkan pula jika Perdana Menteri atau Ahli
Parlimen BN yang mengadakan sesi yang sama di kawasan yang dimenangi oleh
pembangkang, adakah anda percaya kekecohan seperti itu akan berlaku?
Aksi
politik dan aksi pasca pilihan raya akan menjadi tontonan rakyat, jika anda
mahu dihormati, belajar menghormati sekurang-kurangnya kedaulatan
undang-undang. Bukankah itu yang diajar
dan termaktub dalam Rukun Negara.
Jika
yang mudah sebegitu pun tidak dapat dihayati bagaimana anda mahu cemerlang
untuk terus mengatakan ‘tradisi membela rakyat’.
Janganlah
meletakkan rasional politik di bawah tapak kasut!
Ulasan